Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Jam & Kenangan


Entri jam kerana jam tersebut adalah salah satu barang hantaran perkahwinan ibu lebih 2 tahun lepas. Inilah barang yang ke dua termahal dalam 5 dulang. 5 dulang je, tak banyak. Yang paling mahal, gelang tangan, untuk adat pembatalan air sembahyang. Tak perlu banyak-banyak sebab fikir buat ada-ada je tapi ada-ada pun nak yang mahal la jugak. Dapat yang mahal sikit pun jadi la. Dah nama pun kahwin. Phewww..

Bukan senang nak dapat jam macam ni. Kalau orang kaya tak heran pun. Tapi ibu ni orang yang 'takde' jadinya sangatlah menghargai semua barang ibu lebih-lebih lagi pemberian insan tersayang.


Balik dari lunch tadi, terbelek pula jam di tangan kiri dan....ohhh...retak!


Ye, semalam jam ibu terjatuh ke lantai sebab sibuk kejarkan Aisyah yang tidak betah diam. Sempat pula dia menguis2 cangkuk jam (apa ntah namanya). Masa tu kami berada di Plaza Angsana JB. Sibuk mahukan belon Upin ipin dan ibu belikan juga lah.






Asyik benar denga belon Upin Ipinnya. Sampai tersentuh sikit pun nak marah. Kami singgah minum di kawasan makan luar Plaza Angsana. Haus.




Balik dari Plaza Angsana, Aisyah sudah boleh bermanja-manja dengan Uncle Ery nya (abang ipar ibu). Dari Abg Ery masuk ke dalam keluarga kami, Aisyah takut dengan Uncle Ery, tak tahu kenapa. Bila Uncle Ery ada, dia peluk ibu kuat-kuat. Tapi sesekali menjeling juga sehinggalah satu malam Aisyah berani mencuit tangan Uncle Ery, kemudian lari. Dia buat lagi untuk kali ke dua dan ketiga, kemudian senyum-senyum.



Malam tadi, balik dari berjalan-jalan (jalan la sangat...), Aisyah sudah berani duduk di pangkuan Uncle Ery. Bukan main lagi dia belajar nak guna Iphone. Sudah tidak heran dengan telefon bimbit ibu.

Pagi ni, mereka (mak, abah, kak umi dan abg ery) sudah pulang ke kampung semula. Perancangan mereka, usai majlis perkahwinan jiran (seblok felda) mereka akan ke Mersing pula, rumah nenek. Harap tidak banjir lagi. Cuti sekolah katakan, mereka berjalan sakan lah. Kak Umi dan suaminya adalah guru.



Nota Kaki : Balik rumah nanti, Aisyah pasti kesunyian..




Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. sayangkan..klu benda yang kita sayang rosak..lagilah klu barang tu bermakna pada kita.

    BalasPadam
  2. simpan elok2 sis..berharga tue tanda perkahwinan.sangat bermakna

    BalasPadam
  3. penberian dari suami tersyang..kene simpan tu..walaupun dah rosak..

    BalasPadam
  4. penberian dari suami tersyang..kene simpan tu..walaupun dah rosak..

    BalasPadam
  5. utg jadi guru ni . cuti sekolah jer leh jalan . gaji pun masuk . tapi akak saya cikgu yg sibuk memanjang kat sekolah ... aduhai ...

    BalasPadam
  6. mugkin ada kedai yang boleh baiki jam tersebut.. sy punya jam dulu pon rosak jgk, banyak kedai p anta, tapi tak terima, last2 jumpa jgk kedai yang boleh repair, siap ganti cermin baru lagi.. kalu tgk dr segi luaran kedai tu mcm xserupa kedai jam je, kedai lama, tp uncle tu mmg baik...usaha la cari, mana tahu boleh baiki jam tersebut..ok..

    BalasPadam
  7. kalau rosak kena betulkan cepat2..syg sangat..he3

    BalasPadam
  8. salam mar..

    betul2 pemberian sesorang tu..adalah amanat untuk kita..lelagi en hubby yg bagi hehe..

    BalasPadam
  9. Saya dah 5 tahun lebih tak pakai jam. Nak tahu masa cuma bergantung pada henset...

    BalasPadam
  10. Betul tu.. pemberian sesaorang terutama org yg kita cinta amat berharga melebihi harganya.. nilainya terletak kpd pemberian itu sendiri.. Klu x dpt dibetulkan pun kena ttp simpan juga.. :)

    BalasPadam
  11. kena baiki cepat-cepat.. pasti ianya begitu bermakna dalam hidup kita.. comel aisyah..

    BalasPadam
  12. Boleh pergi kedai jam, cuba baiki.
    Oh, kalau dua-dua pasnagan guru memang cuti sakanlah.

    BalasPadam
  13. tak pe,selagi boleh simpan,simpan jer..pmberian dr tersayang tu...aisyah,pandai malu2 yer..dok cuit2 dulu yer..;)

    BalasPadam
  14. alamak aisha da belaja pki ipong nampak nye ibu kne belikan die satu la hehehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code