Salam pagi jumaat. Hanya cebisan kemarahan yang tinggal berikutan kejadian malam tadi. Untuk habis sepenuhnya agak sukar. Wahai hati, cukup-cukuplah. Buangkan amarah mu. Kawal marahmu. Kerana marah itu api, dendam itu bara.
Kredit to Google
Doa yang kita boleh amalkan agar api tidak terus marah. Kawal ia dari ketika masih kecil kerana apabila ia membesar, sukar untuk dikawal.
~Wallahuaklam~
Terkejut mendengar decitan sebuah kereta. Berdesing telinga kami walhal berada di dalam perut kereta yang bertutup tingkapnya serta berhawa dingin. Kereta comel kami sedikit terhoyong hayang mengelak si celaka itu. Kemudian, kereta satria kelabu asap itu menekan brek pula di hadapan kami.
Pemandu kereta itu adalah contoh pemandu yang tiada adab. Seorang pemandu yang suka memandu secara melulu dan membabi buta. Hanya memikirkan kehebatan kereta cabuknya. Padahal hanya memecut di jalan raya Malaysia yang sesungguhnya jammed sana sini.
Seorang yang mempunyai akal kontot kerana memecut di lampu isyarat, sedangkan berderet lagi kereta di hadapan menunggu giliran. Bahkan, semua pengguna jalan raya tahu keadaan jalan raya di Malaysia yang agak kurang ketrampilannya. Lubang sana sini. Jalan raya rosak sana sini. Kerana itu, tidak perlu memecut kereta seolah keretamu itu sebuah Ferrari. Ferrari juga terpaksa akur, hanya mampu berkelajuan 80km/jam tatkala jalan jammed dan dipenuhi kenderaan yang bertali arus.
Hilang kesabaran berhadapan dengan situasi ini, ayah masuk ke lorong kiri ingin menyaingi pemandu celaka itu. Memang dasar keparat. Sekepal penumbuk kami hadiahkan dari balik cermin. Oh.. betina di sebelahnya mula meroyan. Menurunkan tingkap kereta dan mencemuh. Entah apa kata nistanya. Ada kami kesah??
Kami melepasi mereka dan terus berlalu. Rupanya tidak habis di situ, si satria kelabu itu menyaingi kami pula di lorong sebelah kiri dan dengan berlagaknya membuka tingkap seolah memaki kami. Ibu buat isyarat 'jari telunjuk ke kepala' tanda kamu berdua manusia yang tiada otak. Mungkin otak terletak di lutut. Salah siapa? Salah kamu wahai pemandu, si jantan celaka.
Si betina dengan berani dan megah dengan gaya mahu gaduh. Ini satu contoh tidak sihat malah contoh seorang betina yang agak bongok kerana dia bersungguh-sungguh membela jantannya. Sedangkan dia tahu, si jantannya itu memandu dengan cara sangat merbahaya. Mungkin jika bukan ibu berada di situasi itu, ada orang lain yang mengalami nya. Jikalau ibu sedng memandu sebuah lori, tanpa rasa bersalah akan kusondol mereka.
Nak gaduh sangat kan? Jom gaduh. No problem. Tapi..........
Ibu bukan manusia tidak bertamadun begitu. Tak hingin bergaduh dengan orang macam tu. Dasar pemandu tidak beradab. Sudah ternyata kamu salah. Usah menegakkan benang yang basah.
Cukup sudah sesi meroyan. Sesekali meroyan tidak salah kan. Satu infi juga tau.
Kereta satria berwarna kelabu benombor flat WJC####. Tak ingat pulak nombornya. Tadi ingat. Hahaha.. faktor usia, tidak mengapa.
Nota Kaki : Kena stanby tukul dalam kete. Nak kasi pecah itu kereta.
Bercerita mengenai warna, setiap warna yang melingkari kehidupan kita mempunya fungsi tertentu. Dalam sedar atau tidak, ada masanya ia mempengaruhi emosi seseorang. Malahan, kita juga sering memilih warna-warna yang sesuai sebelum mengecat rumah kita, memilih pakaian, memilih barang dan sebagainya.
Kuning
Membangkitkan semangat, ceria, kegembiraan dan santai.
Ungu
Memberi ketenangan dan inspirasi
Biru
Memberi rasa dingin, lembut, segar dan mengurangkan tekanan.
Merah
Membuat kita rasa panas, gersang dan semangat membara.
Hijau
Memberi nikmat kesegaran. kedamaian, ketenangan dan futurustik.
Putih
Menimbulkan rasa suci, bersih, terang dan idealisme.
