Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara Semak Surat Penyelesaian Hutang PTPTN

Assalamualaikum

Cara Semak Surat Penyelesaian Hutang PTPTN | Apabila sendiri sudah sedia maklum yang hutang pinjaman kita telah selesai. Sudah bayar habis lagi. Sudah tiada kena mengena dengan PTPTN. Mesti rasa bebas sebab dah bebas hutang.

Untuk selesaikan baki pinjaman melalui KWSP boleh rujuk SINI. Memang mudah dan cepat. Cuma yang hazabnya menunggu pulangan lebihan bayaran selepas diskaun 15% tu! Allahu..sabarkan hati.

Di sini saya kongsikan bagaimana cara semak surat penyelesaian hutang PTPTN.

1- Masuk website www.ptptn.gov.my.


2- Terus klik Pengesahan Baki Pinjaman / Surat Penyelesaian Hutang. Dalam bulatan berwarn oren.


3- Log Masuk Bajet 2017. Masukkan no Mykad dan no pinjaman. Untuk dapatkan nombor pinjaman, boleh hubungi careline PTPTN di 03-2193 3000.


4- Klik pada kotak SURAT PENGESAHAN HUTANG.


Ini saya klik pada kotak PENGESAHAN BAKI ONLINE. Tiada rekod lagi bermakna hutang saya telah selesai.


5- Print surat untuk simpanan dan rekod kita.


Surat ini bertarikh 04/04/2017. Sudah lebih 2 bulan berlalu tetapi lebihan bayaran saya masih lagi belum masuk ke akaun 2 kwsp saya. Lebihan bayaran adalah kerana dapat 15% diskaun jika bayar hutang habis. Cepatlah sikit pulangkan wahai PTPTN. Akaun 2 saya tu ada kegunaan lain..


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. dah apply ker baki lebihan bayaran. sy buat ritu dlm 2 week settle

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah apply dah...tu tunggu gak lamanya masuk dalam akaun 2 kwsp..

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  2. TERIMA KASIH KAK. boleh share pada suami.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum. Boleh saya tahu cara nak print surat penyelesaian hutang di step yang terakhir?

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code