Aisyah sudah pandai menonton kartun di televisyen (tak ajar tengok tibi terlalu awal). Masuk rumah, dia ambil remote dan mahu menekan-nekan punat remote. Bila tidak berfungsi dan televisyen masih gelap tiada tayangan, barulah dia beri remote kepada ibu.


Emmm..tidak semena-mena ibu dan ayah menjadi mangsa keadaan. Kalau ibu yang alih siaran, Aisyah ok lagi, dia diam je dan tetap menonton apa yang ibu tonton tapi dia cepat bosan dan mula menarik ibu ke sana ke mari. TETAPI, kalau ayah yang menukar siaran, umangaihhhh..marah pula si kecil ni.


Kartun kegemaran Aisyah adalah Timmy si kambing biri-biri hitam. Apa ntah yang best sangat tengok kambing hitam tu. Tiap kali nampak kelibat timmy, dia akan cakap..


"mak!!!...mbekkkk.."


Selagi ibu tidak menyahut, selagi itulah dia akan memanggil "MAKK!!!"


Timmy si kambing biri-biri hitam



Timmy bersama rakan-rakan (diorang ni duk sekolah asrama kot..)






Nota Kaki : Bila la Aisyah ni nak pandai panggil 'ibu',....huhuuh