Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Air Soda Herbs

Assalamualaikum

Resepi Air Soda Herbs | Bulan puasa ni tak kira lah air apa pun yang peniaga jual pasti laku punya. Air biasa-biasa sebungkus dah RM2. Lagikan air luar biasa!

Dek teringin nak minum laju jugalah membeli air ni di sebuah gerai si param. RM5! Hammmik kau.. Kalau diperhatikan, bahannya tidaklah susah mana. Tapi yelah kan, lemon pun mahal. Tak pepasal melayang RM5..


Air Soda Herbs

Bahan-bahan :-
- Sebotol air aiskrim soda
- 1 tin laici - diambil buahnya sahaja
- 1/ 2 batang serai
- Daun pudina - terpulang nak letak berapa helai
- Sebiji lemon
- Asam boi putih - terpulang nak letak berapa biji
- Ais

Cara penyediaan :-
- Cuci lemon, hiris nipis.
- Sediakan bekas yang bersesuain.
- Letakkan daun pudina. Kemudian, masukkan lemon yang telah dihiris tadi.
- Masukkan pula asam boi.
- Masukkan buah laici.
- Tuangkan air aiskrim soda.
- Bubuh ais.
- Masukkan serai yang telah dititik

Ok, sedia diminum bila azan berkumandang.



Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Uikkk tak pernah jumpa lagi air ni kat bazar sini..

    BalasPadam
  2. menariknya...mudah pulak tu..boleh try!

    BalasPadam
  3. mcm senang jer.. boleh try la nanti.. mesti rasa segar jer sbb ada daun pudina tu kan..

    BalasPadam
  4. Mcm sedap, nnt boleh cuba..nnt nak cari ais krim soda dulu ...

    BalasPadam
  5. belum try lagi...npk pun fresh jer

    BalasPadam
  6. dh ramai tgk kwn2 buat n share resepi tp entah bila lah nk try nya

    BalasPadam
  7. assalamualaikum mar...sedap juga ni mar...hari ni mama nak cuba buat air bandung sprite utk berbuka nanti...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code