Hitam
Memberi rasa kedukaan, gelap, berkarektor dan mendominasi.
Coklat
Memberikan rasa hangat dan nyaman, bertenaga dan komitmen.
============================================
Emosi ibu di pagi hari sering dipengaruhi dengan kehadiran 'ia'. Huhuhu. Apakah 'ia'? Sering berlenggang lengguk di hadapan kereta ibu tanpa rasa bersalah. Kadang kala hingga 3 atau 4 sekawan, berderet-deret.
/
/
/
/
/
/
/
/
/
?
?
?
?
Kredit to Google
Nota Kaki : Sabar ajelah
Di awal pagi, sedikit terkejut kerana menerima sampul surat berwarna coklet beralamatkan tempat kerja di dalam partition box. Ya, nama saya. Di dalam hati tertanya-tanya juga, siapa pula pengirimnya.
Sampai office, duduk, terus bukak sampul surat tersebut dan.............
/
/
/
/
/
/
/
*
*
*
*
*
Apa dia ye??
?
?
?
Ini dia!!
Terima kasih Asha. Jangan lupa menjengah ke blogashalya.blogspot.com ye kawan-kawan.
Nak share gambar Cik Aisyah Humaira sekarang. Apa ye aktiviti yang dia lakukan ketika di rumah bersama ibu?
1. Tonton rancangan kegemarannya.
2. Sesekali bergaya.
3. Belajar mengira, menulis - Conteng je lebih
4. Makan malam bersama.
5. Angkut segala soft toy yang dia ada sambil menonton rancangan kegemaran.
6. Tonton rancangan kegemaran lagi sambil menyuruh ibu duduk.
7. Rajin mengemas.
8. Buat aktiviti lasak iaitu memanjat.
9. Ajak main dulu sebelum tidur.
10. Bila dah mengantuk, tidurlah.
Nota Kaki : Beberapa bulan lagi genap 2 tahun...
Kalau tekak rasa sesuatu makanan tu sedap, mulalah tekak mahukan menu yang sama saban hari. Percaya tak? Tetapi itulah hakikatnya. Inilah ibu.
Beberapa hari ini, tekak gemar benar makan ayam goreng berempah jualan sebuan van di hadapan kilang. Van biru tua itu kami gelar "Van Wak" sebab penjualnya kami panggil Wak.
Dari hari sabtu (walaupun sabtu tu separuh hari), bawa ke hari ini, jam belum menunjukkan ke angka 10, ibu sudah menlepasi pintu pagar kilang, berlenggang kangkung dan hala tuju pastilah van biru tua wak.
Kredit to Google
Ayam goreng berempah van biru tua wak seperti gambar yang ibu pinjam dari Google. Masuk hari ini, 3 hari berturut-turut ibu meratah ayam goreng ini. Makan macam tu je pon. Seketul RM2. Murah lagi kan?
Agak-agaknya, berapa banyak kalori yang telah berjaya ibu kumpul ye? Hilang semangat diet. Yapeda...
Nota Kaki : Lepas ni tekak mintak apa pula la kan?
Assalamualaikum,
Ini adalah segmen percubaan pertama dari blogger Mawar Putih. Sila luangkan masa anda untuk berkongsi segmen menarik ini.hehe..Kenapa menarik? Sebab ini segmen 2 in 1.
Selain daripada tambah follower atau bahasa manis...kenalan, Mawar Putih juga akan sediakan satu ruangan khusus untuk BLOGLIST SEPANJANG TAHUN 2014. Cepat...jangan lepaskan peluang keemasan untuk Mawar Putih blogwalking ke blog anda setiap masa.
Haruslah ada syarat-syarat kan..Segmen ini terbuka kepada semua yang bergelar blogger, bukan anonymous atau pinjam blog kawan.Kena ada blog sendiri. Sama ada blog anda dah mencecah ranking tertinggi sehingga la baru bertatih,baru 1 follower juga boleh join segmen ni. Bermula hari ahad, 23/02/2014 sehingga 26/02/2014. Segmen tutup secara rasmi pada jam 10 malam.
Ini adalah segmen percubaan pertama dari blogger Mawar Putih. Sila luangkan masa anda untuk berkongsi segmen menarik ini.hehe..Kenapa menarik? Sebab ini segmen 2 in 1.
Selain daripada tambah follower atau bahasa manis...kenalan, Mawar Putih juga akan sediakan satu ruangan khusus untuk BLOGLIST SEPANJANG TAHUN 2014. Cepat...jangan lepaskan peluang keemasan untuk Mawar Putih blogwalking ke blog anda setiap masa.
