Rumah

Progress Rumah Flat 2 - Berkelah

8:00 PG

Assalamualaikum

Progress Rumah Flat 2 - Berkelah | Lega hati bila rumah flat kami sudah ada yang mahu menyewa. 03.09.17 - En.suami menyiapkan sedikit wiring di bahagian dapur dan bahagian luar untuk mesin basuh. Dek kerana saya kemalasan pada hari itu, berangkatlah kami ke rumah flat tersebut. Lagipun, kipas sudah dipasang.

Pagi-pagi sebelum ke sana saya siapkan bekalan untuk kami berempat. Nasi putih, tomyam ayam dan sayur serta telur dadar sahaja. Itu pun anak-anak makan dengan penuh selera. Nak berkelah ni..


Cantikkan lunch box ni? Warna pink dan juga warna pastel. Ini hadiah dari seseorang. Nak tahu saya dapat dari mana? Baca [SINI].


Sementara menanti ayah menyiapkan kerja, maka makanlah mereka dengan penuh selera. 2 kali anak-anak makan sepanjang berkelah di sini. Saya asingkan bahagian ayah mereka dahulu.


Inilah pemandangan dari rumah flat kami. Kami berada di tingkat 6. Nampak highway EDL.


Kisah sebelum ini - Progress Rumah Flat-1


Kami

Progress Rumah Flat #1

2:00 PTG

Assalamualaikum

Progress Rumah Flat #1 | Ini kisah seminggu sebelum berpuasa. Gigih la menolong en.suami mengecat rumah flat kami. Perlu cat semula sebab bila report defect, pemaju tampal-tampal rekahan dengan simen sahaja tanpa cat semula. Cat putih je sebab murah.

Lepas raya nanti rumah ini akan disewakan, tu yang gigih mengecat. So far, wiring telah dilakukan oleh en.suami. Buatlah sikit-sikit bila cuti sabtu dan ahad. Lampu sudah ada cuma belum ada kipas.
 

Masa ni Alif tinggal bersama pengasuh. Hanya Cik Aisyah yang ikut, itu pun habis cat meleleh dibuatnya.


Saya pun turut membantu mengecat rumah tersebut. Masya-Allah letihnya mengecat rumah. Masa mengecat tu ok je. Dapatlah siapkan dinding di 2 bilik dan ruang tamu. Lepas cat dah habis, kami pun stop. Masa tu sebotol air besar pun rasa tak cukup!

Balik rumah rasa letih sangat-sangat. Lepas Isyak terus zzzZZZ.


Alif Ziyad

Bila Anak Mula Menconteng

4:00 PTG

Assalamualaikum


Bila Anak Mula Menconteng | Setiap anak dilahirkan berbeza perwatakan, perangai dan keletah. Bab  menconteng, kedua anak saya adalah sama. Tiba-tiba saya perasan dinding rumah sudah berseni. Kecik bessar kecik besar je tengok budak-budak ni. Sudah la menconteng, buat muka comel lak tu, dengan harapan usaha mereka dihargai.

Sekali dua dinding diconteng mungkin masih boleh bertahan. Kalau dah banyak kali, mau jadi hijau gak. Mak ko hijau.

Apa yang perlu ibubapa lakukan bila anak sudah mula menconteng?

- Sediakan buku tulis.
- Sediakan kertas lukisan.
Jika saiz tidak mencukup, dan kemahuan menconteng membuak-buak,
- Sediakan kertas majung dan tampak di dinding rumah.

Inisiatif saya, berikan anak kertas atau buku untuk dia menulis dan menconteng. Otak sedang berkembang, biarkan bakatnya diasah. Alif ok lagi, tidak menconteng sangat berbanding kakaknya, Cik Aisyah dahulu. Kesan contengannya memaksa kami untuk mengecat seluruh dinding rumah!


Tiba-tiba ada seni di dinding dan si pelaku adalah budak comel ini. Muka tak bersalah. Tapi, masih boleh dikawal sebab dia lebih menconteng di buku berbanding dinding. Harapnya terus begitu.


