Makan Gaji

Bila waktu rehat

2:00 PTG


Waktu rehat yang 1 jam itu akan ibu gunakan dengan sebaiknya. Kalau tidak keluar berehat dan perut sudah kenyang, ibu malas mahu keluar. Kalau kerja yang menimbun tidak memerlukan penyelesaian dengan kadar segera, ibu akan layan blog. Blogwalking time.

Dalam masa 1 jam, dengan internet kadang-kadang semput, mana yang sempat jela singgah. Dan dalam masa 1 jam itu, tidak terasa lama bila BW. Terasa masa sangat singkat. Seronok menjengah blog korang.

Kredit to Google

Makan-makan

Red Velvet & McD

9:18 PG


Kerana keinginan tekak yang tidak dapat dikawal, malam tadi keluar semata-mata membeli McD dan kek di SR. Lagi pula ayah seakan tiada selera makan. Nasi tidak disentuhnya satu hari. Aisyah pun sama. Ibu tidak masak semalam, hanya menghangatkan lauk pauk pemberian pengasuh Aisyah  malam tadi.

Ayah penggemar indulgence chocolate. Kebetulan ketika kami sampai, tinggal sepotong sahaja. Ibu pula sibuk denga red velvet. Lama juga menunggu untuk dilayan. Aisyah sudah mula mengada-ngada.

"Ibu, bukak..bukak.." Haihh..suka hati nak suruh ibu buka.

Ketika sesi mengorder, ibu dan ayah berebut nak order sampai budak tu pening. Mana tidaknya, ibu ingatkan ayah serahkan pengoderan kepada ibu. Kami order secara serentak. Ibu tunjuk red velvet, ayah pula tunjuk indulgence. Hahaha...kelakar pun ada. Ayah tambah sepotong chocolate fudge pula. So, ada 3 potong.

Bertambah bengang bila di kaunter pembayaran, ayah dan Aisyah dah jauh dari tempat ibu berdiri. Nampak sangat ibu yang kena keluar duit. Order macam dia yang belanja. Huhu...


kek pilihan ayah

kek pilihan ibu


Ibu beria-ria mahukan red velvet, tapi kecewa bab rasanya. Pada ibu, tidak berbaloi dengan harganya, sepotong rm10. Tak sedap sangat pun. Ibu pernah makan cupcake red velvet dari seorang kawan, ok juga rasanya. Tetapi bila makan potongan kek dari SR ni..emmm...rasa tak nak makan dah..huhu..


Ibu pernah rasa kek strawberry marshmallow cheese ni, sangat sedap. Sepotong tu kecil sahaja tapi terus jatuh hati. Sekali je pernah rasa. Itu pun di SR segamat, kebetulan membeli kain potong di nagoya. Bila cari lain kali di kedai SR yang lain, susah nak dapatkan menu ini. Menu lain pernah juga cuba tapi indulgence chocolate juga menjadi pilihan no.1.





Nota Kaki : Sedapnya kek..






Aisyah Humaira

Aisyah & Seluar

6:47 PTG




Aisyah sudah pandai menanggalkan sendiri seluar yang dipakainya. Usianya baru setahun 10 bulan. Bab menanggalkan seluar tu tidaklah ralat sangat. Tetapi, apabila seluar sudah dapat ditanggalkan, secara automatik diaper pun akan ditanggalkan. Adakalanya dia rimas memakai diaper. Sesuka hati membuka diaper.

Malam tadi, dua kali ibu gantikan seluarnya. Dipakaikan seluar panjang, dia pandai tanggalkan. Pakaikan seluar separas lutut juga dia pandai tanggalkan. Bila sudah berjaya menanggalkan seluar, Aisyah selamba membuka diaper dan buang ke dalam tong sampah. Adoi...

Aisyah belum pandai ke bilik air bila dia mahu membuang air kecil. Sesekali sahaja jika dia teringatkannya. Itu pun bukan kerana mahu membuang air kecil, tetapi kerana mahu bermain air. Huh..