Haruslah ada syarat-syarat kan..Segmen ini terbuka kepada semua yang bergelar blogger, bukan anonymous atau pinjam blog kawan.Kena ada blog sendiri. Sama ada blog anda dah mencecah ranking tertinggi sehingga la baru bertatih,baru 1 follower juga boleh join segmen ni. Bermula hari ahad, 23/02/2014 sehingga 26/02/2014. Segmen tutup secara rasmi pada jam 10 malam.
SYARAT MUDAH DAN SIMPLE. TIDAK MENGAMBIL MASA LAMA..
1. Follow blog Mawar Putih.
2. Like Official Page FB Mawar Putih sebelah kanan tu..
3. Buat Segmen: Cari Kenalan & Bloglist Mawar Putih
4.Copy coding yang disediakan ke dalam ruangan HTML dan siap untuk publish..
5. Tinggalkan URL entri ke dalam ruangan komen entri ini
CIRI-CIRI BLOGLIST DICARI & ADAT BERSEGMEN:
1. Jujur follow blog ini. Follower akan diupdate untuk memudahkan semua peserta saling berkenalan. Jangan risau, i oll follow balik semua follower. Kalau dah follow tu, tetap follow juga sampai bila-bila.hehe
2. Siapa like official page akan diberi lebih penilaian untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist. Kacang je tu kan..
3. Seorang blogger yang rajin update blog. Bukan bermaksud sehari 5 entri tapi at least ada update dalam masa seminggu. Tak seronok la kan follow blog yang 2 bulan sekali baru nak update.
4. Sanggup jadi sahabat blogger Mawar Putih dan rajin blogwalking ke sini. Jika rasa-rasa tidak sanggup, secara automatik penyertaan anda sebagai bloglist akan terbatal dan digantikan dengan blogger lain. Setahun tu...lama kan.
2. Siapa like official page akan diberi lebih penilaian untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist. Kacang je tu kan..
3. Seorang blogger yang rajin update blog. Bukan bermaksud sehari 5 entri tapi at least ada update dalam masa seminggu. Tak seronok la kan follow blog yang 2 bulan sekali baru nak update.
4. Sanggup jadi sahabat blogger Mawar Putih dan rajin blogwalking ke sini. Jika rasa-rasa tidak sanggup, secara automatik penyertaan anda sebagai bloglist akan terbatal dan digantikan dengan blogger lain. Setahun tu...lama kan.
Keputusan bloglist akan dibuat dalam masa seminggu selepas tarikh tutup segmen. Kesudian anda melawat ke Mawar Putih amat dihargai..=)
Kematangan bukan terletak pada tinggi usianya tetapi pada tinggi akalnya.
Ada perempuan yang sudah matang ketika usia muda. Di mana dia sudah boleh berfikir apa yang perlu dia lakukan tanpa terlalu meminta bimbingan orang lain.
Ada juga perempuan yang belum mencapai kematangan walaupun sudah memasuki alam rumah tangga.
Wallahuaklam..
Pernah dengar atau nampak susu ini? Ibu pernah nampak beberapa kotak di sebuah Klinik Ibu & Anak di taman rinting. Ketika itu, Aisyah masih kecil, umur di bawah setahun. Akibat kegagalan mendapatkan susu yang secukupnya dari ibu, pasti ibu mahu yang terbaik untuk Aisyah.
Beberapa bulan yang lalu, ada terbaca iklan mengenai susu ILHAM di dalam surat khabar Metro. Pertama kali membaca penerangan mengenai susu ini, hati ibu sudah tertarik kerana salah satunya bertujuan untuk meredakan hati bayi yang agak hyperaktif.
Semakin Aisyah membesar, semakin tidak mendengar cakap dan suka memberontak. Seperti entri Temper Tantrum, semakin hari sifat marah dan memberontak semakin ketara.
Antara khasiat yang terkandung dalam susu ini adalah :-
Badam
- Telah digunakan atau dimakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan dan India sejak beribu tahun dahulu bagi tujuan merangsang minda dan meningkatkan daya ingatan.
- Menurut pakar pemakanan, badam merupakan sumber makanan untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai. Badam mengandungi 20 kali lebih protein jika dibandingkan dengan bijirin lain.
- Kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi dan ianya mengandungi sumber gula yang tingi.
- Vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin dalam telur.
- Membantu proses pembesaran kanak-kanak, selain membina tilang dan gigi.
Kurma
- Mengandungi 50% glukosa dan ianya dapat diserap oleh badan dan mampu memberi tenaga segera dan konsisten kepada kanak-kanak.
