Orang lain buat entri pasal keywords, ibu pun nak buat juga tapi tahap kepandaian tak sampai. Maaf lah ibu bukannya seorang yang celik IT sangat, sikit-sikit tu boleh lah. Mungkin juga kecenderungan ke arah ini agak kurang.

Selepas ini kena rujuk dan minta tunjuk ajar dari blogger-blogger otai. Tidak mengapa, itu cerita kemudian. Ibu cuma nak tunjuk keywords sepanjang minggu ini.




Kebanyakkan keywords berkisar tentang susu. Ya, carta tertinggi adalah susu mamex gold sebab Aisyah minum susu ini sejak dari kecil. Susu keluaran dumex juga yang serasi.

Eh, siapa kata susu keluaran Dumex ni murah?? Ye betul murah. Tapi ada yang murah dan ada yang mahal tau. Korang boleh survey di kedai susu serata Malaysia. Oppsss...lari dari tajuk pula. Maaf ye..emosi pula.

Korang dapat lihat sendiri tiada keywords yang pelik-pelik kan. Tahniah ibu! Semua keywords ada kena mengena dengan blog Janji Kita ini.




Nota Kaki : Ibu, bayi dan susu tidak dapat dipisahkan..