Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Ibu, Ayah & Aisyah


Walaupun masih ada pincangnya, kami sebuah keluarga yang bahagia. Rumah tangga yang didirikan baru melangkau 2 tahun 8 bulan. Aisyah pula belum cukup 2 tahun. Kami bekerja saban hari demi sesuap nasi dan keperluan hidup.


Punya kereta comel. Biarlah comel, asalkan ada. Tidak dibasahi hujan, sudah cukup bersyukur. Kereta satu keperluan bukan kehendak. Kalau diambil kira dari segi kehendak, kami mahu kereta lagi besar serupa MPV Alphard. Tapi, itu semua kehendak, yang tidak perlu diutamakan. Bulanan tidak menyakitkan, sudah cukup bersyukur. Tidak meminta sesiapa itu paling penting. Susah senang, dihadapi bersama.


Punya rumah yang sederhana. Biarlah kecil, asalkan ada. Tempat kami berteduh dari hujan dan terik mentari. Rumah juga satu keperluan. Kalau diambil kira dari segi kehendak, kami mahu rumah banglo 3 tingkat, berkolam renang besar ditingkat paling atas. Wowww.. Tapi, kami sedar tahap kemampuan kami. Buat apa menyeksa diri, melangkaui kemampuan diri. 4 tahun yang lalu, surat perjanjian ditandatangani dan rumah kami berharga RM134K. Syukur dapat dengan harga itu. Tahun ini, 2014, rumah sekecil rumah kami sudah RM150K malah lebih. Bagi lot bumiputera. Berjuta kesyukuran kami panjatkan kerana single storey nan satu ini menjadi hak kami. Bulanan tidak memeritkan, sudah cukup.


Punya seorang anak yang comel. Biarlah Aisyah kecil lagi. Usah ditanya bila akan kami menambah anak ke dua. Semua itu ketetapan Illahi. Bila ditanya, ibu hanya tersenyum lantas menjawab, "in sha Allah.."


Kadang kala, ibu rimas menghadapi soalan yang sama. "Bila nak tambah lagi?"

Diam dan senyum.Tanda tahap kemalasan menjawab soalan yang tidak akan ada titik noktahnya.



"Tambahlah. Rezeki anak mesti ada..Jangan risau.."

Rezeki anak, itu pasti. Ketetapan yang Maha Kuasa. Tetapi, bukan itu yang ibu khuatiri. Hanya memikir tentang kekuatan diri. Mampukah ibu menjadi ibu yang terbaik dalam menangani keluarga dan kerjaya? Bukan bermaksud ibu tidak mahu 'tambah' lagi. Mahu.. gila tak mahu? Cuma, masanya belum tiba.

Jangan samakan ibu dengan orang lain walaupun darah kita sama berwarna merah. Jika kamu mahu beranak setahun sekali, silakan. Tiada halangan, malah tiada masalah dengan ibu. Ibu tumpang gembira. Tetapi, jangan sesekali mempertikaikan hal orang lain. Itu ini begitu begini. Hak masing-masing. Bersesuaian dengan kemampuan diri dan kekuatan diri. Bukan mudah menjadi seorang ibu. In sha Allah, sampai masa akan TAMBAH lagi..


Kredit to Google




Nota Kaki : Sukar untuk memuaskan hati semua orang..kerana orang yang suka mencari keburukan orang lain adalah orang yang tidak ada kerja...peace yo...

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. harap Allah anugerahkan saya juga nanti..

    BalasPadam
  2. lumrah sifat seorang manusia mar..tidak ada yg sempurna melainkan penciptanya..:)

    BalasPadam
  3. Betul tu Mar..Sentiasa bersyukur dan menerima seadanya kan..Ignore je orang-orang sekeliling yang mnyesakkan dada yang penting kita bahagia..

    BalasPadam
  4. just ignore manusia2 di sekeliling, sebab bukan mereka yang beri kita makan... semoga berbahagia sehingga ke jannah...saya doakan...In Shaa Allah, Amin...

    BalasPadam
  5. Manusia mmg gitu.. Busy body x bertmpat kdg2...

    BalasPadam
  6. Semoga keluarga akk bahagia selalu :)

    BalasPadam
  7. Biarlah klu org tak suka pun asalkan Allah suka atas segala yg kita lakukan.. in shaa Allah.. akan pasti ada org yg menyokong & dipermudahkan segalanya.. :)

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code