Barang Dapur

Glo Pek Jimat

2:00 PTG

Assalamualaikum

Glo Pek Jimat | Sebelum kahwin, mak ajar guna Glo. Duduk berjauhan dengan mak zaman bujang pun guna Glo. Sudah kahwin pun, guna Glo. Cakap mak memang betul. Makanya dengarlah cakap emak, jangan derhaka.
Pernah tukar jenama lain, SINI. Kononnya lebih murah. Tapi, agak mengecewakan. Tak best.
Kebetulan ke Giant Extra tempoh hari, Glo pencuci pinggan mangkuk ni ada offer, 3 botol dengan harga RM9.99. Memang jimat. En. suami terus ambil 3 botol, senang katanya, takyah sibuk nak cari nanti. Saya, senyum je sebab dia yang bayar. Akekeke..

Antara 3 wangian ni, kami selalu beli Lemon Ros. Sedap baunya. Oleh sebab, pilihan banyak hari tu, kami ambil 3 botol berlainan wangian.

Selama memakai jenama Glo, saya puas hati je. Bau best. Tak rosakkan tangan. Bersih pula tu. Jimat lagi. Bersih dan jimat!



Our Life

Rumah Flat Bakar Batu

10:35 PG

Assalamualaikum


Rumah Flat Bakar Batu | Rumah pertama saya tapi rumah kedua kami. In sha Allah... Kunci dah ambil bulan lepas, selepas bayar RM380 untuk kunci. Dapatlah masuk rumah ni, check defect, tengok suasana dalam rumah ni.

Buat masa ni, rumah kami belum buat apa-apa lagi. Kosong lagi sebab meter api dan air pun belum pasang lagi. Bab tu kena sediakan dalam lingkungan RM600.

Rumah ni comel je keluasannya. Ada 3 bilik dan 2 bilik air.


Pandangan dari atas tingkap. Nampak highway EDL.



Masih dalam proses mengumpul duit untuk memasang yang asas. Dah siap nanti, boleh la sewakan. Tapi, lambat lagi. Entah-entah tahun depan baru siap untuk disewa.


Nota Hati : Cepat atau lambat, selagi kita berusaha..






Makan-makan

Potluck 'Shell Out'

9:00 PG


2 April 2016 - Ada makan-makan di kalangan ahli keluarga suami. Tapi, tak semua yang ada. Kami, 4 keluarga sahaja. Itu pun kalau diikutkan, kami tak dapat join sebab en.suami bekerja pada hari sabtu. Agak sukar untuk ke mana-mana.

Bila ada 2 anak ni, saya agak malas mahu keluar sendirian. Tunggu Alif besar sikit kalau mahu keluar sendiri tanpa ditemani en.suami.

Saya mengoffer mereka menjamu selera di rumah kami, makanya saya dapatlah join!



1 keluarga bawa dua lauk. Saya cuma buat ikan pari bakar, sotong bakar, masak nasi putih dan sediakan air.

Sirap bandung soda hasil tangan saya memang laku keras. Saya hanya buat 2 botol sirap bandung dan 1 jug air mangga. Ais, sudah pasti. Oleh kerana en.suami pulang agak lewat dari yang dijanjikan, itu sahajalah air yang ada. Kordial habis, huhuhu..




Bila en.suami balik, adalah ais tambahan! Maklumlah dengan cuaca panas menyengat ni, masing-masing mahu sejukkan tekak.

2 botol sirap bandung soda saya sediakan lagi. Licin lagi!


Menu : Ikan pari bakar, sotong sambal bakar, sambal udang, kupang masak tumis, ketam masak lemak cili padi, sayur brokoli jagung, jagung bakar & ayam madu.




Islam Agamaku

Cipta Keikhlasan

3:00 PTG


Hati seolah disentap duka. Terus airmata menitis tidak semena. Perancangan yang diatur bersama adik-beradik seakan di hujung tanduk. Terkilan sangat sebab minggu itu sahaja dapat pulang ke kampung halaman berjumpa emak abah dan berbuka puasa bersama mereka.

Kali terakhir pulang ke kampung halaman pada 1 Mei lalu dan selepas emak abah pulang dari mengerjakan umrah, mereka ada datang bertandang ke rumah kami. Itupun satu malam sahaja. Tidak puas bermanja dengan mereka.