- Mengandungi serat, amat baik untuk mencegah sembelit.
Kismis
- Mempunyai khasiat pemakanan seperi mineral, serat dan vitamin yan gmerupakan nutrisi penting untuk badan.
- Merangsang minda.
Untuk keteranga lanjut boleh layari http://www.ebunda.com.my/ilham.html.
Nota Kaki : Susu ini mengandungi terapi Al-Quran dan tidak boleh dilangkah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Blog Diari Jejaka Hangat kembali lagi dengan Segmen terbaru!!! Dengar cerita,dia akan review 50 blog terawal yang join segmen terbaru nya!! Apa lagi tunggu??Syarat pun terlalu simple,memang rugi kalau tak join,jom kita support sesama blogger.Dapat juga berkenalan dengan blogger-blogger lain nanti!!
Klik Banner Untuk Join
Masing-masing bercerita mengenai BR1M. Di fesbuk, twitter, instag, wechat, whatApp, penuh dengan kisah BR1M.
Cemburu dengan mereka tiba-tiba. Apa kes? Bila mereka check akaun mereka, masing-masing melonjak gembira, senyum hingga ke telinga, sebab dalam akaun tiba-tiba ada duit banyak. Syukurlah kan.
Bila check akaun ayah, alamak tak ada pun. Sayu pula hati.
Kami tidak layak. Memang benar, tidak layak, tapi cuba juga memohon. Mana tahu, ada rezeki, durian runtuh. Tiba-tiba dalam akaun ada tambahan RM650. Tidak pun dapat RM450 pun sudah bersyukur.
Haih..tidak ada rezeki rupanya.
Kredit to Google
Nota Kaki : Mood kecewa...
Kehilangan kad Smiles sudah lama disedari ibu, sejak beberapa bulan yang lalu. Punca kehilangan ketika ibu sibuk masukkan barang-barang Aisyah dari kereta ke dalam rumah, manakala Aisyah leka bermain di seat pemandu. Dalam tempoh kurang dari 3 minit ditinggalkan dalam kereta yang masih hidup enjinya dan berhawa dingin, Aisyah sempat memunggah kad-kad ibu yang berada di laci (eh ntah apa ntah nama tempat tu - bawah radio). Kad mesra Petronas (dah tak guna lama), Kad Smiles Esso, Kad Touch N Go dan Kad pekerja ibu.
Dahulu dikenali sebagai Esso, tetapi sudah berukar kepada Petron. Ibu masih meleretkan kad yang sama sewaktu penjenamaan bertukar sebab tetap sama, Kad Smiles.
Ntah macamana ketika Aisyah ralit bermain kad, salah satu kad yang dipegang jatuh dan dia sengaja menjatuhkan kad-kad yang lain. Ibu raba kad yang jatuh dan meletakkan kembali ke tempat asal lantas mengendong Aisyah masuk ke perut rumah. Nak masak nak oi. Tika itu, ibu tidak perasan kad Smiles tidak diletakkan kembali.
Dasar pemalas, akibat malas mencari kad yang jatuh ntah di mana, namun tetap yakin masih di dalam perut kereta, ibu biarkan sahaja. Bila isi minyak di Petron, ah biarlah sesekali tak leret. Hinggalah di satu hari (2 bulan lepas kot) baru terhegeh-hegeh mencari di serata kereta. Namun, tidak jumpa. Arghhhhh...tak sukanya.
Point yang sudah terkumpul sudah melebihi 3000 dan boleh benar menebus minyak di kala terdesak. 3000 point dapat ditebus untuk mengisi minyak dengan harga RM45.
Takde rezeki...huhu..
Kredit to Google
Pernah satu hari, ketika membayar wang dikaunter Petron, juruwang menegur ibu.
Juruwang Petron : Akak selalu isi minyak kenapa akak tak buat kad?
Ibu : Dah buat tapi kad tu hilang tak dapat dikesan. Macamana nak buat baru ye?
Juruwang Petron : Hilang? Sayangnya. Tapi kalau akak memang regular customer Petron, kad yang baru akan dipos ke rumah yang beralamat ketika akak mendaftar dulu.
Ibu : Oh..yeke? Terima kasih lah.
Perbualan di stesen minyak Petron itu ibu ceritakan kembali kepada ayah. Ayah pula ingat-ingat lupa mengenai kad Smiles tersebut. Nama dia ke nama ibu? (Rasa nak tampar..)
