Semalam petang keluarga ibu datang ke rumah kami. Mak,abah,kak umie & abg ery (abag ipar). Ibu keluar sekejap dari tempat kerja untuk pulang ke rumah. Perjalanan ke rumah hanya 10 minit. Ibu sudah terlihat kereta abah di hadapan kereta ibu sewaktu mahu membelok ke kawasan perumahan kami. Mereka sudah selamat sampai.
Ibu tidak dapat berlama-lama, sempat juga menyediakan air strawberi sejuk 1 jug dan mak terus menghidangkan lauk-pauk yang dibawa dari rumah. Mee goreng, nasi dan lauk-lauk lain. OK.. duduk kejap, jamah mee goreng sambil berbual-bual ringkas. Habis sepinggan mee goreng, bergegas ke tempat kerja semula. Sampai di perkarangan kilang, hampir jam 5 petang. Tak sampai 1 jam pun 'mengulor'. Do I care? Waktu rehat pun tak keluar kan tadi.
Hari ini, bekerja seperti biasa. Serba salah nak mohon cuti sebab hari ni ada audit untuk makmal. Meskipun ibu tidak ada kena mengena tetapi sedikit sebanyak ada juga la sebab QA Dept tiada staff kecuali ibu. Do I care? Sekali lagi. Hahaha..
Rasa best pulak bila semua staff QA yang berkenaan sudit bermeeting sekarang ni. Audit sampai petang nanti. Nak cuti separuh hari pun, rasa tak patut pula. Ntah..tengok la macamana nanti.
Dalam hati meronta-ronta nak balik sebab kerja pun bukannya urgent sangat. Final Inspection pon semalam last dah berehh. Dokumen lain, report lain pon berehh..
Layan gambar Aisyah Humaira dulu la.. Dah setahun 7 bulan bersamaan 19 bulan.
Majuk...nak 'cucuuuu'.....
Tiba-tiba bangun bila tahu gambar dia kena snap..buat muka chumel kunun..
Cik Aisyah bertudung kuning..
Nota Kaki : Kalau aku kayaaaa...^__^
12 Ulasan
rugi pulak kan kalau keje separuh hari...xpe mar..tepat pukul 5 terus cabut..
BalasPadammemang serba salah nak tinggalkan tetamu terutamanya parent kalau dorg datang rumah. nak g kedai pun malas kekadang.
BalasPadamtime keje abis kul 6pm..
BalasPadamlunch time leh la balik jap..he3
Bila ada keluarga di rumah itu yg buat kerja minda pun ingat rumah tak sudah ye..
BalasPadamhai mar..
BalasPadamsian kan parent datang kita kena keje..tak dapat nak spend masa ngan parent huhu..
amboi.. comelnyer si kecik tu.. :)
BalasPadampandai pulak si kecik tu bangun bila nak snap gambar ye..
BalasPadamhihi...budak zaman sekarang..pantang nampak gajet kan..
BalasPadamHabis kerja jngn tunggu lama2.. cpt2 cabut je.. :D
BalasPadamcomeynyer ank dara dia
BalasPadamMungkin mereka juga faham hal kerja kadangkala terpaksa pergi juga dan tak boleh ambil cuti.
BalasPadamtb pon skg tgh bz audit arituu
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.