Saat itu, aku mula marah-marah dengan pelaksanaan lembab orang-orang mereka yang buat kerja. Biasalah pekerja dacing, memang begitu barangkali. Yang membuatkan aku marah, suamiku dapat panggilan telefon dari abahnya mengenai surat mengundi rumah rakyat di Stulang sehari sebelum tarikh cabut undi! Lahabau, aku menyumpah.

Suamiku mula berbelah bahagi. Pulang ke kampung tetap pulang ke kampung tapi kami harus pulang awal pada hari ahad. Perasaan bengang, sedih bercampur baur. Mana tidaknya, bulan puasa ini, baru sekali aku dapat pulang ke kampung, itu pun setelah lebih 2 minggu berpuasa.

Allah itu Maha Mengasihani. Kami selamat pulang ke kampung pada petang sabtu dan sempat berbuka bersama keluarga. Aku seronok tidak terkata. Bertambah seronok, bilamana adik bujang ku juga pualng ke kampung setelah habis waktu kerja nanti dan aku boleh pulang semula ke JB bersamanya. Syukur alhamdulillah, diberi sekali lagi kesempatan untuk berbuka puasa bersama keluarga.


*      *      *      *       *      *


Saat ujian datang bertubi-tubi, selama tempoh mengandungkan 'adik', kami dititipkan dengan berita gembira lain. Perasaan marah aku yang memaki hamun pihak yang lembab buat kerja hingga terpaksa membuat suamiku terkejar-kejar ke sana ke mari bertukar kepada satu nikmat kesyukuran yang tidak terhingga.

Emak kata, itu rezeki anak. Ye, aku akui. Aku bersujud padaMu Ya Rabb..Terima kasih emak kerana sentiasa mempositifkan perasaanku.

Alhamdulillah, aku tumpang gembira dengan rumah ke-2 suami ku. Dalam perkiraan kami, in sha Allah kami mampu menanggung bulanannya. Kawasan situ, market value tinggi meskipun hanya sebuah rumah pangsa berharga RM50,0000. Ya, rezeki kami sekeluarga. Jika dibanding dengan harga pasaran sekarang, mana mungkin akan dapat harga sebegini murah.

Rumah itu dimohon oleh suamiku sewaktu kami belum bertunang lagi. Masih bujang dan saat itu belum punya rumah lagi. Itu adalah rumah rakyat untuk penduduk yang terpaksa pindah di kawasan kampung melayu majidi. Selesai meletakkan nama, aku menemani dia ke pejabat perumahan (kawasan rumah kami sekarang) dan siapa sangka rezeki kami telah tertulis untuk sebuah rumah teres 3 bilik (rumah yang kami duduki).

Aku kadang-kadang marah dengan mereka yang terlalu mengharapkan suami sedangkan aku akui aku sendiri boleh lakukan apa jua sendirian hatta untuk pemeriksaan kandungan dan ke hospital sekalipun. Aku boleh, kenapa mereka tidak? Ini yang aku sering pertikaikan.

Tapi, aku harus cepat-cepat sedar, harus segera istighfar, ini semua ujian buatku dan tidak semua orang 'sekuat' aku. Mungkin. Aku tidak mendongak. Hanya berfikir..


Aku bersyukur atas ujian yang Kau berikan. Ujian yang terus mendidik aku untuk terus sabar. Ujian dari orang terdekat yang kadang kala membuat aku rasa sakit hati, terkilan, tetapi aku cuba ikhaskan dengan penuh keredhaan. Moga keikhlasan aku ini mempermudahkan segala urusanku nanti.

Ya Allah, Ya Rahman, aku terus bersujud, menadah tangan padaMu agar Kau sudi mendengar rintihan insan kerdil ini. Mungkin tika ini suaraku terasa halus, namun moga dengan keredhaan dariMu suaraku kian hampir denganMu.


Moga aku terus diberi kekuatan sepanjang tempoh kehamilanku. Dan diberi kekuatan andai sampai saat aku berjuang nanti. Kepada suami tercinta, aku mohon sejuta keampunan darimu saban hari, moga tiada sekelumit amarah di hatimu sayang..
Ya Allah Ya Rahman, aku redha dengan setiap ujian yang kau tiupkan.