========================================
Hari ini, bersamaan 22 Feb 2014, ibu menelefon hotline Smiles dan berjaya membuat laporan kehilangan dan mengesahkan siapakah pemegang kad Smiles tersebut. Ternyata, atas nama ayah dan mereka meminta agar ayah sendiri yang menghubungi mereka untuk permindahan mata ganjaran. Yesssss..sangat suka.
Hotline : 1 300 880 323
Nota Kaki : Jadilah seorang yang rajin, janga jadi orang yang malas - nasihat untuk diri sendiri
T___T
Setelah dua bulan menggunakan produk ini, ibu berhenti. Kerana tiada perubahan seperti yang diharapkan. Bila ditanya semula kepada penjual, jawapan agak mengecewakan. Ibu pula dipersalahkan. Sedangkan ibu minum secara konsisten dan meninggalkan kafein seperti saranan. Kesan seawal 7 hari seperti yang dijanjikan dan mungkin juga menginjak 30 hari, mengikut hormon seseorang.
Apa yang ibu kecewakan, bukan sekadar apa yang ibu inginkan tidak berhasil tetapi layanan penjual apabila ibu tanyakan. Dan ketika menjual ayat yang mereka sering gunakan 100% dijamin berkesan. Malah ada juga yang berani, 500% dijamin berkesan. Janji dicapati.
Namun ibu akui, bukan rezeki ibu. Tidak mengapa. Halalkan sahaja duit yang telah terbang selama dua bulan pengambilannya.
Cuma nasihat buat penjual, anda perlu jual produk yang telah anda cuba dan testimoni anda sendiri, bukan hanya testimoni yang berkurun-kurun, dan setiap page penjual produk yang sama, testimoni juga sama sahaja.
Nasibat untuk pembeli, selidik dahulu dan pastikan testimoni betul-betul dari pengguna, bukan sekadar di copy paste.
Apakah tanda banyak toksin dalam badan?
- Sering berasa letih dan lesu
- Lemah daya ingatan dan daya tumpuan
- Sering mengalami sembelit dan cirit-birit
- Timbul jerawat dan bintik hitam
- Keguguran rambut dan kerapuhan kuku.
- Sering mengalami sakit pada leher, kepala, bahu dan tengkuk.
- Cepat marah dan mudah murung.
- Kitaran haid tidak normal.
- Sering merasa sakit pada bahagian tulang belakang, pinggang dan sendi.
Ayat yang dalam kotak tu sangat mengguris hati. Tidak salah memberi nasihat tapi janganlah terlalu sinis. Macamlah awak tu hebat sangat.
Nota Kaki : Ada ubi, ada batas..aicecehh..
#Alamak..sorry..ingatkan printscreen tu dah 'tutup' apa yang patut..huhu
Bahan-bahan:
- 5 potong ayam (ikut kuantiti masing-masing)
- Bawang merah - ditumbuk lumat
- Bawang putih - ditumbuk lumat
- 1/2 inci halia - ditumbuk lumat
- Lada kisar/ lada boh
- 1 sudu besar ketumbar - disangai & dikisar kering
- 1 sudu kecil jintan manis - disangai & dikisar kering
- Garam.
- Gula
- Asam keping
Cara-cara:
- Ayam yang susah dibersihkan, lumurkan kunyit, garam & kemudian goreng. Angkat & toskan.
- Minyak bekas gorengan ayam (agak-agak), tumiskan bahan yang sudah ditumbuk lumat hingga naik bau.
- Masukkan lada kisar/ lada boh hingga pecah minyak
- Masukkan gula dan garam secukup rasa.
- Masukkan ayam yang sudah digoreng, kacau hingga sebati.
- Tambah air jika kuah pekat.
- Masukkan ketumbar dan jintan manis, kacau.
- Masukkan asam keping, kacau.
- Tutup api.
Nota Kaki : Lama tak up resepi.
Ibu perasan sejak kebelakangan ini ibu kurang minum air putih. 1 liter air pun susah mahu habis ketika di waktu pejabat. Akibatnya, kulit tangan (itu je yang nampak) agak kering dan kusam. Bila garit, nampak kesan putih yang memanjang.
Kajian menunjukkan kehilangan 2% cecair dalam badan boleh menyebabkan :
- Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek).
- Sukar membuat kiraan walaupun yang mudah.
- Sukar memberi tumpuan terhadap perkara yang dilakukan terutamanya pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak.
- tekanan darah menurun.
- Mudah rasa mengantuk kerana jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurangan.
- Rasa lesu di waktu siang.
- Sakit belakang.
- Dehidrasi.
- Sakit kepala.
