Perkongsian

Jenis-jenis Santau

8:00 PG

Assalamualaikum

Jenis-jenis Santau | Terbaca perkongsian ini di FB dan mahu kongsikan di sini agar mudah untuk dijadikan rujukan saya. 

Jom kenali jenis-jenis santau. Benda nmpak mengarut tapi memang pernah terjadi. Jaga-jaga.

Guna rokok pun boleh santau. apatah lagi vape yang asapnya lagi banyak mengalahkan asap lori taik. memang ganas. semoga dijauhkan dari perkara tak elok.

Ehsan Google

๐Ÿ’จ Santau Angin
Selalunya ia akan dihantar melalui hembusan asap rokok.

Kesan
Mangsa akan mengalami mata merah dan pening-pening macam rasa nak pecah kepala serta muntah darah dalam masa lebih kurang 2 jam dan berisiko untuk mati jika tidak dirawat. Mangsa juga akan mengalami busung.

**********************************

๐Ÿ’ฆ Santau Air
Mentera yang dibaca yang akan diselangi dengan nama si mangsa dan ada wirid yang digunakan daripada ayat Al-Quran yang diterbalikkan. Semua ini akan di baca pada air dan diberikan pada mangsa untuk diminum.

Kesan
Mangsa berasa terhuyung hayang, dada berasa sempit, rasa seperti sesuatu yang memberati mereka diantara bahu dan tengkuk belakang, dan berisiko mati dalam keadaan segera (on the spot).

**********************************

๐ŸŒฐ Santau Tanah
Menggunakan gumpalan rambut, kaca, paku, duri yang dibacakan mantera kemudian ditanamkan kedalam tanah berhampiran atau didepan rumah mangsa.

Kesan
Apabila mangsa terpijak, mangsa akan jatuh dan akan terlihat satu bayangan hitam menghampiri dirinya dan akan berasa sesak nafas serta muntah darah, juga mengakitbatkan kematian.

**********************************

๐Ÿ”ฅ Santau Api
Menggunakan perantaraan seperti iblis atau penanggal yang mana telah dikhadamkan untuk menghampiri mangsa dan diselingkan dengan mentara. Pelaku akan memuja khadam yang menjaga api iaitu makhluk yang bernama jin.

Kesan
Mangsa akan melihat makhluk berterbangan yang berbentuk seperti api atau bebola api menghampirinya, dan terus mengenainya tepat di dada mangsa.

**********************************

๐Ÿ‘บ Santau Pujangga
Menggunakan kepingan gambar mangsa, rambut mangsa, pakaian dalam mangsa, atau barang peribadi mangsa. Ianya dimasukkan ke dalam balang kaca dan dicampurkan dengan air kencing, air longkang dan paku serta dibacakan mantera keatasnya.

Kesan
Mangsa tiba2 akan mengalami sesak nafas yang teruk, rasa tidak berpijak di bumi, batuk berdarah dan memuntahkan serpihan paku.

**********************************

๐Ÿ‘น Santau Keramat
Menggunakan tali pusat bayi yang meninggal dunia, gambar mangsa, rambut mangsa dan disatukan dalam satu balang yang bercampur dengan serpihan kaca, batu, paku serta dawai2 halus,. Kemudian kesemua bahan ini dicampurkan dengan bancuhan air kapur sireh bercampur air kencing.

Kesan 
Mangsa akan muntah darah dalam keadaan segera, keluar segala serpihan kaca dan segala barangan yang digunakan untuk kaedah santau keramat.

Sumber : Koleksi Kata - Kata Ustaz Kazim Elias


Perkongsian

Jenis-jenis Kelumumur

8:00 PG

Assalamualaikum

Jenis-jenis Kelumumur | Sebenarnya kelemumur ni banyak jenis, tapi orang anggap semua jenis sama. Maka dorang pun rawat kelemumur dengan cara yang sama. Sedangkan salah cara rawat buatkan kelemumur kita lagi makin teruk.

Kulit kita kan menggantikan selnya setiap bulan. Kulit yang normal dan sihat biasanya penggantian sel kulit tu tak nampak ketara.

Dan sel kulit mati akan hilang sendiri tanpa kita sedar, sama saja kulit badan dan kulit kepala.
Tapi, ada sesetengah orang penggantian sel kulit menjadi ketara dan kita boleh nampak sel kulit mati tu.

Untuk jenis yang PERTAMA:
Kelemumur ni disebabkan oleh KULIT KERING. 

- Ni disebabkan kurangnya sebum natural untuk melindungi kulit kepala.

