Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Temper Tantrum


Temper tantrum bermaksud perasaan dan kelakuan yang menunjukkan mereka marah di kalangan bayi dan kanak-kanak. Mereka akan menunjukkan tanda protes dengan cara berbaring di lantai, menendang-nendang, menjerit dan memekik dan kadang-kadang menahan nafas. Biasanya berlaku pada kanak-kanak yang belum pandai bercakap kerana keinginan mereka tidak dipenuhi.


Tantrum biasanya terjadi pada usia mereka 2 dan 3 tahun dan akan mula surut ketika berusia 4 tahun. Mula dengan perangai 'mengada' ketika usia setahun.


Kebanyakan kanak-kanak akan membuat perangai di tempat tertentu atau juga dengan orang tertentu. Mereka biasanya akan mengamuk/ marah apabila mereka tahu ada larangan/ "tidak" untuk sesuatu yang dia ingin lakukan. Mengamuk akan berhenti bila dia berjaya mendapatkan apa yang dia ingini.


Sedikit cara untuk menangani temper tantrum :-
- Tenang.

- Abaikan anak sehingga dia lebih tenang dan tunjukkan peraturan yang sudah disepakati.

- Jangan memukul anak sebaliknya dakap  dan peluk dia hingga tenang.

- Cuba cari punca kemarahan anak.

- Jangan mengalah dengan kemarahan yang ditunjukkan, tetapi cuba untuk tidak terlalu melayani kemahuannya kerana dia akan berbuat seperti itu lagi.

- Jangan pujuk anak dengan memberikan barang lain tetapi cuba pujuk dia dengan mengarahkan perhatiaanya ke sesuatu yang lain.

- Jauhkan anak dengan benda-benda yang berbahaya/ tajam.

-Berikan pujian apabila tantrum berakhir.

- Tetap jaga percakapan dengan anak.


*     *     *    *    *


Aplikasi di lakukan kepada anak sendiri (Aisyah Humaira)

Aisyah sudah pandai mengamuk sekarang ini atau dikenali sebagai temper tantrum. Kemarahannya biasanya berpunca apabila keinginannya tidak dipenuhi. Meskipun ibu sudah kata, no, dia tetap mahu dan mulalah marah dan mengamuk.

Kadang-kala apabila sedang makan dan dia sudah tidak mahu makan lagi, dia akan mula mengaut nasi dari dalam pinggan ke dalam cawan/ ke atas meja/ ke dalam mangkuk lain. Apabila perbuatannya ditegah, dia mula memprotes dengan cara menyepahkan nasi sesuka hati. Bila ditegur lagi, (meskipun dengan cara lembut), dia terus terbalikkan pinggan nasi ke atas meja. Bila pinggannya diambil, dia akan marah dan kemudian membaling cawan kepada ibu.

Cara dia bercakap juga bila marah sangat kasar....mak..tepi rrr...

Kadang kala hilang kesabaran, ibu marah dengan meninggikan suara sekadar menunjukkan yang kelakuaanya tidak disukai. Dia akan datang memeluk ibu dan memukul ibu kemudian menangis semahu-mahunya. Apabila melihat keadaannya begitu, ibu akan peluk dan memujukkan dengan lembut.

Cara yang sangat berkesan apabila dia marah, mengamuk dan menangis adalah dengan mengalihkan perhatiannya seperti...

"Aisyah, ada miaw la kat luar tu..." Tangisannya akan berhenti serta merta dan mula mencari kucing walaupun tidak ada.

"Aisyah, tengok tu bird terbang" sambil menunjuk ke langit. Serta merta tangisannya akan berhenti dan matanyca tercari-cari di manakah burung tersebut.


*     *     *     *     *    *


"Mak..jom..." Tangan kecil Aisyah memegang lengan ibu dan diajak bangun.

"Aisyah nak gi mana ni?"

"Mak..jom...jom rrr.."

"Yela..jom nak pegi mana?"

"Jom....alik.."


Huhuhu..kisah ini berlaku pada malam sabtu tempoh hari sewaktu kami berada di rumah neneknya (kampung halaman ibu). Ohh...malam-malam nak tidur, Aisyah ajak balik rumah sendiri... Kalaulah rumah nenek dan rumah ibu sebelah saje sayang oiii...

Akhirnya, gara-gara Aisyah tidak mahu tidur di bilik (bilik ibu di kampung), terpaksa ibu berpindah randah ke bilik lain pula. Syukur di bilik satu lagi Aisyah mahu tidur dan kebetulan adik-beradik lain tidak pulang ke kampung.


Aisyah yang sedang kusyuk menulis (cakar je pun)..



Nota Kaki : Macam-macam perangai anak ni..(sama je cam kita dulu-dulu)..

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. salam...

    oh begitu caranya, boleh dicuba pada anak kecik mama ni...

    Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog

    BalasPadam
  2. macam2 karenahkan anak2 sekarang ni,nasib baik ada je jalan untuk menyelesaikannya :)
    timekasih mar sharing this info :)

    BalasPadam
  3. huhuhu..aida dah melalui zaman ni ketika dengan Aqil..memang hilang sabar jugak time tu tapi ada jugak apply yg point2 mar sebutkan kat atas..semoga kita dapat menjadi Ibu yang terbaik..Amin!

    BalasPadam
  4. selalu je nengok kan kerenah anak anak kecil berperangai sedemikian
    thanks share info ni.

    BalasPadam
  5. Betul tu... nrl pun selalu kalau anak kecik tu melalak, selalunya nrl akan alihkan pandangan dia kepada benda yang lain... memang berkesan... ^__^

    BalasPadam
  6. alalla comel aishah ni..die pn nk nulis gak..da pndai tulis abc kee ibu?

    BalasPadam
  7. bayk sgt informasi dpt dari blog akk ni,nice

    BalasPadam
  8. teknik pujuk dgn neow tu mmg berkesan.. sbb ank sy suka kucing.. hehe

    BalasPadam
  9. ilmu baru untuk aiza.. dah ada anak nanti boleh praktikkan..

    BalasPadam
  10. Bagus info ni.. t kasih diatas perkongsian.. :)

    BalasPadam
  11. Info yg sangat bagus.. thanks 4 sharing..=D

    BalasPadam
  12. semoga info ini bagus utk rakan semua..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code