Penyudahnya, ibu terpaksa memakaikan seluar kecik sahaja. Agak sukar untuk dia tanggalkan kerana terlalu kecikkan.. Selebihnya, ibu membebel sambil cakap no, no, no...





Nota Kaki : Baru sorang ni..

Info

Bunga Kembang Pagi

11:42 PG



Kredit to Google


Setiap pagi tatkala melalui jalan kecil menghala ke kampung sungai rinting untuk menghantar Aisyah ke rumah pengasuh, kami akan melalui satu kawasan semak di tepi jalan. Di kawasan semak itulah terdapat banyak bunga kembang pagi.


Setiap kali lalu kawasan itu, ibu akan tanya kepada Aisyah, "Aisyah, mana bunga?"

Tuuu...jawab Aisyah bersama muncung dan jarinya. Comel. Rasa nak cium-cium masa tu juga.


Bunga kembang pagi juga dikenali sebagai bunga seri pagi atau dikenali juga dengan nama inggerisnya, Morning Glory.

Cantikkan ciptaan Allah. Bunga ungu ini hanya berkembang di waktu pagi dan akan luruh bila matahari mulai naik.




Nota Kaki : Indahnya alam..

Pengalamanku

Kawan Lama

9:12 PTG


Godek-godek fesbuk, terbaca new feed seorang kawan lama yang sekarang aktif bergiat dalam bidang modelling. Dia seorang yang ibu kenali ketika dalam pengajian Diploma Kejuruteraan Elektrik di UiTM Shah Alam. Dia sambung ke peringkat ijazah sarjana muda, ibu pula tidak. Dasar pemalas kan.. Nak kerja cari duit. Huhuhu..

Tak sangka dia sekarang sudah glamer. Nak tumpang glamer jugaklah. English dia memang power, kebabom, so tidak hairanlah dia dia boleh pergi jauh. Lagi pula dia meminati bidang modelling. Memiliki wajah yang cantik, berhidung mancung, tinggi dan semestinya kurus, lengkap pakej sebagai seorang model.



Sudi-sudikan singgah ke blog Life of Dora Dori.




Nota Kaki : takde motif


Makan Gaji

Eh? Dah Jumaat?

8:54 PG


Cepat betul masa berlalu sekarang ni kan. Antara sedar atau tidak, jumaat sudah menjelma. Rasanya seperti baru semalam hari isnin. Opsss...poyonya.

Abang botak sejak hari rabu sudah tak nampak bayang, ingatkan ke mana. Bila call, "saya MC 2 hari.." Erkk..


Ibu : Bos, sapa nak sign report ni?

Bos : Ala..A kan ada. tak pun B kan ada.


Ok fine. Forward email to singapore dengan selamba badak berserta ayat menggoreng and get respond from him (abang botak), "Awak tolong pass report tu pada A"

Ibu gelak guling-guling bil teringatkan cerita ini hari rabu lalu. Dan pagi khamis, ibu dapat report itu semula dari A dan si A menceritakan perihal report itu.


A : Abang A hantar report tu kat Macap.
Ibu : Aik? Sepital apa kat machap? Tettttttt


Hahahahahahah.. Nampak sangat abang botak aku ni MC main-main. Nak balik KL le tew.. Cakap la awal-awal pada kami, senang kami buat arrangement sendiri.



Nota Kaki : Keje tak pernah habis!!

Nuffnang

Siapa boleh tolong jawab?

5:04 PTG


Sesiapa boleh jawab tak? Loading dah habis tapi iklan tak mampu nak menunjukkan mukanya.. nampak kosong je kan. Adakah ibu seorang yang mengalami situasi ini? Bila terjah blog rakan yang lain, tak dapat nak klik iklan mereka. Pagi tadi ok je.




Aisyah Humaira

Bila Anak Sembelit

9:12 PG


Semalam pengasuh mengadu Aisyah susah mahu buang air besar. Bulan lepas pernah juga begitu. Dalam usia Aisyah yang menginjak usia 2 tahun, faktor pemakanan adalah punca bagi sembelit walaupun dia minum air masak. Aisyah jenis yang makan dengan kerap. Dalam satu masa dia tidak makan terlalu banyak melainkan dia terlalu lapar. Dia kerap meminta makanan dan pantang melihat orang lain makan. Mesti dia datang mengendeng.