Our Life

Mengecat Rumah

10:19 PG



Raya tahun ni memang perlu cat rumah. Mana tidaknya dinding sudah penuh dengan hasil seni anak dara. Lagipula, dinding sudah mula berkulat. Cat asal kan warna putih coating gitu je. Masa masuk rumah lebih 3 tahun yang lalu, tak sempat nak mengecat sebab seminggu lepas kami pindah, saya sudah selamat melahirkan puteri sulung kami.

Ketika itu, berpindah kerana rumah sewa kami agak tidak selesa jika ada anak kecil. Dan kebetulan rumah kami pun baru je siap, segala kunci sudah dapat. Meter api dan air juga sudah pasang. Dan kami hanya membuat pemasangan grill dan tinted sliding door demi keselamatan. Kebetulan juga barisan rumah kami sudah ada keluarga yang pindah, terburu-buru juga pindah demi anak yang bakal dilahirkan.


Bersemangat Cik Aisyah membantu


Perancangan asal, sebelum masuk bulan Ramadhan sudah siap. Tapi, dek aral yang mendatang, terpaksa tangguh-tangguh, tong cat terbiar di bilik belakang hinggalah 2 hari lalu baru dapat menjalankan proses pengecatan. Itu pun, dapat buat sikit je. Yelah, malam-malam mengecat. 

Semalam pula, en.suami ada hal. Terpaksa sambung malam tadi. Mungkin akan mengambil masa sehari dua lagi. Cepat siap, senang. Boleh la en.suami ke surau menjalankan ibadah terawih.




Nota Kaki : Warna cat adalah pilihan mem...^___^


Our Life

Penama Rumah - 4

8:30 PG


2 minggu yang lalu, saya menerima panggilan dari pejabat guaman perumahan kami yang en.suami boleh datang ke pejabat mereka untuk sign agreement potong nama. Mereka telefon saya pun sebab en.suami tidak sempat jawab panggilan mereka.

Oleh kerana geran rumah kami jenis geran berkelompok, masih tertera nama pemaju di atas geran, kami diminta untuk potong nama pemaju tersebut.

Hanya perlu bawa copy pembayaran cukai harta, copy surat SUK, SPA, resit deposit dan baki bayaran.

Tapi, selepas sign agreement ni, copy geran belum dapat lagi. Mereka akan telefon sekali lagi nanti.




Deposit : RM1000
Baki : RM1380 + GST
Jumlah : RM2380 


Lega sangat-sangat sebab sebelum ini estimated cost dalam RM3500. Seribu lebih juga bezanya. Lepas ni cuma tunggu mereka telefon untuk ambil copy geran. Dan kemudian dapat selesaikan proses seterusnya di MPJB.


Penama Rumah - 3
Penama Rumah - 2
Penama Rumah - 1





Luahan Hati

Penama Rumah - 3

8:00 PG


Cerita penama rumah yang belum habis, selagi belum selesai. Kelihatannya mudah, hanya perlu sediakan duit dan menanti panggilan dari pejabat peguam untuk proses seterusnya.

Ketika membayar deposit 1K, staff yang en.suami berurusan mengatakan proses dalam tempoh 4 minggu. Minggu lepas, saya telefon pejabat guaman, saja follow-up proses. Ermmm... tempoh 4 minggu jadi lebih pula. Staff yang memberi kenyataan kepada saya kata, mungkin "middle of next month". Wait and see, how long you take time to settle down the such thing.

Berurusan dengan pihak bank, kemudian dengan pejabat tanah, mungkin memakan masa hingga 3 bulan. Ok, fine! Kenapa tak cakap awal-awal. Tapi, oleh kerana kami ni client, dan kami bayar mereka, kami ada hak untuk kerap follow-up, nak tau juga lembab mana proses tersebut.


Saya : Boleh bagi estimated time tak? Berapa lama proses ni?

Staff : Masa bayar deposit, staff yang handle tak terangkan ke?

Saya : No ~ En.suami pergi seorang, memang lah. Kalau saya ikut sekali, mahu A-Z saya tanya.

