Setiap hari jumaat, setengah pekerja wanita di kilang saya dapat rehat lama. Under manufacturing section. Termasuklah saya. Rehat 1 jam setengah je. Kadang-kadang malas keluar, stay di pejabat.

Kadang-kadang rindu kat anak dara sorang ni, laju je saya redah ke rumah pengasuh dan ambil dia bawa jalan-jalan sekejap. Keluar awal sikitlah. Biasalah kerja under O&G company agak bebas dan flexible. Yang penting, kerja siap. Dapat HOD pun 2x5, anak buah ye jadi 10x. Hahaha..

Ini kisah 2 minggu lalu. Kami berdua makan di KFC Seri Alam. Sebab ada taman permainan di situ. Niat di hati mahu menghappykan dia. Lagi pula, tempat kerja saya, rumah kami, rumah pengasuh hanya sekitar situ.


Suka dia dapat makan aiskrim


Ibu dan Kakak



Lepas isi perut, lajulah dia nak main. Dapatlah main dalam 30 minit. Dia gembira, saya pun gembira.




Bermula 1 April 2016 (hari ini), rehat 1jam setengah dimansuhkan. Rehat tengahari hanya 1 jam sahaja. Memo sudah keluar saat entri ini didraft (minggu lepas).

Buat staff office sahaja. Tapi, Sabtu Ahad kira offday! Seronok 2x ganda. Sebelum ni, hari sabtu, alternate off.




Nota Kaki : Malaysia masih aman ^__^