- Memperlahankan kadar metabolisme badan.
- Meningkatkan risiko kanser usus, kanser pundi kencing dan kanser payudara.
- Sendi dan otot mengalami kekeringan cecair.
- Menyukarkan peyingkiran bahan toksik.
- Meningkatkan keinginan untuk makan.
- Darah menjadi lebih pekat.
- Mudah keliru.
- Degupan jangtung semakin meningkat.
- Menjejaskan tindak balak kimia dalam badan.
- Mengganggu fungsi kognitif (kepandaian) otak.
- Mengganggu fungsi ginjal dan mencegah penyakit batu karang.
- Mudah terkena infeksi kerana bakteria tidak mampu keluar.
- Kulit menjadi kusam.
Hari-hari kendong botol air nih
Nota Kaki : Jom minum air putih!!
Pisang goreng memang sedap..lebih-lebih lagi makan panas-panas, cicah dengan sambal kicap. Bersama secawan kopi panas. Ummmmp...
Kredit to Google
Berapa harga pisang goreng kat tempat korang? Tempat ibu Rm1 dapat 5 keping. Huhuhu..mahalnya barang dan makanan sekarang kan..
Nota Kaki : Kehendak tekak kadang kala perlu diperkenankan..
Walaupun masih ada pincangnya, kami sebuah keluarga yang bahagia. Rumah tangga yang didirikan baru melangkau 2 tahun 8 bulan. Aisyah pula belum cukup 2 tahun. Kami bekerja saban hari demi sesuap nasi dan keperluan hidup.
Punya kereta comel. Biarlah comel, asalkan ada. Tidak dibasahi hujan, sudah cukup bersyukur. Kereta satu keperluan bukan kehendak. Kalau diambil kira dari segi kehendak, kami mahu kereta lagi besar serupa MPV Alphard. Tapi, itu semua kehendak, yang tidak perlu diutamakan. Bulanan tidak menyakitkan, sudah cukup bersyukur. Tidak meminta sesiapa itu paling penting. Susah senang, dihadapi bersama.
Punya rumah yang sederhana. Biarlah kecil, asalkan ada. Tempat kami berteduh dari hujan dan terik mentari. Rumah juga satu keperluan. Kalau diambil kira dari segi kehendak, kami mahu rumah banglo 3 tingkat, berkolam renang besar ditingkat paling atas. Wowww.. Tapi, kami sedar tahap kemampuan kami. Buat apa menyeksa diri, melangkaui kemampuan diri. 4 tahun yang lalu, surat perjanjian ditandatangani dan rumah kami berharga RM134K. Syukur dapat dengan harga itu. Tahun ini, 2014, rumah sekecil rumah kami sudah RM150K malah lebih. Bagi lot bumiputera. Berjuta kesyukuran kami panjatkan kerana single storey nan satu ini menjadi hak kami. Bulanan tidak memeritkan, sudah cukup.
Punya seorang anak yang comel. Biarlah Aisyah kecil lagi. Usah ditanya bila akan kami menambah anak ke dua. Semua itu ketetapan Illahi. Bila ditanya, ibu hanya tersenyum lantas menjawab, "in sha Allah.."
Kadang kala, ibu rimas menghadapi soalan yang sama. "Bila nak tambah lagi?"
Diam dan senyum.Tanda tahap kemalasan menjawab soalan yang tidak akan ada titik noktahnya.
"Tambahlah. Rezeki anak mesti ada..Jangan risau.."
Rezeki anak, itu pasti. Ketetapan yang Maha Kuasa. Tetapi, bukan itu yang ibu khuatiri. Hanya memikir tentang kekuatan diri. Mampukah ibu menjadi ibu yang terbaik dalam menangani keluarga dan kerjaya? Bukan bermaksud ibu tidak mahu 'tambah' lagi. Mahu.. gila tak mahu? Cuma, masanya belum tiba.
Jangan samakan ibu dengan orang lain walaupun darah kita sama berwarna merah. Jika kamu mahu beranak setahun sekali, silakan. Tiada halangan, malah tiada masalah dengan ibu. Ibu tumpang gembira. Tetapi, jangan sesekali mempertikaikan hal orang lain. Itu ini begitu begini. Hak masing-masing. Bersesuaian dengan kemampuan diri dan kekuatan diri. Bukan mudah menjadi seorang ibu. In sha Allah, sampai masa akan TAMBAH lagi..
Kredit to Google
Nota Kaki : Sukar untuk memuaskan hati semua orang..kerana orang yang suka mencari keburukan orang lain adalah orang yang tidak ada kerja...peace yo...