Untuk mengelakkan anak sembelit, beri dia makan sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan berkuah seperti sup. Kebiasaan ibu hanya buat sayur bayam tumis air. Aisyah sangat suka. Tetapi sejak 2 minggu ini, ibu tidak sempat memasak sayur dan ada sayur di dalam peti ais terbuang begitu sahaja. Sesetengah sayur pula, Aisyah tidak mahu makan seperti lobak merah. Aisyah hanya makan dengan kuantiti sedikit dan dikemam-kemam ambil airnya sahaja.


Cara terbaik untuk menggalakkan anak makan sayur adalah dengan membuat jus. Jus buah-buahan dan sayur-sayuran. Sedap. Cubalah.


Ibu akan try & error setiap keinginan Aisyah. Kalau nasi dia tidak lalu makan, buat bubur. Jikalau sup ayam dia tidak mahu, buat tomyam ayam tidak pedas. Tomyam ayam adalah kegemaran Aisyah. Dia sangat suka dan akan minta lagi dan lagi. Ada kalanya, dia tidak mahu makan nasi atau bubur dan ibu masak pasta pula. Ibu tidak kisah masak macam-macam menu, asalkan Aisyah mahu makan. Lauk yang ada, ibu dan ayah boleh makan atau boleh disimpan dan akan dihangatkan kemudian.


Tips lain yang ingin dikongsikan adalah menggerakkan kaki anak/ bayi dengan kayuhan basikal. Buat secara lembut. Ibu praktikkan ketika Aisyah masih belum pandai berjalan. Dah pandai jalan, jangan harap dapat excercise macam tu.


Selain itu, urut lembut belakang betis anak/ bayi berserta selawat. Urutan ini mampu melegakan anak dan memudahkan proses membuang.


Ini yang ibu lakukan jika Aisyah susah untuk membuang air besar. In sha Allah berkesan dengan izinNya.


Ikan..fish..hihihi

Ibu, dok..dok..ini..





Nota Kaki : Setiap yang berlaku ada hikmahnya..

Aisyah Humaira

wW : Layan Aisyah Humaira #14

9:05 PG



Tiap kali ke pasaraya, mesti kena beli benda ni. Stress betul. Peniaga pula suka meletakkan benda ni di hadapan kedai mereka. Lagilah bertambah geram. Grrrr..

Melayan RM3.90 tak pun RM4.90. Phewwww...

Info

Kehilangan MH370 Sudah Terjawab

8:34 PG


Pelbagai spekulasi melanda sejak kehilangannya 18 hari lalu. Di hari ke-17, persoalan terjawab. MH370 berakhir di lautan Hindi sebagaimana yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri kita.

Spekulasi tidak berakhir di sini. Masih banyak lagi tanda tanya yang belum terungkap selagi kotak hitam tidak dijumpai. Kotak hitam yang dipercayai bukan berwarna hitam itu mempunyai jangka hayat selama 30 hari.

Menjadi satu cabaran besar dalam proses pencarian kerana lautan Hindi adalah lautan yang sangat mencabar. Bergelombang dan bergelora sangat tinggi. Sesebuah kapal hanya dibenarkan berlegar-legar di kawasan lautan itu selama 2 jam sahaja.

Kita hanya mampu berdoa semoga proses pencarian dipermudahkan dan doakan buat mereka yang sudah bertungkus lumus berusaha.

Buat keluarga penumpang MH370, terus tabah menghadapi ujian ini. Semuanya takdir yang telah tertulis. Qada' dan Qadar Nya.


Wallahuaklam.


Makan Gaji

Kesinambungan Kisah Itu

9:26 PTG


Kepada yang sudah membaca, pasti sudah tau ceritanya. Entri yang ibu taip mengenai satu kisah ala-ala seram.

Sila baca Apakah Makhluk Itu


Ogos 2009, bermulalah kisah suka duka ibu di tempat kerja sekarang ini. Betah tidak betah, sudah lebih 4 tahun berkhidmat dan berbakti di sini. Aiceceh..

