Sejak sebulan dua ini, badan terasa berat. Mengah kalau berjalan jauh. Perut pula tidak mahu susut-susut keboncitannya. Sangat pemalas dalam aktiviti bersenam, inilah padahnya. Terima sendiri.

Sabtu dan ahad di kampung halaman tercinta, kebetulan pula di rumah mak ada penimbang berat badan, sama la macam gambar bawah ni.


Kredit En. Google


Terus melangkah ke atas penimbang tersebut. Oppppsssss...50 kg! Sudah terlalu berat ni. 45kg adalah berat badan idaman. Patutlah mudah rasa mengah sejak kebelakangan ini. Bab menimbang berat badan sebenarnya bukanlah sesuatu yang rumit, di tempat kerja mahu menimbang sejam sekali pun boleh, tapi malu nanti orang tahu beratku berapa sudahhh..

Sebelum berkahwin, berat badan ibu adalah 45kg. Selepas kahwin, 46kg. Selepas bersalin, 45kg kembali dan kemudian naik sedikit demi sedikit bila sudah tidak menyusu badan Aisyah. Bab tidak menyusu badan tu, hanya Allah yang tahu kenapa susu tiba-tiba sudah tidak mahu keluar. Berat badan pula bertambah kerana susu yang tidak keluar itu menjadi lemak tepu di dalam badan. Hohoho..


Kredit En. Google


Bila bacaan penimpang sudah mencatatkan 50kg, mulalah terfikir macam-macam. Diet, makan buah saja lunch time, malam pula akan makan nasi dalam kuantiti yang sedikit. Eh boleh ke ni? In sha Allah, akan diusahakan.


Ibu ada makan satu produk. Bukan produk untuk kuruskan badan. Tapi produk kesihatan dan kecantikan. Produk apa tu, sila jadi rahsia dulu memandangkan tidak sampai sebulan lagi penggunaannya. Sudah berhasil nanti baru akan dikongsikan.




Nota Kaki : Azam 2014...nak berat badan 45kg..hihi