Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Steamboat Simple & Sedap Ala Johny

Assalamualaikum

Steamboat Simple & Sedap Ala Johny | Resepi ni dah lama dalam simpanan tapi tak terbuat-buat. Biasanya kalau rasa nak makan steamboat atau yong tau fu, sanggup redah ke Dataran. Memang meriah situ walaupun harganya agak mencekik. Orang lama Johor Bahru je tahu betrapa meriahnya Dataran JB tu suatu masa dahulu.

Oleh kerana hendakkan benda mudah, pilihan saya mestilah yang mudah-mudah. Steamboat Choice keluaran Figo adalah pilihan yang tepat. Serba serbi ada. Pada saya, 1 pek ni sudah memadai buat kami. Sedap pun sedap.


Keluarkan isinya dan basuh terlebih dahulu. Kemudian, toskan.

5 in 1


Penyedian Kuah Steamboat:

Bawang putih diketuk. Cincang pun boleh.

Ambil lemak-lemak atau tulang ayam. Renehkan hingga kuah agak pekat.

Tambahkan kiub ayam / bilis Knorr jika mahu.

Sedikit garam.

Daun ketumbar.



Penyediaan Sos:

Lada kisar, 2 ulas bawang putih, 2 sb minyak bijan, 2 sb sos ikan, 1 sb sos tiram, 1 sb kicap, 1/2 cawan air
Gula, garam secukup rasa. Reneh sampai masak dan pekat sedang-sedang.

*Nak tambah cuka dan sedikit sunkist oren pun boleh untuk raas lebih sedap.

Sangai bijan dan tabur atas sos tadi.



Celur bahan-bahan yang sudah dibasuh tadi. Agak dah masak, angkat. Pastu saya potong-potong untuk lebih mudah di makan.


Nampak macam sikit tapi ni banyak ni.
Aisyah dan Alif suka sangat. Makan bertambah-tambah.
Resepi ini dari kawan saya, Belog Emak-emak


Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Mudahnya Mar..
    Nak cari jugalah peket yg macam tu..

    Sekarang yong taufu memang dah mahal..
    Mencekik harganya kan..
    Tapi nak buat macam mana semua kos dah naik..

    BalasPadam
  2. Kalau beli di luar kira ajelah Mar dah berapa ringgit
    Buat sendiri macam ini berbaloi.

    Kakak nak cuba ikut resepi buat sos dia tu - memikat selera kakak pulak.

    BalasPadam
  3. waaahhh bgs la ada pack mcm ni .... simple tp syok klu beli kat psr mlm skrg yong tau foo mahal ambik sikit mahal ambik byk sama mahal pelik....
    kira guane tah ....tetiba je rm12 xde posen2 sedangkan brg amik byk yg posen2 haha

    BalasPadam
  4. senang nya.. buat sndri je kat umah

    BalasPadam
  5. ptt la takde sayur sbb utk budak2 hehhe...

    banyak tuh, dh mkn ngn kuah tu jd rasa kenyang sgt...

    BalasPadam
  6. Wah...Sedap tu..Thx for sharing part buat sos tu..huhu

    BalasPadam
  7. Ohhh, ade ehhh, tak pernah tahuu, bahaha..salu pun makan luorr je, makan sampai kenyang tuu.... ok, boleh try..thanks infooo !!!!!!

    BalasPadam
  8. Teibe rase mcm nak cube jugak..hehe

    BalasPadam
  9. alamakk mcm nak wat steambot gak lah kt umah
    baru puas nak makan kan

    BalasPadam
  10. Feveret nyer stimbot gini.
    Ala2 yomg tau foo gak ekk?
    Sedap nyer... makan kat umah.
    Mudah.
    Jimat.

    BalasPadam
  11. buat sendiri lagi puas hati kan...malas dengan tak je mar...

    BalasPadam
  12. nampak senang pulak.. Ros tak pandai buat kuah sos dia tu

    BalasPadam
  13. assalamualaikum mar...mama pun baru ari tu buat steamboat...sedap mkn panas2 kn...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code