Ketika mula bekerja di sini, ibu masih bergelar anak dara kemudian, bergelar tunangan orang, kemudian isteri orang dan sekarang bergelar mak orang! Dalam masa tidak sampai 5 tahun, terlalu banyak kenangan di sini hingga sayang untuk melangkah pergi. Perghhhh.. memang ibu sangat poyo..

Dalam tempoh percubaan (3 bulan sebelum pengesahan jawatan), ibu diberi tekanan giler-giler juga. Kena redha bekerja lebih masa, pekakkan telinga dengan maki hamun orang atasan. Lagi best, bekerja di kalangan pekerja lelaki dan abaikan sahaja kata-kata mereka yang ntah apa-apa. Hendak maki, maki lah. Hendak menggatal? Bo layan.

Lama kelamaan, betah bekerja di sini dan sudah lali dengan perangai yang suka memaki oleh abang botakku (HOD). Meskipun begitu, dia sangat OK sebenarnya. Sudah menjadi hobinya menggertak anak-anak buahnya. Phewwww..


Ketika bujang hampir setiap hari ibu stayback. Serious. Setiap hari pulang ke rumah jam 9 malam. Ko nak ot berapa ratus jam sebulan, takde hal lah! Masa tu kerja agak tidak membebankan seperti sekarang. Mana tidaknya, sekarang ni masa terlalu berharga. Kalau boleh  jam 6 petang dah punch out.


Ok, berbalik kepada cerita asal, di awal stayback ibu di pejabat, berlaku beberapa kejadiaan aneh. Sedang asyik buat kerja, tiba-tiba terdengar bunyi seakan orang menarik file dari kabinet. Aik? Bila ibu periksa, takde orang pun. Ibu seorang sahaja di dalam pejabat itu. Tiba-tiba pula bunyi seakan orang duduk di kerusi di belakang ibu. Haihh..makin menjadi-jadi dia mainkan ibu..

Ibu biarkan sahaja, seolah-olah tidak mendengar apa-apa. Suka hati demo la nak buat apa pun. Keadaan seperti itu ibu alami cuma beberapa hari sahaja. Itu pun ketika awal-awal kemasukan ibu di situ. Kemudian, ia sudah tidak mengacau lagi.


tidak ada kena mengena dengan gambar


Nota Kaki : Saje nak main-main ye.. Tak kelakar OK!

Support Blogger

LIKE & WIN CONTEST

3:19 PG

Assalamualaikum w.b.t
contest like & win

tekan banner di atas untuk menyertai 
-kelebihan join giveaway ini
+ dapat hadiah topup jika anda bertuah
+dapat masuh group MA BLOG
+ dapat mengeratkan ukhwah sesama blogger
+ dapat meninggatkan traffic blog
+ dapat meningkatkan lagi jumlah followers

apa yang anda tunggu lagi..cepat join sebelum tamat 
sekian.

Info

BPA free

1:25 PG




BPA atau nama saintifiknya Bisphenol A merupakan bahan kimia (C15H1602). Diketahui, dalam struktur molekulnya, ikatan kimia BPA pada polimer plastik mempunyai sifat tidak stabil dan bergantung kepada masa dan penggunaannya.

BPA mudah larut dan meresap ke dalam makana atau minuman kerana BPA mudah lepas dari struktur polimer plastik polikarbonat.

BPA boleh membahayakan bayi kerana sifatnya yang mudah larut dalam makanan atau minuman itu, jika diberikan kepada bayi, BPA akan memasuki badan bayi.

BPA yang rendah sekalipun sekiranya masuk ke dalam tubuh boleh mengakibatkan gangguan hormon estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, menyebabkan gangguan kepada sistem hormon dan mendatangkan kesan lain pada tubuh.

Kajian lain adalah boleh menyebabkan baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikaatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.

Botol susu yang mempunyai label BPA FREE adalah selamat dari bahan kimia polikarbonat dan ibu percaya botol-botol susu di pasaran sekarang ini adalah BPA FREE tidak kira mahal atau murah. Pengalaman ibu membeli botol susu Aisyah, semua berlabel BPA FREE.