- KUPING kelemumur ni KECIL dan nampak macam berabuk dan biasanya senang jatuh kat bahu.

- Puncanya maybe disebabkan oleh perubahan cuaca, kekurangan air dalam badan, perubahan hormon, kekurangan nutrisi yang seimbang atau penggunaan produk rambut yang berkimia keras.

Untuk jenis yang KEDUA:
Kelemumur ni disebabkan oleh PEMBIAKAN KULAT (malassezia) yang melampau. 
- Kulat ni naturally memang ada kat kepala kita cuma pembiakan yang melampau menjadikan generasi kulit yang terlebih2. 

- Kulit mati yang sedia ada tak sempat nak hilang ada pulak kulit mati yang lain. 

- Bezanya KUPING kelemumur ni BESAR- BESAR dan dia senang tersekat kat rambut. 

- Bila kita tarik boleh nampak SEKEPING- SEKEPING kelemumur tu.

- Dan biasanya kelemumur jenis ni yang selalu buat GATAL2 kulit kepala.

- Kulit kepala pun banyak minyak juga, dan sangat beza dengan yang pertama. 

- Yang pertama tu memang rasa kulit kering, yang ni kita tak rasa kering tapi kepala berkelemumur.

- PUNCA sebenar kenapa kulat tu membiak dengan melampau pun TAK DAPAT DIKENALPASTI sebabnya maybe disebabkan oleh perubahan cuaca, kekurangan air dalam badan, perubahan hormon, kekurangan nutrisi yang seimbang atau penggunaan produk rambut yang berkimia keras.

Jenis yang KETIGA ni:
Kelemumur ni dipanggil SEBORRHEIC DERMATITIS.

- Kelemumur ni dikategori sebagai penyakit.

- Ianya disebabkan oleh auto-immune badan atau sebab genetik.

- Kelemumur ni biasanya berwarna KUNING.

- Kulit KEPALA KEMERAH- merahan.

- Diikuti dengan KEGUGURAN RAMBUT juga.

- Selain kat kulit kepala keadaan ni juga biasanya ada kat bahagian lain macam belakang telinga.

======================

Sejak beberapa menjak ni gatal sungguh kulit kepala saya sampai rasa nak garu je. Geram! Nak kata ada kelumumur, mungkin ada sedikit tapi takde lah tahap berkeruping putih-putih tu. Cuma gatal sangat-sangat. Rambut gugur tu memang kerap la.. sampai potong rambut pendek sendiri je. Geram!

Adakah ini petanda uban mahu tumbuh??


Perkongsian

Jaga-jaga Wahai Suami

8:00 PG

Assalamualaikum
Jaga-jaga Wahai Suami | Kita sering mendengar ceramah akan kepentingannya. Mungkin ada suami yang ambil ringan sahaja. Sebahagian sahaja, saya percaya para suami sedar akan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri.

Kebanyakan suami hanya tahu erti nafkah batin. Tapi, zahir? Pada mereka sudah beri makan, tempat tinggal, ia sudah mencukupi. Tapi, seorang isteri aka perempuan punya nafsu bershopping, nafsu mencantikkan diri dan lain-lain.

Tanggungjawab nafkah seorang ayah pada anaknya terhenti bila anaknya telah bekerja dan mampu menanggung diri sendiri, tetapi tanggungjawab nafkah pada isteri tetap tidak terhenti sehingga kiamat selagi isteri masih hidup dan tiadak bercerai, walaupun isteri berkerja dan gaji isteri lebih mahal dari suami.
Suami jangan main-main bab nafkah isteri. Ianya suatu kewajiban yang besar.
~Ustaz Azhar Idrus~


Hak beri nafkah tugas suami
-Isteri bekerja bukan alasan abai tanggungjawab sara keluarga


Nafkah tak luput walaupun isteri kerja
-Suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri mengikut kemampuan masing-masing.
Berdosa bagi suami jika menahan nafkah kepada orang di bawah tanggungjawabnya.
~Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin


Ramai lelaki tidak menyedari antara tanggungjawab terpenting suami adalah menanggung dan memberi nafkah zahir.
Ia dalam bentuk wang ringgit secara bulanan kepada isteri bagi memastikan segala keperluan rumah tangga cukup walaupun isteri anda bekerja!


Banyakkan perkongsian tentang pemberian nafkah kepada isteri. Tidak tahulah jika hal ini memberi kesedaran kepada mereka atau tidak. 