Staff : Jangam risau pasal denda. So far, takde client yang pernah kena denda.

Saya : Saya tak cakap pasal denda. Saya nak tahu estimated time je, segala proses patutnya settle berapa lama. Setiap kerja mesti ada target. Ok, kami dah bagi deposit early on March, so boleh proceed kan? Saya nak tau target dokumen tu siap. Sebab janji dalam 3-4 minggu akan call, panggil sign agreement. Ni dah masuk 4 minggu ni.

Staff : Ok procedure macam ni. Kami perlu submit ke bank dulu. Lepas dapat MOT, baru dapat submit ke pejabat tanah.

Saya : Owhh...proses memang lambat ke?

Staff : Yang buat ni bukan Taman SP je, taman-taman lain pun buat juga.

Saya : Ok, itu bukan masalah saya. Saya cuma nak tahu estimated time.

Staff : Macam rumah puan ni, bayar deposit awal bulan 3, mungkin in middle of April kita akan panggil. Ada yang dari Januari belum selesai.

Saya : Eh, yang januari pun belum selesai. Saya yang bulan Mac ni, lagi lambat kot. Macaman awak boleh janji pertengahan bulan April pula.


Tapi, saya malas nak membebel panjang-panjang. Bagi chance dia siapkan kerja dia. Nanti kerja tak siap pula kan. Apa ntah yang menyebabkan prosedure segala ni lambat. Di pihak manakah yang lembab ni.




Nota Kaki : Minggu depan takde call, aku telepon lagi. Follow -up ni penting, sergah sikit mana yang buat kerja hegeh-hegeh.






Pengalamanku

Tukar Penama Rumah - 2

8:00 PG


Kesinambungan entri sebelum ini, kami ke pejabat peguam rumah seperti mana yang tertera dalam SPA dan surat peguam yang pernah kami dapat. Tidaklah jauh mana, di Taman Daya. Berpusing lah kami di kawasan itu hampir 30 minit, tetapi tidak ketemu.

Dengan pantas, saya menelefon pejabat peguam tersebut, eh nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan kami!! Dail lagi. Sama juga. Saya telefon pemaju untuk dapatkan maklumat terkini, mengenai pejabat peguam tersebut. Oh!! Sudah berpindah ke Bukit Indah. Jauh la pula. Setelah mendapatkan alamat, bergegaslah kami ke pejabat peguam.

Dugaan lagi bila, en.suami tersalah masuk lorong dan kami terus masuk ke highway, keluar dari Bukit Indah. Bayarlah tol RM2.30. Ermm, cari u-turn, jauh juga, bayar tol semula RM2.30, pusing-pusing cari alamat Jalan Bukit Indah 15/1, hahaiii saya dah lama tidak ke kawasan ini, memang lah agak sukar untuk mencarinya.

Akhirnya, kami sampai ke pejabat peguam Shahrizat Rashid & Lee, bersebelahan Heong Leong Bank. Ciss, sudah la pindah tak bagitahu client, habis kami ni sebagai client lama mereka nak jadi apa?

Kami masuk ke perut pejabat, berurusan dengan seorang kerani di kaunter hadapan. En.suami menunjukkan surat yang kami terima, dan bertanyakan bagaimana cara penyelesaian, sepertimana yang diperkatakan oleh pihak pemaju.


"Memang boleh settle kat sini. Kita settlekan semuanya. Cuma, perlu sediakan deposit 1K"

"Hah?? Kitorang datang jauh-jauh, pemaju cakap boleh settle kat sini, kena bayar 1K?. Tempoh diberi 30 hari. Surat ni bertarikh 16 Februari 2015".

"Macam yang saya cakap tadi lah. Memang boleh settle, cuma sediakan deposit dahulu, 1K"

"Memang perlukan 1K ke untuk selesaikan ni?"

"1K tu deposit je baru. Total cost bergantung kepada harga rumah sewaktu tandatangan."

"So, total cost?"