Waktu mudaku dulu
kudengar kisah dua ekor tupai
seekor putih seekor hitam
merongrong dahan sebatang pokok
pokok itu pokok yang besar
tumbuh rimbun di tengah padang
padang nan luas tidak terperi.
Waktu itu kisah tersebut
belum kutanggapi tamsilannya
aku masih di ambang remaja
kemanisan hidup baru kurasa
mimpikan candera yang kirana.
Tupai-tupai terus mengunggis
pangkal dahan semakin tipis
waktunya akan sampai
batang dan dahan akan bercerai.
Kini cerita tupai kembali menjelma
dalam fikiran yang sudah rengsa
padang itu adalah dunia
pohon itu ialah kehidupan
dahannya ialah usia
tupainya adalah masa
putih ialah siang
hitam adalah malam
yang terus menggerogoti tanpa jeda...
Sasterawan Abdullah Hussain menuliskan perasaannya mengenai kehidupan yang bermula dari remaja ini dalam petikan puisi.
Waktu itu kisah tersebut
belum kutanggapi tamsilannya
aku masih di ambang remaja
kemanisan hidup baru kurasa
mimpikan candera yang kirana.
Tupai-tupai terus mengunggis
pangkal dahan semakin tipis
waktunya akan sampai
batang dan dahan akan bercerai.
Kini cerita tupai kembali menjelma
dalam fikiran yang sudah rengsa
padang itu adalah dunia
pohon itu ialah kehidupan
dahannya ialah usia
tupainya adalah masa
putih ialah siang
hitam adalah malam
yang terus menggerogoti tanpa jeda...
Kredit to Google
Sasterawan Abdullah Hussain menuliskan perasaannya mengenai kehidupan yang bermula dari remaja ini dalam petikan puisi.
Nota Kaki : puisi penuh makna
Perkara ini sudah lama diwar-warkan oleh SWM. Ye, saya tahu. Akan tetapi, kami sudah duduk di kawasan perumahan ini selama 2 tahun, dan kami boleh terlepas info yang sangat penting macam ni! Siapa yang tidak marah.
Kadang-kadang tu sakit hati baca dalam surat khabar, cth : SINI. Mana tidaknya, orang lain tong sampah berhantar depan rumah, sedangkan kami terpaksa mengangkut sendiri. Angkut sendiri dari pejabat SWM ye. Tidaklah jauh mana, hanya 30 minit dari rumah tetapi hati tetap tidak puas hati. Kenapa kami tidak dapat sebarang memo atau notis?
Ye, kami suami isteri yang bekerja. Kadangkala jam 8 malam belum pulang ke rumah. Yang peliknya, sebaris dengan rumah kami semua tidak dapat, walhal ada juga surirumah. Dan mereka juga tidak mendapat sebarang info. Sedangkan kawasan perumahan yang baru berpenduduk sudah menerima. Kami? Rasa nak bakor jek..
Jiran hadapan, seorang yang berpangkat kakak sudah menerima tong sampah. Rezeki dia tidak perlu ambil tahu apa-apa, tidak perlu ke mana-mana, tiba-tiba tong sampah ada di hadapan rumah.
Saya : Akak, macamana akak dapat tong sampah ni?
Akak tu : Ntah, tiba-tiba je ada. Tapi, tong sampah hitam akak hilang pulak. Agaknye diorang tukar tong sampah hitam tu dengan tong sampah ni kot.
Sejak sebulan yang lalu, sampah di tembok batu pagar (pemaju buat tempat sampah di tembok pagar), tidak dikutip. Sampah kian bertambah dan membuatkan kami rasa tidak selesa. Marah pun ada dan tertanya-tanya, adakah kerana lori sampah tidak lalu?
Saya meletakkan pula sampah yang berlebihan ke dalam tong sampah hitam (beli kat kedai) di luar tembok pagar. Satu hari, pulang dari kerja, terkejut pula, aik...sampah dalam tong sampah hitam tu takde pula. Tapi kenapa sampah dalam tempat sampah (tembok) tidak dikutip? Ketika ini, hati penuh dengan tanda tanya.
Hingga lah di satu hari, hari ahad di mana pekerja swasta seperti kami di negeri Johor tidak bekerja (hujung minggu). Ketika lori sampah lalu dan mengutip sampah dari satu rumah ke satu rumah di lorong kami, saya segera mengeluarkan segala isi perut di tempat pembuangan sampah (tembok).
Saya : Kenapa tak kutip sampah dalam ni?