Perkongsian

Sakit & Anggota

3:06 PTG

Assalamualaikum

Sakit & Anggota | Saya kongsikan di sini sedikit info yang berguna untuk rujukan kita semua. Secara tidak langsung, kita tahu serba sedikit penyebab sakit yang kita alami.

Sakit di bahagian bahu
●Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

Kebas tangan
● Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar

Kebas tangan kiri dan lengan
●Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku. 

Kebas kaki
●Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

Sakit tapak kaki
●Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

Sakit tumit kaki
●Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

Rasa panas di tapak kaki
● Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

Gatal di celah jari-jari kaki
●Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

Tanda-tanda dalaman kepala
_Secara amnya_, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

Pening/sakit di bahagian depan kepala
●Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

Pening/sakit di bahagian belakang kepala
● Bahagian atas - Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
● Bahagian bawah (tengkuk) - Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

Sakit kepala dan raas gas keluar dari telinga
●Menandakan penyakit migrain.

Bisul terjadi di kepala
● Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

Rasa pening yang memusing
●Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

Mulut/Kerongkong/Lidah rasa loya/muntah
●Tanda penyakit lelah. 
●Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

Muntah darah
● Darah merah - Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
● Darah hitam - Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

Lidah rasa tegang dan pendek
●Tanda sakit jantung.
Keluar air liur yang pekat
●Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

Kerap kencing
●Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

Air kencing berkapur
●Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

Air kencing berminyak
● Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

Air kencing pekat berwarna coklat
● Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

Air kencing berdarah
● Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

Ciri-birit/kerap buang air besar
●Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

Sembeli
●Membersihkan toksin dari usus kecil.

Najis Berdarah
● Darah merah - Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam - Masalah penyakit ulser perut.

Najis Berwarna Hitam
● Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

Badan
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
● Proses menyeimbangkan urat saraf.
● Menandakan luka di dalam badan.
● Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan. 
● Proses melancarkan pengaliran darah.
Badan terasa berat/malas/lenguh
●Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

Badan terasa panas
●Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

Badan terasa ringan
● Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

Rasa takut mengejut
●Lemah fungsi buah pinggang.
●Tenaga batin lemah.

Cepat naik darah/marah
●Fungsi hati lemah.
●Tekanan darah tinggi.

Rasa bimbang dan takut
●Sistem paru-paru yang lemah.

Rasa seronok atau bimbang tanpa sebab
●Sistem jantung yang lemah.
●Sistem saraf otak yang lemah.

Info

Cara Halau Kucing

4:00 PTG

Assalamualaikum

Cara Halau Kucing | Rata-rata ramai yang mencari info ini. Mungkin sebab terasa terganggu apa yang haiwan comel ini lakukan. Siapa tak suka dengan kecomelan diorang ni. Geram je rasa nak timang-timang. Kena pula yang kecil-kecil lagi, yang tengah nakal-nakal.

Cara Menghalau Kucing

Tempohari ada terbaca di FB, dah ramai juga yang share info ni. Saya ambil gambar yang dia share sebagai rujukan.


Dia beli di Daiso dengan harga RM8 tak silap. Dari penulisannya memaang berkesan. Boleh la cuba lepas ni. Geram juga bila si comel-comel ni suka membuang di rumput sekangkang kera depan rumah tu.


Perkongsian

Joyfresh Yang Wangi

8:00 PG

Assalamualaikum
Joyfresh Yang Wangi | Lama juga dah air freshner ni. Saya beli sekali semasa beli sabun untuk gotong-royong di pkayik dulu.

>> Jom Baca <<


Bau honey dew memang best. Banyak lagi pilihan haruman yang lain. Boleh ke cawangan Joywash yang terdekat.




Perkongsian

Cara Semak Surat Penyelesaian Hutang PTPTN

8:00 PG

Assalamualaikum

Cara Semak Surat Penyelesaian Hutang PTPTN | Apabila sendiri sudah sedia maklum yang hutang pinjaman kita telah selesai. Sudah bayar habis lagi. Sudah tiada kena mengena dengan PTPTN. Mesti rasa bebas sebab dah bebas hutang.

Untuk selesaikan baki pinjaman melalui KWSP boleh rujuk SINI. Memang mudah dan cepat. Cuma yang hazabnya menunggu pulangan lebihan bayaran selepas diskaun 15% tu! Allahu..sabarkan hati.

Di sini saya kongsikan bagaimana cara semak surat penyelesaian hutang PTPTN.

1- Masuk website www.ptptn.gov.my.


2- Terus klik Pengesahan Baki Pinjaman / Surat Penyelesaian Hutang. Dalam bulatan berwarn oren.