"Boleh jadi 2 - 3K. 1% deposit, baki 2 %"

"Oklah, takpe"


Kami keluar dari pejabat tersebut dengan penuh sebal. Kalau setakat deposit 1K, boleh la bagi sekarang. Baki? Kena kira simpanan dahulu. Matahari sudah tegak di atas kepala gara-gara 'perjalanan jauh' kami. Berpusinglah sekali lagi di sekitar situ mencari kedai makan untuk membasahkan tekak dan mengisi perut yang kosong.

Mamak pun mamak la oi..

Sambil makan dan minum, perbincangan kami bermula. Berkisar duit yang perlu disediakan. Tidak lupa, memantau keadaan Aisyah yang belum sihat benar. Dibuatnya suhu badannya naik secara tiba-tiba, memang ke klinik lah kami.

Selesai mengisi perut, kami berpatah balik ke pejabat guaman. Kali ini, kami mahu pastikan berapakah nilai yang perlu kami sediakan. Staff tersebut, perlu membuka file dahulu. Kami menanti dengan sabar di ruang lobi. Nasib baik duduk dalam air-cond, sejuk sikit hati yang panas ni.

Tidak lama kemudian, en.suami dipanggil. Dari kiraan kasar, deposit yang perlu kami sediakan sebanyak 1K. Kemudian, en.suami akan dihubungi untuk menanda tangani surat perjanjian. Proses untuk mereka siapkan dokumen adalah 2 hingga 3 minggu. Telan air liur. Lama juga. Baki sebanyak RM2600 akan dijelaskan seawaktu menandatangani perjanjian tersebut. So, total cost adalah RM3600!

Kami perlu pecahkan geran, di mana geran yang sedia ada adalah atas nama pemaju, Venice View c/o Nama Pemilik Rumah. Geran kelompak. Sewaktu pembelian rumah dahulu, pemaju ada juga beritahu tentang pecah geran ini, tapi tidak sangka pula ini kesnya. Tidak ada notis pemberitahuan apa-apa sebelum ini. Memang menyirap darah. Bagi memecah geran tersebut, membuang nama Venice View (pemaju), itulah sejumlah wang yang perlu kami sediakan.

Berdasarkan surat dari mpjb tersebut, sekiranya gagal menghantar Borang I tersebut, kompaun sebanyak RM500 akan dikenakan. Hah! Senang betul korang nak kutip duit ye. Ingat kami ni cop duit? Beli rumah susah, tak beli rumah pun susah. Sabar sahajalah wahai hati.


Mudah sangat kan menyelesaikannya, ye cukup mudah kalau ada duit. Korek tabung ayam lah jawabnya. Simpanan yang mahu ke lain, terpaksa didahulukan. Inilah dugaan hidup di bandar Johor.




Bersambung lagi la ye...




Pengalamanku

Tukar Penama Rumah -1

10:00 PG


Bukan mudah hendak memiliki sebuah rumah sekarang meskipun rumah comel single storey di kawasan bandar. Kalau ikutkan hati, lebih baik rumah di kampung, tidak perlu fikir cukai pintu, itu ini. Seluas mana nak buat pun tidak mengapa.

Rumah yang kami miliki, atas nama en.suami, yang termetrai sejak 2010 adalah sebuah single storey berkeluasan 1300 persegi dengan harga 135K. Sudah nama rumah teres, hanya ada tingkap depan belakang, selebihnya dinding.

Sebelum cuti CNY tempohari kami menerima surat pertukaran penama dan perlu di hantar ke majlis perbandaran johor bahru dalam tempoh 30 hari. Dalam fikiran kami, tidak terlalu rumit kerana hanya memerlukan beberapa senarai salinan dan pada fikiran kami juga semua itu telah tersedia.

Kebetulan, Aisyah demam belum kebah-kebah lebih 3 hari. 3 hari lalu, darahnya telah diambil, tidak sanggup untuk melihat dia meraung lagi. Sebelum ke klinik, en.suami mengajak saya untuk menyelesikan pertukaran penama tersebut.

Kami ke Mah Sing, pejabat jualan untuk mendapatkan kepastian, dan salinan yang kami perlukan. Jawapan mereka, sangat mudah, encik dan puan pergi ke pejabat peguam yang ada tercatat dalam SPA, mereka akan selesaikan semua. Mudah bukan??