Cara terbaik untuk mengecam botol susu polikarbonat adalah melalui kod  plastik. Di bawah botol susu bayi ada tercatat pengelasa jenis plastik. Kalau ada terdapat logo segitiga dan di dalamnya ada nombor 7, bermakna plastik botol susu itu menggunakan bahan lain-lain yang umumnya menggunakan formula pembentukan plastik yang mengandungi polikarbonat.





Islam Agamaku

Adab Berdoa

9:38 PG


Betapa kerdilnya diri ini ketika memohon doa kepada Allah Yang Maha Agung dan Maha Kuasa. Adab perlu dititik beratkan. Antara adab berdoa melalui petunjuk Al-Quran dan sunah termasuklah:

- Berdoa kepada Allah dengan nama-namaNya yang indah (Asmaul Husna).

- Memuji Allah SWT terlebih dahulu seperti yang diamalkan oleh Rasulullah saw.

- Bersungguh-sungguh dalam berdoa, ikhlas dan kusyuk.

- Tidak berlebih-lebihan dalam berdoa seperti meminta menjadi mulia seperi nabi.

- Mengulang-ngulang suatu permohonan sebanyak 3 kali.

- Memanfaatkan setiap waktu yang mustajab untuk berdoa iaitu ketika sahur, ketika sujud, ketika tahiyat akhir sebelum memberi salam, antara waktu asar dan maghrib pada hari jumaat, antara azan dan iqamah, ketika berpuasa, ketika bermusafir, ketika hari hujan, pada sepertiga akhir malam, pada sepuluh malam terakhir Ramadan serta pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah termasuk hari Arafah.

- Tidak menggunakan bahasa yang keterlaluan seperti bersajak dan membebankan. Ini bertepatan dengan firmanNya yang bermaksud:

...kepadaNyalah dinaikkan perkataan yang baik...~ Surah Fathir: 10.

- Berdoa dengan singkat dan penuh makna.

- Berdoa dengan suara yang lembut dan perlahan. Firman Allah yang bermaksud:
Berdoalah kepada TUHANmu dengan merendah diri dan suara yang lembut...~ Surah al-A'raf: 55.

- Berdoa dengan menghadap kiblat.

- Berdoa selepas berzikir, selepas membersihkan gigi (bersiwak), ketika berada di tempat yang mulia, ketika berada di dalam masjid, berada dalam majlis ilmu atau ketika berada di hadapan Kaabah.

- Sentiasa mendoakan mereka yang kita kasihi.
Doa seorang muslim yang tidak berada di sisinya adalah mustajab. Di sisi kepalanya ada malaikat yang bertugas. Setiap yang berdoa demi kebaikan saudaranya, maka malaikat berkata, "Kabulkanlah, dan bagimu yang serupa"


Selain itu, doa dari golongan berikut juga merupakan doa yang mustajab iaitu:

- Doa mereka yang dizalimi.

- Doa ibu bapa untuk anaknya.

- Doa imam yang adil.

- Doa anak salih untuk kedua orang tuanya.

- Doa mereka yang terjaga daripada tidur dengan doa yang ma'thur.

- Doa orang yang berada di dalam kesusahan.

- Doa dengan doa Nabi Yunus.

- Doa mereka yang sedang menunaikan haji.

- Doa mereka yang sedang menunaikan umrah.

- Doa mereka yang banyak berzikir kepada Allah.

- Doa orang yang dicintai dan diredhaiNya.



Doakan keselamatan para penumpang dan krew MH370.
Berikan kekuatan dan permudahkan jalan untuk mencari mereka.
Teruskan titipkan doa buat mereka yang terlibat
Hari ini ujian buat mereka, esok lusa mungkin giliran kita (ujian dalam bentuk berbeza).












