Cuma nak share sedikit berita gembira mengenai semalam.

Semalam kami menerima surat cinta a.k.a surat kenaikan gaji dan bonus. Di awal ayat surat, 2013 is the quiet for Oil & Gas company...bla..bla..bla...(lupa)..

Sebenarnya, berapa pun yang kompeni bagi ibu terima sebab sudah set di dalam minda, rezeki Allah yang bagi. In sha Allah cukup untuk kami.

Syukur alhamdulillah, walaupun kenaikan tidak sebesar tahun lepas tetapi tetap ada. Sekurang-kurangnya janji ditepati dan mereka tetap berusaha untuk memberi. Terasa juga diri dihargai.


====================================


Kisah semalam...

Nepal : U buat kerja happy-happy. Gaji naik tinggi-tinggi ka?

Ibu : Ha? Tinggi? Takdalah biasa sahaja. Orang lain lagi tinggi-tinggi. I level apa je..
(sambil gelak dalam hati sebab kenaikan ibu biasa-biasa sahaja berbanding orang lain).


Walau apa pun kerja tetap kerja. Apa kejadahnya ibu nak masam muka tidak berpuas hati. Mogok konon-kononnya. Sakit hari, menyumpah seranah. Ibu malas nak fikir semua itu. Kerja sahajalah seperti biasa. No protes-protes. Biarlah orang nak buat apa, nak cakap apa. Segalanya ibu yang rasa. Korang dapat naik gaji banyak pun bising, unexpected katanya. Tapi, sedarkah bahawa apa yang korang dapat tu lebih baik dari apa yang orang lain dapat? Emmm...percayalah rezeki itu milik kita andai itu yang Dia kehendaki. Bersyukur itu lebih baik dari meroyan. Erkkk??


Kredit to Google

Kalaulah surat cinta itu seperti di dalam gambar
|

|

|
bawak tidur wehhhh





Nota Kaki : Better late than never..