Sinopsis:-
Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar dan Farid Ja'ah membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan telanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia. ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes ini tidak dapat diselesaikan.
Tahun 2032 - Seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan.. tragedi lampau berulang lagi. Lebih dasyat daripada apa yang dijangkakan!
Orang lain dah lama habis baca novel ni. Ibu baru habis baca semalam. Semangat mahu menamatkannya kerana penuh dengan unsur-unsur suspen. Seminggu jugalah nak habis baca sebab baca sikit-sikit dan ibu bukan pembaca novel sepenuh masa. Kihkih..
Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar dan Farid Ja'ah adalah pesakit mental di Hospital Permai Johor Bahru. Sering diigaui dengan watak roh jahat tanpa wajah yang dikenali sebagai Zonan. Dr. Rozliza, pakar psikiatri di hospital tersebut menyimpulkan mereka berhalusinasi dan mereka berempat telah disahkan sihat dan sudah keluar dari tembok mental tersebut setelah bertahun-tahun menjalankan rawatan di hospital tersebut.
Zonan, roh jahat tanpa wajah yang pada awalnya dianggap satu halusinasi pesakit mental tersebut dan ternyata ia memang wujud!
Projek yang dikendalikan oleh Dr. Rozliza adalah projek rahsia kerajaan. Cuba menyelesaikan kes yang tiada titik noktah selama 20 tahun dan subjek pertama adalah Rita Yuzalina. Rita telah merentasi masa 20 tahun kebelakang, dan cuba merungkai segala misteri. Dia telah memilih watak seorang peguam perempuan, Noorhafiza Izura yang telah mati dibunuh pada tahun 2014 dan pelakunya adalah Zonan.
Demi menutup kesalahan yang dilakukannya, Zonan bangkit membunuh semua orang yang dirasakan mampu memecahkan tembelangnya. Zonan sangat kejam.
Saat sakratulmaut datang menjemput nyawa, Noorhafiza Izura dapat melihat siapakah pelakunya dan ternyata ia satu penipuan yang sangat besar!
Siapakah Zonan? Ia ada kaitan dengan salah seorang daripada 4 orang pesakit mental yang dituduh membunuh. Pertukaran watak antara Rita Yuzalina dan Noorhafiza Izura merungkai segala misteri yang disangka tidak dapat diselesaikan. Ternyata Zonan seorang yang genius dari segi psikologi. Munculnya Zonan atas dasar dendam kerana kekasih hati yang amat dicintai dibunuh. Dan pembunuh kekasihnya (Zarina Mustapha) telah selamat dari tali gantung dan bebas bertahun-tahun. Kerana itu Zonan wujud membela keadilan dan ternyata dia juga tersalah tafsir.
Novel thriller ini sangat suspen dan penuh tanda tanya. Baca jangan langkau-langkau, kalau tidak, memang tidak akan faham. Pengakhiran yang juga suspen walaupun akhirnya Zonan berjaya diberkas.
Korang baca lah!
Nota Kaki : Terbayang-bayang watak ZONAN, roh jahat tanpa wajah malam tadi..huhu
13 Ulasan
Dah lama saya tak baca dan ikuti novel RAM.
BalasPadamsumber bacaan yang sgt bagus utk mengisi masa lapang..alhamdulilah.. teruskan usaha ini..
BalasPadamrajin baca novel . saya bila lapang suka tgk tv ...
BalasPadamtak pernah baca buku nie...
BalasPadammenarik sinopsisnya.. mesti rasa seram ketika membaca novel fiksyen 302 ini..
BalasPadamsinopsis dia best!
BalasPadamsaya peminat RAM..suka baca karya dia..novel thriller memang suka baca pastu mula lah terbayang2 sendiri..kih3..
BalasPadamlama tak lyn novel..huhu
BalasPadamsalam singgah sis :)
BalasPadamFuhh.. mmg triller ni.. thanks sharing.. :)
BalasPadampeminat novel juga yer
BalasPadamtak baca, tp dari sinopsis macam ada iras-iras dark vision LJ Smith. Apapun RAM adalah antara penulis novel yang terkenal di Malaysia
BalasPadamtb ade buku tuh..pasal pembunuhan dkt mcm2 tmpt..naik pening bace hehehe
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.