Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

#MyTravelokaEscapade : Destinasi Romantik Idaman

Assalamualaikum


Percutian menjadi satu idaman setiap orang. Kalau boleh setiap bulan nak bercuti, melancong. Bercuti merupakan salah satu cara untuk release tension. Selain dapat menenangkan fikiran, sudah pasti percutian akan menjadi lebih seronok bila kita berada di tempat yang kita idam-idamkan! 

Untuk bercuti, yang penting poket cun. Poket tak cun, tak seronok gak. Yang paling best, percutian yang ditaja. Uhuuuuiiii, memang menjadi idaman.

Trevaloka, sebuah agensi pelancongan yang menawarkan harga penerbangan murah, menyediakan khidmat hotel terbaik selain kadar yang berpatutan. Kita juga boleh buat perbandingan harga di laman web Trevaloka. 

Kalau nak tahu, Traveloka, telah menganjurkan contest You Need A Holiday Lah! Caranya agak santai. Hanya perlu pilih satu destinasi dari 10 pilihan yang ada.


Ini adalah 10 destinasi yang ditawarkan. Apa pilihan saya??



Dek kerana sejak kebelakangan ini terbit keterujaan menonton drama korea, keinginan untuk ke Korea Selatan tu agak tebal. Teringin nak ke sana, tapi tak nak pergi masa musim sejuk. Nak pergi masa musim bunga. Fefeeling romantik. Dan yang paling penting, bercuti bersama keluarga tercinta.

Ini antara tempat yang ingin saya tuju. Semestinya destinasi-destinasi romantis.


1. Bomun Pavilion Gyeongju

Terletak di Bomun Lake Resort di Sinpyeing-dong, Gyengju-si. Kota ini menjadi ibukota kerajaan Dinasti Silla. Ia merupakan sebuah gazebo kayu kecil yang terletak di pinggir danau. Apa yang istimewa adalah keindahan pavilion dan sekitarnya yang berubah 4 kali dala setahun, mengikut 4 musim.

 Masa ni terbayang dah drama Moon Lover. Ahaiii... Drama yang memberi impact kuat pada diri saya, hingga terbanyang-bayang jalan ceritanya.

Saya tak dapat bayangkan bagaimana terujanya saya kalau sampai ke sini. Seriously, saya memang sukakan tasik, lebih-lebih lagi dikelilingi bunga sakura. Silap haribulan boleh sampai ke malam duduk sini je.



2. Jeju Island

Dengarnya Pulau Jeju seronok dilawati pada musim bunga di Korea sebab ada festival yang dinamakan The Jeju Canola Flower Festival. Dinamakan sempena bunga Canola yang berwarna kekuningan.
Kredit to fieza.net

Selain itu, air lautnya yang cantik membiru pasti menenangkan fikiran. Lautnya juga masih cantik terpelihara dan merupakan salah satu pulau yang cantik di dunia. Sebab tu ianya menjadi pilihan pasangan untuk berbulan madu. Juga menjadi pilihan saya.


3. Nami Island

Orang kata, tak lengkap percutian ke Korea Selatan kalau tak ke Pulau Nami. Pulau Nami terbentuk melalui mendapan batu dan pasir di Sungai Han manakala pembinaan Empangan Cheongpyeong mengukuhkan keadaan geografi pulau di tengah sungai ini.

Pemandangan di pulau ini sangat indah dan romantik. Udaranya segar dan tiada kenderaan masuk ke sini. Lebih mengujakan, pulau ini masih dipenuhi flora dan fauna.

Kredit to christinberlina

Tetap mendambakan musim bunga untuk ke sini sebab kawasan ini bakal dipenuhi bunga tulip pelbagai warna. Lebih mengujakan katanya Cherry Blossom atau sakura muncul pada waktu tertentu dan singkat. Rasanya, taknak lepaskan peluang macam ni. Betapa terujanya hidup dengan bunga. Ahaiii..


4. Namsan Tower

Dah kata nak romantik kan. Tak naklah ketinggalan nak lock hati kita di sini. Katanya lambang cinta abadi, sejati, sehati sejiwa. Dan lebih tepat, sebenarnya teruja nak tengok berjuta-juta padlock dengan pelbagai warna dan design di sini.

Kredit to weheartit.com


5. Gyeongbokgung Palace

Bila dah ke negara orang, tak kan tak nak melawat tempat bersejarah mereka kan? Eh, mestilah nak. Mengingati era kegemilangan Dinasti mereka.

Gyeongbokgung, yang bermaksud “yang diberkati syurga” merupakan istana yang paling utama dan terbesar pada era pemerintahan Dinasti Joseon. Kedudukannya sangat strategik kerana dilindungi oleh Gunung ganang di utara dan Sungai Han di selatan. Istana ini dibina pada tahun 1395 selepas masihi.

Kredit to myfir2u

Saya merupakan seorang yang cintakan sejarah. Memang teruja sangat nak melawat istana yang gah ni. Khabarnya, istana ni sangat besar. Di sini boleh mengenakan pakaian pengawal Korea pada zaman dahulu secara percuma. Apa yang mengujakan, saya mahu melihat lakonan upacara dan istiadat diraja Korea pada zaman dahulu. Kuat betul pengaruh Moon Lover dalam diri saya ni.


Apa jua berkenaan Korea Selatan, membuatkan saya teringat akan drama ni. "Cinta tak semestinya bersatu"..


6. Banpo Moonlight Rainbow Bridge

Banpo Moonlight Rainbow Bridge ini terletak di tengah Kota Seoul, di sungai Han. Ia juga merupakan jambatan double decker pertama di Korea Selatan. Telah siap dibina pada Julai 1982.

Kredit to ceritakorea.com

Menjadi salah satu pilihan kerana telah diperakui Guinness Book of Records selain memang terang-terang ianya sangat romantik. Boleh selfie banyak kali sebab effect yang cantik!



Terlalu banyak tempat yang saya nak tuju di Korea Selatan ini. Mungkin kena pergi banyak kali baru puas hati. Kalau nak disenaraikan destinasi untuk dituju ni terlalu banyak. Tapi yang utama memang nak rasa berada di Bomun Pavilion Gyeongju.

Teruja tak dengan percutian bersama Treveloka? Bagi kaki travel memang disarankan untuk ada aplikasi ini. Bagi mereka yang baru merancang percutian, Treveloka adalah pilihan terbaik untuk anda. Taip #MyTravelokaEscapade, semua maklumat ada.







Catat Ulasan

8 Ulasan

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code