Assalamualaikum

Nasi Impit Cara Lama | Pernah tak mak-mak korang buat nasi impit macam ni? Rasanya memang inilah cara lama. Sekarang banyak dah jual ketupat segera, jadi memasak tu lebih mudah. Sekarang ada cara moden untuk menghasilkannya, di mana beras dituang ke dalam bekas plastik yang telak dilubangkan halus. Kemudian, isi beras ke dalam bekas plastik tersebut, dijahit bahagian atas dan masak seperti biasa.

Saya kongsikan penyediaan nasi impit cara lama, di mana nasi yang dimasak lembek di tekan-tekan supaya padat di atas loyang. Terasa seronok dapat lakukannya.


Ini hasilnya, tapi tak berapa cantik. Untuk hasil lebih cantik, boleh dletakkan sedikit minyak masak ketika mampatkan nasi tersebut. Baru cantik! Apabila nak makan, potong nasi impit seakan memotong kuih talam.


Nasi impit dah siap. Sementara tunggu sejuk, kita masak kuah soto pula. Mudah sahaja penyediaannya. Yang pasti kuah soto ni sedap sangat. 


Tumis

Masukkan ayam untuk keringkan ayam. Kemudian, tuang air secukupnya.

Reneh sup lama-lama sikit.

Tadaa... jangan lupa letak taugeh, bihun goreng api panas (apa ek namanya), ayam goreng siat-siat dagingnya. Dan paling penting, jangan lupa sambal kicap!

Aummm,,sedap,, makan sampai 3x