Entri jam kerana jam tersebut adalah salah satu barang hantaran perkahwinan ibu lebih 2 tahun lepas. Inilah barang yang ke dua termahal dalam 5 dulang. 5 dulang je, tak banyak. Yang paling mahal, gelang tangan, untuk adat pembatalan air sembahyang. Tak perlu banyak-banyak sebab fikir buat ada-ada je tapi ada-ada pun nak yang mahal la jugak. Dapat yang mahal sikit pun jadi la. Dah nama pun kahwin. Phewww..

Bukan senang nak dapat jam macam ni. Kalau orang kaya tak heran pun. Tapi ibu ni orang yang 'takde' jadinya sangatlah menghargai semua barang ibu lebih-lebih lagi pemberian insan tersayang.


Balik dari lunch tadi, terbelek pula jam di tangan kiri dan....ohhh...retak!


Ye, semalam jam ibu terjatuh ke lantai sebab sibuk kejarkan Aisyah yang tidak betah diam. Sempat pula dia menguis2 cangkuk jam (apa ntah namanya). Masa tu kami berada di Plaza Angsana JB. Sibuk mahukan belon Upin ipin dan ibu belikan juga lah.






Asyik benar denga belon Upin Ipinnya. Sampai tersentuh sikit pun nak marah. Kami singgah minum di kawasan makan luar Plaza Angsana. Haus.




Balik dari Plaza Angsana, Aisyah sudah boleh bermanja-manja dengan Uncle Ery nya (abang ipar ibu). Dari Abg Ery masuk ke dalam keluarga kami, Aisyah takut dengan Uncle Ery, tak tahu kenapa. Bila Uncle Ery ada, dia peluk ibu kuat-kuat. Tapi sesekali menjeling juga sehinggalah satu malam Aisyah berani mencuit tangan Uncle Ery, kemudian lari. Dia buat lagi untuk kali ke dua dan ketiga, kemudian senyum-senyum.



Malam tadi, balik dari berjalan-jalan (jalan la sangat...), Aisyah sudah berani duduk di pangkuan Uncle Ery. Bukan main lagi dia belajar nak guna Iphone. Sudah tidak heran dengan telefon bimbit ibu.

Pagi ni, mereka (mak, abah, kak umi dan abg ery) sudah pulang ke kampung semula. Perancangan mereka, usai majlis perkahwinan jiran (seblok felda) mereka akan ke Mersing pula, rumah nenek. Harap tidak banjir lagi. Cuti sekolah katakan, mereka berjalan sakan lah. Kak Umi dan suaminya adalah guru.



Nota Kaki : Balik rumah nanti, Aisyah pasti kesunyian..