Nota Kaki : entri pertama buat MH370

Info

Kenali Barongan

4:58 PTG


Pertama kali menyaksikan tarian barongan di satu majlis perkahwinan, agak janggal juga. Ingatkan tarian kuda kepang semata-mata tetapi rupa-rupanya itu adalah barongan apabila beberapa orang penari bertopeng melakukan aksi yang ibu kira agak ganas juga. Adat orang-orang lama di situ barangkali. Bukanlah ibu terlalu kejam untuk mengatakan ianya ganas tetapi agak tidak bersesuaian dengan majlis perkahwinan, penyatuan dua hati yang ibu kira harus dirajai. Sekadar pendapat ibu..


Pada permulaan tarian ibu selamba makan tanpa rasa bersalah, dan langsung tidak terhibur kerana makanan yang ibu hadap lebih memerlukan perhatian. Dengan cik Aisyah yang sekejap-sekejap mahukan air bandung cincau berais, ahhh abaikan dulu tarian di belakang itu.


================================
Barongan, atau ada yang menyebut Barong sahaja. Ia digambarkan sebagai raja dari roh-roh serta melambangkan kebaikan di mana Barong ini digerakkan oleh Banas Pati Rajah selaku roh yang mendampingi seorang anak dalam hidupnya. Banas Pati Rajah merupakan musuh Rangda di dalam mitos Bali. Barong sering ditampilkan sebagai seekor singa.

Terdapat 5 bentuk haiwan dalam barong. Salah satunya adalah singa yang bersifat pelindung. Di pulai Bali, setiap bahagian pulau mempunyai roh pelindung untuk melindungi tanah dan hutan masing-masing. Setiap haiwan yang berbeza mewakili satu daerah. Babi hutan, harimau, ular, naga dan singa.
===================================

(Agak sukar untuk memahami..uhuk uhuk..)





(sila klik gambar untuk lebih jelas)

Sebuah kisah Barongan di Kg Sg Nibung di Batu Bapat berasal dari Tanah Jawa.

Menurut sumber, barongan mengisahkan perebutan Puteri Songgo Langit (Puteri) dari Kerajaan Kendiri di antara Perabu Koloo Siwan Donno (Perabu) dan Warok Singo Ludroo (Warok).

Warok yang berasal dari Negeri Bantara datang meminang Puteri tetapi Puteri menolak pinangannya kerana Puteri sudah bertunang dengan Perabu yang merupakan seorang raja. Warok mempunyai fizikal berbadan seperti manusia tetapi berkepala seperti harimau dan mempunyai merak di tengkuknya.

Meskipun sudah ditolak oleh Puteri, namun Warok tetap memaksa Puteri agar mengahwininya. Puteri yang berasa serba salah, telah meletakkan syarat iaitu "saya mahu satu tarian atau persembahan yang belum pernah dibuat dan tidak pernah dilihat".

Patih Bujang Ganong memberi cadangan kepada Perabu agar membuat persembahan Riyok dan telah dipersetujui oleh rakan-rakannya yang lain iaitu Tembem, Pentul dan Joko Taun. Ketika persembahan sedang berlangsung, tidak semena-mena Puteri disambar oleh Warok dan dibawa terbang ke Negara Bentara Angin. Keadaan menjadi sangat kelam kabut dan dalam sekelip mata Puteri sudah tidak kelihatan lagi.

Alat-alat muzik yang digunakan :-
- tanglung
- gendang
- gong

Peralatan lain yang digunakan :-
- kuda kepang
- kepala harimau dan bulu merak (barongan)
- pakaian penari
- topeng muka (yang melambangkan rakan Perabu)


Mari kita intai sedikit gambar raja sehari yang dihidangi tarian barongan pada hari itu. Semoga pengantin terus bahagia hingga ke Jannah. Pengantin lelaki merupakan kawan kepada ayah. Satu tempat kerja lama.



(sila klik gambar untuk lebih jelas)


Nota Kaki : Aisyah macam takut, peluk ibu kuat-kuat..huhu

Aisyah Humaira

Anda Tanya, Saya Jawab

11:14 PG


Terima kasih atas komen-komen sahabat ye. Tercetus pula idea untuk buat entri ini bagi menjawab soalan-soalan tersebut. Mungkin entri lepas tidak begitu jelas.

