Cik Aisyah Humaira & Kitty

By Mar Mansor - 3:24 PTG


Niat di hati tidak mampu ditolak lagi. Sejak kebelakangan ini, teruja sungguh dengan koleksi hello kitty. Bila buka Google, laju je jari ini menaip "Hello Kitty". Maka bermacam-macam kisah tentang hello kitty keluar. Click saja guna hujung jari. Sudahlah berwarna merah jambu, comel pula. Kucing lah kata kan..

Inilah salah satu masalah ibu. Bila mahukan sesuatu, tiada apa yang boleh dihalang. Kalau A, A lah mahunya. Bagi gelang emas pun tolak. Aiceh..

Gaji masuk je berdezup ibu buka website Hello Kitty. Goyang mouse laju-laju, klik itu klik ini tanpa menoleh kanan dan kiri. Mata hanya tertumpu di skrin komputer seakan-akan sibuk sangat melakukan tugas-tugas harian. Wayang lebeyyy...

Semalam ibu masuk kerja tengahari. Cuti setengah hari bawa Cik Aisyah ke klinik kerana Aisyah di serang selesema dan batuk. Sebelum melarat, ibu bawa ke klinik untuk mendapatkan ubat. Mudah bagi pengasuh nanti, tidak perlu terburu-buru menelefon ibu. Aisyah tetap aktif seperti selalu. Sudah laju berjalan ke sana sini. Berlagak pula tidak mahu dipimpin. Yelah...anak ibu sudah besar.. Sob sob...

Bungkusan yang ibu terima, segera ibu buka. Memang tidak sabar betul! Terima kasih Pos Malaysia. Sayang suam-suam sebab tiada kerosakan pada barang yang diterima dan sangat-sangat berpuas hati.


cantik pula kotak ni


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


jeng!!!! Ini lah dia..


original OK..excited kemain..


Sampai rumah, terus belek Kitty ni. Dah la comel, cute, design sangat-sangat berpuas hati. Kualiti juga bagus. Kitty boleh dipisahkan dari beg. Boleh dijadikan permainan juga.


Kitty yang sudah ditanggalkan skirtnya..


Ada butang  untuk melekatkan kepala kitty yang besar tu di beg..


tada...inilah hasil cantuman mereka...
Kitty + Beg..kreatif kan..

Sudah puas membelek, menanggal dan mencantumkan semula Si Kitty, ibu sangkutkan terus ke bahu Aisyah dengan harapan Aisyah akan pikul ke hulur ke hilir. Ohhh...macam besar pula bila dipakaikan ke Aisyah. Comelnya dia!!! Cium Aisyah laju-laju sebab Aisyah sudi memakai beg tersebut tanpa banyak songeh.


Sedang kamera yang ibu pegang mahu menangkap gambar Aisyah yang sedang menggayakan beg kitty tersebut, tiba-tiba Aisyah duduk mencangkung membelakangi ibu. Memang diakui agak sukar mahu menangkap gambar Aisyah sekarang, sejak Aisyah sudah laju berjalan. Dia sudah tidak mahu berdiam di satu tempat, sentiasa bergerak ke mana-mana. Hatta ketika tidur pun dia bergolek ke sana sini. Nasib baik tidak tidur atas katil, hanya tilam.


Aisyah yang tiba-tiba mencangkung


Ohh..Aisyah haus..nak minum susu!!!


Segera ibu membancuh sebotol susu lagi untuk Aisyah sebelum suara nyaring Aisyah kedengaran. Cukup lah tu bergambar untuk kali ini. Sayang Aisyah...



Nota Kaki : Persediaan untuk 'collection raya' Aisyah...Mwahahahaha...



  • Share:

You Might Also Like

2 comments

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.