Sambung nantilah ye....







Makan Gaji

Open House Kami 1435H

9:00 PG


Di penghujung Syawal, jari ligat menaip entri tertunggak dek kerana terlalu perasan sibuk akhir-akhir ini. Mana tidaknya, cerita raya yang tidak habis selagi Syawal tidak melabuhkan tirainya.


20 Ogos 2014 - Open House tempat kerja. Jamuan makan jam 5.30 petang. Menu, nasi beriani kambing, sate, nasi kuning, kuah kari dan kuih muih. Air, oren sunkist pekat meleseh sebab tak campur air batu.
~ tiada gambar sebab memang malas ambil gambar (blogger menda la tak suka amik gambo).

Gambar posing di pagi hari sebelum memulakan kerja.


21 Ogos 2014 - Malam itu kami adakan sedikit jamuan hari raya. Majlis bermula dari 8.00 malam hingga 12.00 malam. Cuti setengah hari untuk projek masak memasak.

Nak kata rumah terbuka tu tidak lah sebab tidak terbuka kepada semua sangat. Makanan pun bajet-bajet untuk tetamu yang hadir. Kami jemput saudara mara terdekat, sebelah ibu, sebelah ayah, jiran-jiran terdekat yang tidak pun mencukupi 44 buah rumah. Ampun. Sahabat handai yang rapat dengan ibu. Itu sahaja. Lebih kurang 60 orang semuanya.

Dek kerana Syawal pun sudah di penghujung, alang-alang jemput semua yang mahu jemput. Nak jemput sikit-sikit, penat pula nanti bila masak banyak kali.

Menu malam itu, nasi mentega kismis, ayam masak sambal merah, rendang daging istimewa, nasi impit, lodeh, sambal kacang, agar-agar koko dan air oren sunkist. Gigih memasak sensorang hinggalah emak sampai lebih kurang jam 2.30 petang. Beria-ria dia ajak ibu masak lodeh dan sambal kacang. Wohooo memang best bila mak tolong, semakin galak ibu memasak.

Tetamu yang hadir ~ rumah kecil kami





Aisyah mengamuk sakan bila emaknya (pengasuh) balik. Aisyah mahu ikut. Meraung tak henti-henti. Berejam juga. Malu pada tetamu yang hadir. Bila dia sudah ok, memang ligat tidak terkawal pula.




Nota Kaki : Tertunai juga hasrat untuk menjamu tetamu..



Our Life

Kerja Yang Tertangguh

2:00 PTG


Hujung minggu yang agak memenatkan. Kami anak beranak turun padang untuk menyiapkan table top. Sudah 2 tahun menginap di rumah ini. Seusia dengan Aisyah Humaira. Baru inilah berkemampuan membuat sedikit renovation. Table top je. Syukur alhamdulillah..

Sudah tercatit rezeki kami segini, kami tetap bersyukur. Tidak ada sebab kenapa perlu merungut kerana perjalanan hidup masing-masing tidak sama. Yang penting, kami bahagia.

Abah ibu merupakan seorang tukang rumah sejak dia muda lagi. Meskipun abah adalah seorang peneroka felda di sebuah felda di segamat, abah memang ambil upah bertukang untuk menampung kehidupan kami dari dulu. Malah rumah di kampung ditukang dan disiapkan oleh abah sendiri. Anak-anak hanya bantu sedikit sebab kami tidak tahu bertukang.

Sabtu dan ahad, berexcerciselah kami menyiapkan apa yang patut. Ibu turut membantu sedikit sebanyak yang terdaya. Siap masak, buat air, layan Aisyah, kejap-kejap ke belakang melihat perkembangan. Dan ketika Aisyah lena dibuai mimpi, ibu laju-laju turut serta.

Kami semua sudah biasa buat kerja lasak begini. Ibu pun suka dapat meringankan beban abah dan ayah. Makanya, dapatlah exercise sikit dengan harapan berjaya menurukan berat badan sedikit sebanyak. Sekilo turun pun jadilah. Senaman beb!


Hasil kerja selama 2 hari..



Nota Kaki : Sayang abah ketat-ketat..