Pekerja SWM : Ye kak. Kami dan tak bukak dah. Kami kutip sampah yang letak kat luar je. Akak letak dalam tong sampah beroda tu atau tong sampah hitam macam ni pun boleh.
Saya : Eh? Mana nak dapat tong sampah ni?
Pekerja SWM : Akak boleh telefon. Nombor telefon ada kat tong sampah tu.
===================================
..malas cerita panjang..
Hari ahad yang lalu, bersamaan 17.02.2014, kami pergi ke pejabat SWM Johor Bahru dan menuntut tong sampah yang ibu royankan.
Kepada sesiapa yang tinggal di kawasan Johor Bahru yang belum mengambil tong sampah ini, silalah berbuat demikian. Jangan lupa bawa kad pengenalan diri dan bil api/ air sebagai bukti.
1 800 88 7472 - Hot line (KL)
07-335 6000 - JB
SWM Environment Sdn Bhd
No. 6, Jalan Kangkar Tebrau,
Kawasan Kg Sri Purnama,
81100, Johor Bahru, Johor.
Puas hati dah amik..huhu..
Tong sampah ini ada ID sendiri. Setiap tong sampah mempunyai ID yang berlainan. Jika hilang, boleh buat aduan di Balai Polis dan kemudian boleh tuntut ganti rugi di SWM. Akan tetapi, hanya sekali sahaja. Jika hilang buat kali ke dua, pihak SWM tidak akan menggantikan dengan yang baru tetapi pengguna terpaksa membayar harga tong sampah tersebut untuk mendapatkan yang baru.
Nota Kaki : Lama tak up entri, bila up entri..meroyan pulak..haihh
Entri yang agak terlewat bersempena Hari Kekasih. Tetapi, bukan hari kekasih itu yang ibu mahu sanjungkan.
Menerima email dari PTS pada hari kekasih dan bersempena hari kekasih, ada promosi 20% diskaun Ebook.
Promosi masih berlanjutan. Sila layari www.e-sentral.com bagi yang berminat.
Minggu ini sememangnya minggu yang sangat sibuk bagi kami di CP seksyen. Ibu? Nak fengsan... Mana tidaknya, inspection every single day. Berpiar biji mata kalau dah lebih 8 jam bertungkus lumus menyiapkan kerja. Penat, memang penat. Tapi, bersabar untuk mengeluh walaupun kadang kala ia terlepas juga.
Ditambah pula satu tugasan yang tiba-tiba datang dan duedate on 15th Feb. Rasa nak tampar je PC ni laju-laju.
Kerana kesibukan luar biasa ini juga ibu merindui akan blog ibu ini. Blog kawan-kawan juga. Rindu dengan kamu..kamu..dan kamu.. Cuba untuk melapangkan masa sedikit dan mengupdate blog.
Sebelum lunch time hari ini, kami menerima sepucuk surat layang dari management. Oleh kerana terlalu perasan sibuk, ibu abaikan dulu kegembiraan hati kerana penjimatan duit poket untuk makan tengahari hari ini. Konsentrasi pada kerja sangat penting, takut salah itu ini dan ibu juga akan menjadi mangsa terakhir.
Received email from management
Abaikanlah makan-makan sempena apa pun, yang penting halal dan perut kenyang. Tidak sempat pula ambil gambar menu. Tiada nasi goreng seperti di dalam email tetapi Nasi Beriani Kambing pula menjelma. Yang terkilan tu, Udang Butter Nestum sudah licin, tinggal kepal udang dan kerak-kerak nestum sahaja. T__T
Mana tidaknya, dalam email mention 12.30pm, bila kami terjah hampir semua sudah selesai makan. Hamboihh.. Ibu sudahlah macam sotong kat belakang. Tapi tidak mengapa. Redha sahaja, makanlah apa yang ada. Tidak menjadi hal.
Selesai menjamu selera, ada lucky draw pula. Sebenarnya untuk melicinkan hamper-hamper yang big bos dapat sempena CNY. Daripada menyemak dalam bilik dia tu, baik dia bagi kami-kami ni. Sedekah kan lebih mulia.
Sesi mengedarkan cupcakes
Masa ni dah stanby untuk lucky draw
Muka berlagak sebab menang Blender Philips..hadiah paling besar..(cehhh ibu nak Iphone!!)
Muka-muka excited ambil hadiah
Cupcakes yang comel-comel dan sedap..
Lepas ambil hadiah, dah balik office. Sambung kerja!!!!
Nota Kaki : Mahu berangkat pulang ke teratak hamba..Rindu pada Aisyah..huhu