3- Log Masuk Bajet 2017. Masukkan no Mykad dan no pinjaman. Untuk dapatkan nombor pinjaman, boleh hubungi careline PTPTN di 03-2193 3000.


4- Klik pada kotak SURAT PENGESAHAN HUTANG.


Ini saya klik pada kotak PENGESAHAN BAKI ONLINE. Tiada rekod lagi bermakna hutang saya telah selesai.


5- Print surat untuk simpanan dan rekod kita.


Surat ini bertarikh 04/04/2017. Sudah lebih 2 bulan berlalu tetapi lebihan bayaran saya masih lagi belum masuk ke akaun 2 kwsp saya. Lebihan bayaran adalah kerana dapat 15% diskaun jika bayar hutang habis. Cepatlah sikit pulangkan wahai PTPTN. Akaun 2 saya tu ada kegunaan lain..


Pengalamanku

Pengalaman Menderma Darah Di HSI

8:00 PG

Assalamualaikum
Pengalaman Menderma Darah Di HSI | Ini merupakan kali pertama saya menderma darah. Berdebar-debar juga rasanya. Niat asal saya dengan konfidennya mengaku darah saya jenis O- sebab makcu kawan saya kekurangan darah badan.

Makcu kawan saya ni darah jenis B-. Sangat sedikit orang di Malaysia ni berdarah jenis B-. Orang darah jenis B- hanya boleh menerima darah jenis B- dan O- sahaja.

Kisah viral makcu kawan saya di FB: Peon JB, mohon sebarkan..

Bagi yang memiliki darah B- dan O-, sudilah kiranya menderma untuk makcik ini.

Banyak prosedur yang perlu diketahui sebelum menderma darah. Mula-mula nurse check darah, jenis apa. Macam saya jenis O. Jenis O- atau O+ tak dapat detect. Kemudian, timbang berat pula. Berat mestilah lebih 48kg bagi perempuan. Kemudian, perlu isi borang maklumat diri dan beberapa soalan berbentuk pertanyaan. Eh..banyak juga soalan tu tau.

Ini beberapa soalan yang saya ingat dan diinterview oleh nurse.
- Ada keluar dari Malaysia dalam tempoh kurang 1 bulan? Kalau ada, tak boleh derma.
- Ada bertukar-tukar pasangan/ melanggan? Kalau ada, tak boleh derma.
- Cukup tidur 5 jam tak?
- Adakah sedang mengandung?
- Adakah sedang period?
- Ada penyakit HIV/ Hepatitis/ Tibi/
Banyak lagi...

Meskipun darah saya bukan jenis O-, saya derma jugalah. Alang-alang dah ke sini kan. In sha Allah darah saya dapat membantu orang lain pula.


Kerusi diturunkan agar saya dapat berbaring. Tangan pula terus menerus mengepam bola hijau tu. Sambil itu, nurse menyerahkan borang yang saya isi tadi. Borang yang saya isi mengesahkan bahawa saya berdarah jenis O sahaja. HB: 13.3, agak tinggi.

Tak pasti berapa lama saya menjalani proses menderma darah ni. Tapi, tak lama mana. Nurse pula dah stanby air gula untuk saya, takut saya pengsan. Lebih lagi bulan puasa. Kalau rasa pening-pening tu terus minum air gula tu. Sebenarnya, saya tak bersahur pun pagi tu sebab lewat bangun.


Proses menderma sudah selesai. Nurse minta saya rehat dahulu. Oklah rehat lah dalam 15 minit di kerusi ni. Alhamdulillah saya bertenaga, tiada rasa pening-pening. Syukur masih dapat meneruskan puasa.

Nurse berikan saya slip pengesahan penderma darah. Pengesahan ini membolehkan saya mendapat pelepasan kerja selama 8 jam bermula jam 1 petang. Oleh kerana saya rasa bertenaga sahaja, saya bekerja seperti biasa hingga jam 5.30 petang.


Untuk pengetahuan semua, tiada lagi buku untuk penderma darah, hanya diberi sekeping kad kecil. Sekiranya ingin menderma darah lagi, tunjuk sahaja kad ini. Sehingga kad ini habis dicop, barulah penderma akan diberikan buku.


Untuk menderma darah, boleh terus ke,

TINGKAT 4 , unit tabung darah
Hospital Sultan Ismail , JB 
Bermula 8 pagi hingga 5 petang

Update terkini : Makcu kawan saya sudah keluar hospital semalam. Alhamdulillah...