Sila baca entri http://jnjikita.blogspot.com/2014/03/mamil-to-dugro.html bagi yang belum baca.



(sila klik untuk lebih jelas)

(sila klik untuk lebih jelas)


Pertanyaan utama mereka adalah 
"kenapa susu tidak boleh dituang ke dalam bekas lain?"


Jawapan ibu (sila betulkan ibu kalau salah) :

Tidak semua susu tidak boleh dituang ke dalam bekas kedap udara. Cuma ibu mengikut arahan yang disediakan di pack susu tersebut.


(sila klik untuk lebih jelas)

(sila klik untuk lebih jelas)

ARAHAN PENYIMPANAN
Elakkan menuang susu tepung ke dalam sebarang bekas.
Simpan paket yang dibuka dalam bekas kedap udara di tempat kering dan dingin.
Guna sebelum tarikh luput dan dalam tempoh 3 minggu selepas dibuka untuk menjamin kesegarannya.

Ini adalah packaging bagi susu Dumex Dugro Asli


==============================


Peristiwa beberapa bulan yang lalu menjadi pengajaran bagi ibu. Ketika Aisyah minum susu formula Dumex Mamex (keluaran Dumex mamil step 2), kebanyakan paket yang dikeluarkan adalah di dalam kotak dan sebanyak 600gm setiap paket. Kebetulan juga, susu di dalam tin sudah habis dan terpaksa beli stok di dalam kotak. Di situ bermulanya penggunaan bekas kedap udara untuk susu Aisyah. Jenama tupperware jadi pilihan.

Ibu tuang susu ke dalam bekas dan berikan Aisyah minum susu tersebut seperti biasa. Aisyah juga minum seperti biasa. Dan siapa dapat menjangka Aisyah diserang cirit birit dan susu formula yang baru digunakan tidak sampai separuh terpaksa dibuang kerana dikhuatiri tercemar. Doktor mengesyorkan agar ibu memberhentikan pemberian susu formula tersebut serta merta dan ketika itu susu formula tanpa laktosa menjadi pilihan.


Pengalaman menggunakan susu formula tanpa laktosa boleh di baca di entri-entri sebelum ini.




Sejak kejadian tersebut, ibu tidak berani menuang susu formula Aisyah ke dalam sebarang bekas. Masuk dengan plastik-plastik dia tu. 600gm tu cukup untuk 5 hari je. Termasuklah susu yang ibu minum setiap malam, susu omega. Huhuhu..





Nota Kaki : Kekuatan setiap bayi tidak sama..chill


















Aisyah Humaira

Mamil to Dugro

5:08 PTG


Aisyah kian membesar. Dalam tempoh kurang 2 bulan, dia akan genap 2 tahun. Syukur Ya Allah atas kurnia Mu. Perancangan awal, cuba memberikan Aisyah susu Dumex Dugro. Sebelum ini dia minum Dumex Mamil. Kalau dilihat dari packaging, Mamil kemas berplastik aluminium di dalam kotak, Dugro hanya menggunakan plastik yang bercetak gambar. Dari segi khasiat yang tertera di packagingnya, sama sahaja. Tiada beza.


Pertama kali memberikan Aisyah susu Dugro, dia minum seperti biasa. Penjagaan susu tersebut haruslah diutamakan, seperti yang tertera di pack.


Jangan tuang susu ke dalam bekas.


Bau susu Dugro agak kurang menyenangkan dari Mamil. Mamil tiada bau sangat rasanya. Tapi, itu semua tidak penting. Yang penting adalah keserasian perut anak.

Selang 5 minit selepas minum susu Dugro, Aisyah membuang air besar dan agak cirit walaupun sekali sahaja. Selepas itu, ibu berikan pula susu Mamil dan Aisyah tidak pula membuang. Kali ke-2 beri Aisyah susu Dugro dan situasi sama seperti kali pertama dia minum. Ibu sudah berpendapat, mungkin susu ini tidak sesuai untuk Aisyah.

