Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi : Kuih Keria Gula Merah Viral

Assalamualaikum

Resepi : Kuih Keria Gula Merah Viral | Lama teringin nak buat. Tapi, tak terbuat-buat. In the end, beli jelah. Sekarang beli makanan secara online je. Korang yang rajin-rajin belaka, ini resepinya. Nak juga up kat blog walaupun dah viral lama.


Kuih Keria Sira Gula Melaka
◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆

By Mawar Wilsa


Bahan:
✔ 2 kg keledek putih
✔ 1 1/2 cwn tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder ~ayak

✔ garam secukup rasa
✔ Air secukupnya untuk merebus keledek
✔ minyak utk menggoreng




Cara-cara:

- Keledek dibuang kulitnya dan dipotong kecil

- Masukkan keledek, garam dan air secukupnya ke dalam periuk dan rebus hingga empuk.

- Setelah empuk angkat toskan airnya dan lecek keledek hingga lumat sementara ia masih panas.
Biarkan sejuk baru letakkan tepung.

- Kemudian gaulkan dgn tepung dan uli menjadi gegelang kecil ~ ikut suka saiz nk besar mana.

- Goreng kuih keria di dalam minyak yg sederhana panas hingga kuning keemasan.

- Angkat dan toskan minyaknya.. Biarkan sejuk seketika baru disira dengan gula melaka.






Pinjam gambar sekali untuk rujukan



Sira Gula Melaka
◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆

✔ 1 block gula melaka ~ lihat gambar

✔ Sedikit gula batu ~ lihat gambar
✔ 1 sudu besar gula kasar
✔ 5 sudu besar air



- Hiris / hancur kan gula melaka dan gula batu supaya mempercepatkan proses gula larut dan mencair.


- Di dalam kuali masak gula melaka , gula batu ,gula kasar dan air hingga berbuih /mendidih dan pekat.

- Masukkan kuih keria tadi dan kacau rata supaya gula melekat pada seluruh kuih.. Tutup api dan gunakan lidi/chopstick untuk jarakkan kuih supaya tidak melekat apabila telah sejuk.

- Hidangkan kuih keria dan sedia dinikmati


NOTA 

✔ Gunakan Keledek Putih kerana kandungan air nya kurang dan ia tidak begitu manis serta sesuai untuk membuat pelbagai jenis kuih.

✔ Jangan letakkan tepung terlalu banyak kerana boleh menyebabkan tekstur kuih menjadi keras.
✔ Campuran gula batu untuk menjadikan kuih keria berkilat apabila telah sejuk.
 #mawarwilsa

================================

Buat kita-kita yang malas (akulah), beli je dah siap. RM5/ 13 pcs. 


Sedap uii. Lembut. Berbaloi beli. Ngap-ngap tak sedar habis. Pastu banyak lak tu. Boleh share ramai-ramai.


Berminat nak order?
Terus whataps 011-2169 5619
Kawasan pasir gudang, masai dan seangkatan dengannya sahaja.



Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. kalau dekat dh order dah dgn akak.
    nak buat sndirii, dapur dah tak berasap.next year baru berasap..

    mmg viral sungguh, kan!

    BalasPadam
  2. Akakkkk. Nanti kalau portluck, buat ehhh. hehehhe sedapnyaa.

    BalasPadam
  3. Sedap nya kakkk. boleh try ni nanti. thank you for the recipe ;)

    BalasPadam
  4. sedapnya nampak.. Ros epun aritu order je dengan officemate. teringin punya pasal. hikhik

    BalasPadam
  5. Huhhhhh mengancam kak... malam2 tgk pula..

    BalasPadam
  6. Tq sudi share resepi. Tgk kuih keria antarabangsa tu terliur tp jauh sangattt nye ponn 😂

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab dah ramai seller jual..tu yang order je

      Padam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code