Perkongsian

Programmer Pertama

12:00 PTG

Assalamualaikum

Programmer Pertama | Ada terbaca hari tu di IG mengenai programmer pertama adalah seorang perempuan. Hebatlah dia sebab bukan mudah untuk memahami programming. Betul tak?


Sharing dari Ig lawak_kampung. Yang kelakar, komen tu memang win.

"That's why computer languange is difficult to undersatand"



Ilmu

Tuntutan Nafkah Suami

8:00 PG

Assalamualaikum

TURUTAN NAFKAH SUAMI |

1. Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa).

Turutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Turutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46). Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.

Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;

a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.

b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.



Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
2. Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan


 

Islam Itu Indah

Definisi Kebahagiaan Setiap Kita

8:00 PG

Assalamualaikum
Definisi Kebahagiaan Setiap Kita | Setiap kita mengimpikan kebahagiaan. Kebahagiaan itu pula terlalu meluas definisinya. Perkongsian ini sedikit sebanyak membuka mata kita semua. Satu perkongsian yang menarik untuk kita renungkan.
❤❤❤❤❤
Jika KEKAYAAN membuat orang BAHAGIA, tentunya ADOLT MERCKLE, orang TERKAYA dari JERMAN, tidak akan menyerahkan badannya kepada KERETA API...
Jika KEMAHSYURAN membuat orang BAHAGIA, tentunya MICHAEL JACKSON, penyanyi TERKENAL di USA, tidak akan minum UBAT TIDUR hingga OVERDOSE...
Jika KEKUASAAN membuat orang BAHAGIA, tentunya G. VARGAS, Presiden BRAZIL, tidak akan menembak JANTUNGNYA...
Jika KECANTIKAN membuat orang BAHAGIA, tentunya MARLIN MONROE, artis CANTIK dari USA, tidak akan minum ALKOHOL dan UBAT DEPRESI hingga OVERDOSE...
Jika KESIHATAN boleh membuat orang BAHAGIA, tentunya THIERRY COSTA, Doktor terkenal dari PERANCIS, tidak akan membunuh dirinya akibat acara di TELEVISYEN..
Ternyata, BAHAGIA atau tidaknya hidup seseorang itu, BUKANNYA ditentukan oleh seberapa KAYA, FAMOUS, CANTIK, BERKUASA, SIHAT atau BERJAYA hidupnya.
Tapi yang membuat seseorang itu BAHAGIA ialahlah DIRINYA SENDIRI... mampukah dia MENSYUKURI semua yang sudah dimilikinya dalam segala hal.
"Kalau KEBAHAGIAAN boleh DIBELI, pasti orang-orang kaya akan MEMBELI KEBAHAGIAAN itu... kita tidak akan dapat KEBAHAGIAAN kerana sudah DIBORONG oleh merekฮฑ."
"Kalau KEBAHAGIAAN itu ada di suatu TEMPAT, pasti belahan lain di bumi ini akan KOSONG kerana semua orang akan ke sana berkumpul di mana KEBAHAGIAAN itu berada ."
Untungnya KEBAHAGIAAN itu berada DI DALAM HATI setiap manusia.
Jadi kita tidak perlu MEMBELI atau pergi MENCARI KEBAHAGIAAN itu.
"Yang kita perlukan ialah HATI yang BERSIH dan IKLAS serta FIKIRAN yang JERNIH, maka kita boleh menciptakan rasa BAHAGIA itu bila-bila, di mana-mana dan dalam apa-apa jua keadaan pun."
KEBAHAGIAAN itu hanya dengan zikrullah (mengingati)Allah:
ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุขู…َู†ُูˆุง ูˆَุชَุทْู…َุฆِู†ُّ ู‚ُู„ُูˆุจُู‡ُู… ุจِุฐِูƒْุฑِ ุงู„ู„َّู‡ِ ۗ ุฃَู„َุง ุจِุฐِูƒْุฑِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุชَุทْู…َุฆِู†ُّ ุงู„ْู‚ُู„ُูˆุจُ
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia. {13:28}
"JIKA KAMU TIDAK MEMILIKI APA-APA YANG KAMU SUKAI, MAKA SUKAILAH APA-APA YANG KAMU MILIKI SAAT INI"
❤❤❤❤❤
Islam itu indah. Dalam islam, rukun iman ke 6, beriman kepada qada' dan qadar. Justeru itu, umat islam perlu yakin dan redha dengan setiap ketentuan dari Illahi. Percaya, yakin setiap yang berlaku itu ada hikmahya. Sentiasa bermuhasabah, berdoa dan bertawakal. Ingatlah, setiap masalah pasti ada jalan pennyelesaiannya.