Cuba wassup rakan-rakan yang mungkin anak mereka minum susu Dugro dan berhasrat untuk sedekahkan sahaja susu Dugro tu. Sayang kan susu. Kebetulan, jiran ibu berkongsi pendapat. Anak dia juga minum susu Dugro. Sebelum 2 tahun, minum susu Anmum.

Jiran memberikan tips untuk menukar susu anak.

Campurkan susu lama dan susu baru dalam skala 3:1. Contohnya, 3=skop susu baru, 1=skop susu lama. Jika anak tetap membuang dalam masa 4 atau 5 jam, bermakna susu tersebut tidak sesuai.


Keesokan harinya, ibu cuba mempraktikkan tips jiran dan Aisyah tidak pula membuang selepas minum susu tersebut. Andai tiada apa, bolehlah teruskan sahaja dengan susu Dumex Dugro. Jimat belanja, separuh harga dari harga Mamil. Takpe, Aisyah pun dah besar.



Dumex Mamil Learning

(klik untuk tumbesaran)



tukar kepada




Dumex Dugro Asli

(klik untuk tumbesaran)




Nota Kaki : Susu ibu adalah susu yang terbaik. Selepas 2 tahun, susu untuk anak juga perlu dititikberatkan.

Makan Gaji

Apakah makhluk itu...

8:39 PG


Jam menginjak ke 7.30 malam dan ibu masih berada di pejabat menyiapkan kerja. Cepat-cepat mengemas dan berkira-kira mahu ke surau dan terus pulang. (Bendera merah tapi mahu rehatkan badan). Melalui makmal yang berada di bawah pejabat, menjenguk rakan sekerja, mana tahu masih ada di makmal. Oh, takde. Terus ke surau dan dia ada di situ.



Rakan sekerja : Kak, saya nampak akak dah turun tadi. Saya ingat akak dah balik.. Ke akak gi toilet?

Ibu : Eh?? Mana ada. Akak buat kerja je dari tadi tak turun-turun. Cheong adalah turun dalam kul 7 gitu.

Rakan sekerja : Tak kak. Saya nampak akak dari cermin lab tu. Cheong memang turun. Lepas tu akak pulak. Dengan bawak beg pink ni la. (Sambil menunjuk handbag besar berwarna merah jambu yang ibu sandang hari-hari).



Glurppp..(telan air liur)

Ibu menidakkan apa yang rakan sekerja ibu nampak kerana ibu terus tekun menghadap komputer hingga jam 7.30 malam.

Mungkin ada makhluk lain yang menyerupai ibu dan bertujuan untuk bergurau. Haihh..apsal pulak menyerupai ibu? Grrrrr...

Jam 8 malam, kami pulang dari tempat kerja seperti tiada apa yang berlaku.


Kredit to Google




Nota Kaki : In sha Allah, baik-baik saja..

Support Blogger

Macam-Macam Cerita : 2nd Blog Contest..

5:33 PTG


 banner

Klik banner untuk join ok!

Nak  1. Brooch bersize besar..


Oleh sebab kotak tu kelihatan sangatlah antik, apakata letakkan khazanah-khazanah lama yang awak sayangi. Seperi barang-barang sejarah yang meninggalkan seribu kenangan yang sememangnya awak tak nak lupakan.

Kisah Teladan

Kereta Terbalik

1:53 PTG


Kredit to Google


Bila adik bongsu ibu tiba-tiba wassup, tanya bila nak balik kampung, banyak kali dia tanya. Terdetik sedikit kepelikan. Kenapa tanya banyak kali?


Rupa-rupanya dia terlibat dalam kemalangan malam tadi bersama seorang rakan. Menaiki kereta kawannya itu dan kawannya juga sebagai pemandu.


Kereta yang mereka naiki terbalik di satu selekoh kerana pemandu mengantuk. Oh...bahaya tu dik oiiii.. Mujur mereka tiada kecederaan yang serius. Alhamdulillah. Kerana kereta terbalik, adik terpaksa merangkak keluar dari perut kereta melalui cermin yang pecah. Allahuakbar..





Nota Kaki : Dalam hati, sangat risau..