Apa pilihan jam tangan korang?

Ibu sebagai seorang wanita, menggemari jam tangan yang berbentuk gelang tangan. Kelihatan seperti gelang tetapi sebenarnya jam tangan. Muka jam pula, harus yang comel dan berbentuk bulat atau oval. Seperti hantaran di kisah yang lepas. Klik SINI untuk membaca.


Ayah : Jam tu cantik, tapi apa kelebihannya?

Ibu : Kelebihan? Kelebihan apa? Sebab cantik la..

Ayah : Yela cantik, tapi kenapa pilih tu?

Ibu : Emm..sebab nampak cam gelang

Ayah : Kan nanti abang bagi gelang jugak.

Ibu : Takpela..jam tetap jam..gelang tetap gelang lah..



Bagi ayah pula, dia gemar jam tangan berjenama CASIO. Jam yang tahan lasak dan lebih gemar jam yang bertali seperti dalam gambar ini. Jam tangan lama dia juga jenama yang sama cuma harga murah sikit la dan susah beberapa kali menggantikan tali jamnya.

Kerana kerja ayah yang agak lasak, lebih sesuai dia memakai jam tangan seperti ini.


Jam tangan yang ayah minati seakan-akan di dalam gambar. Cuba-cuba juga surf di internet untuk mengingati jam tangan yang pernah ditunjuk kepada ibu suata masa dulu (2 tahun yang lepas). Berkira-kira mahu meletakkannya di dulang hantaran tetapi terbatal pula niat murni itu tatkala melihat harganya. Wahhhhhhhhhhhh...sebulan gaji ibu. Huhhh..tak agak-agak pilihan hati ayah ni.


Bolel layari laman www.mywatchgallery.com.my untuk melihat jam tangan yang korang hajati.




Nota Kaki : Entah bila dapat tunaikan hajat ayah..