Kad Smiles

By Mar Mansor - 9:30 PG


Kehilangan kad Smiles sudah lama disedari ibu, sejak beberapa bulan yang lalu. Punca kehilangan ketika ibu sibuk masukkan barang-barang Aisyah dari kereta ke dalam rumah, manakala Aisyah leka bermain di seat pemandu. Dalam tempoh kurang dari 3 minit ditinggalkan dalam kereta yang masih hidup enjinya dan berhawa dingin, Aisyah sempat memunggah kad-kad ibu yang berada di laci (eh ntah apa ntah nama tempat tu - bawah radio). Kad mesra Petronas (dah tak guna lama), Kad Smiles Esso, Kad Touch N Go dan Kad pekerja ibu.

Dahulu dikenali sebagai Esso, tetapi sudah berukar kepada Petron. Ibu masih meleretkan kad yang sama sewaktu penjenamaan bertukar sebab tetap sama, Kad Smiles.




Ntah macamana ketika Aisyah ralit bermain kad, salah satu kad yang dipegang jatuh dan dia sengaja menjatuhkan kad-kad yang lain. Ibu raba kad yang jatuh dan meletakkan kembali ke tempat asal lantas mengendong Aisyah masuk ke perut rumah. Nak masak nak oi. Tika itu, ibu tidak perasan kad Smiles tidak diletakkan kembali.

Dasar pemalas, akibat malas mencari kad yang jatuh ntah di mana, namun tetap yakin masih di dalam perut kereta, ibu biarkan sahaja. Bila isi minyak di Petron, ah biarlah sesekali tak leret. Hinggalah di satu hari (2 bulan lepas kot) baru terhegeh-hegeh mencari di serata kereta. Namun, tidak jumpa. Arghhhhh...tak sukanya.

Point yang sudah terkumpul sudah melebihi 3000 dan boleh benar menebus minyak di kala terdesak. 3000 point dapat ditebus untuk mengisi minyak dengan harga RM45.

Takde rezeki...huhu..


Kredit to Google


Pernah satu hari, ketika membayar wang dikaunter Petron, juruwang menegur ibu.

Juruwang Petron : Akak selalu isi minyak kenapa akak tak buat kad?

Ibu : Dah buat tapi kad tu hilang tak dapat dikesan. Macamana nak buat baru ye?

Juruwang Petron : Hilang? Sayangnya. Tapi kalau akak memang regular customer Petron, kad yang baru akan dipos ke rumah yang beralamat ketika akak mendaftar dulu.

Ibu : Oh..yeke? Terima kasih lah.


Perbualan di stesen minyak Petron itu ibu ceritakan kembali kepada ayah. Ayah pula ingat-ingat lupa mengenai kad Smiles tersebut. Nama dia ke nama ibu? (Rasa nak tampar..)

========================================


Hari ini, bersamaan 22 Feb 2014, ibu menelefon hotline Smiles dan berjaya membuat laporan kehilangan dan mengesahkan siapakah pemegang kad Smiles tersebut. Ternyata, atas nama ayah dan mereka meminta agar ayah sendiri yang menghubungi mereka untuk permindahan mata ganjaran. Yesssss..sangat suka.


Hotline : 1 300 880 323





Nota Kaki : Jadilah seorang yang rajin, janga jadi orang yang malas - nasihat untuk diri sendiri
T___T



  • Share:

You Might Also Like

23 comments

  1. nasib baik boleh ganti..so point tak hilang lah kan mar...

    BalasPadam
  2. alhamdulillah nasib boleh kan
    kami gna bonuslink.. hihidh byk kali jga la redeem brng :D

    BalasPadam
  3. alhamdulillah boleh buat baru.. sayang juga point tu..

    BalasPadam
  4. saya takde pulak kad2 smile ni
    bonuslink ade la tu pun tak ambik peduli :)

    BalasPadam
  5. Aida tak pernah apply kad smiles ni sebab selalu isi minyak kat Shell je..

    BalasPadam
  6. sekarang sudah bukan kad smiles, kad miles saja, x tau kenapa esso tukar ke petron, tapi tenggok petron bukan banyak juga, aku biasa isi minyak di petronas sahaja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ape kau ni? hahaha petron lagi best dari petronas kot 3500 dapat isi rm 45 minyak.. petronas 4500 utk rm 45 minyak... puftttt

      Padam
    2. ya ke? tapi petron x kuat bagi kereta aku, petronas rasa kuat lagi, engin aku suka petronas minyak, tahan lagi jauh jika isi dengan petronas

      Padam
  7. i sudah guna petron miles, sejak beberapa tahun dulu, petron miles ads terlalu kuat di cinema, aku pun pergi register satu, tapi sekarang ada yang lebih bagus ke?

    BalasPadam
  8. dulu ess0 lagi best sbb boleh collect point dari beli barang skrg hampeh btul.. kad hilang, nak tnggu dia pnye point transfer ke kad baru lama sgt2... lpas tu member suruh try pakai petronas tgk mcm mne tapi skrg mmg isi kat petronas jek

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi petronas punye point ade expiry date kan? x best lah kalau point ade expiry date.... petrol stesen lain x de pun expired2.. kwn ak dah 6 tahun kmpul point dah 65k point dia...

      Padam
    2. tu pasal la tukar je ke petrol lain.. petronas teruk sebab ade expiry date pulak ape lah

      Padam
    3. expire?? bukan semua kad pun ada ke... kalau hilang pun sama kena buat baru juga.. bukan ke? lagi baik. skrg blh dpt lagi byk point dan blh tukar utk benda lagi baik daripada fikir byk tentang expire date.

      Padam
    4. hmmmm mcm ptrn x de expiry date rasenye... bkn ape better redeem cpt2 takot dah expired kite jgak rugi tu yg petronas sruh kite kalau boleh redeem la minyak ke ape ke bile dah smpai points utk redeem.. mcm i kumpul byk2 points dah smpai 10k++ redeem minyak rm 45, shopping kat mart dia like a bos! haha

      Padam
    5. ya, banyak loyalty kad ada expiry tarikh, baik check semua dan x bazir point2 yg kumpul susah ni. petronas boleh redeem mana2 je.

      Padam
    6. kad smiles petron takde expited date.kalau kat hilang boleh buat baru & point dari kad lama boleh transfer ke kad baru as long ko owner kad tu.aku hilang kad lama ni..buat kad baru, isi borang, fax ke HQ, transfer point.

      Padam
  9. Skrg byk station ada... tapi kalau aku... lebih suka service kat petronas. lagi ok aku rasa. lagi2 dekat kat rumah aku.. skrg kalau x silap blh collect lagi byk point. 3point x 1liter.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup betul tu abg sy skrg jadi grab car pun guna services dari petronas.. mcm2 benefits dorg offer no wonder ramai yg guna petronas sbb bagus.. my dad plak isi minyak guna credit card maybank dapat 8x points utk setiap 1L lagi byk..huhuhu

      Padam
  10. dulu aku pun pernah guna kad smiles. memang blh tahan juga.

    BalasPadam
  11. aku rasa lebih baik kita pg check yg mana paling ok utk kita isi... rasanya yg dekat yg lagi baik kot... rasanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul la tu.yang dekat dengan tempat kerja atau rumah.

      Padam
  12. bagus.. boleh kumpul mata ganjaran, jimat banyak duit la

    BalasPadam
  13. nasih baik blh ganti balik, kalau tak boleh ruginya hahaha

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.