Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Pediasure Susu Untuk Si Kecil Yang Susah Makan



Assalamualaikum

Pediasure Susu Untuk Si Kecil Yang Susah Makan | Susu Pediasure Complete ini saya bagi Aisyah bermula dari beberapa bulan yang lalu kerana dia tak nak makan sangat. Puas masak macam-macam, dengan harapan dia akan pilih salah satu menu. Tapi, hampa.


Pediasure complete sesuai untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 10 tahun. Sesuai dengan usia kanak-kanak tersebut, penyediaan susu Aisyah hanyalah dengan mencampurkan 1/2 scoop pediasure ke dalam bancuhan susunya. Itu pun hanya beberapa kali sehari.

Sepanjang pengambilan susu ini, kadang kala selera makannya berbangkit. Tapi kadang kala tidak juga. Pengasuh Aisyah juga pernah memuji 'kebagusan' susu ini.

Apa yang saya perasan, dalam tempoh masa Aisyah tidak ada selera makan kerana gigi mahu tumbuh. Serba serbi tidak kena malah sering mengadu "akit..".


RM38 untuk 1 tin kecil 400gm. 1 tin hanya untuk 3 minggu kerana susu formula apabila sudah dibuka, harus digunakan dalam tempoh 3 minggu sahaja. Jika tidak, buang untuk mengelakkan pencemaran.

Dalam fikiran, bila Aisyah mahu minum susu nanti akan dicampurkan sedikit susu pediasure ini kerana selera anak dara ini agak kurang sekarang. Mungkin kerana gigi gerahamnya yang mahu tumbuh. Saya nampak minggu lepas, tunggul-tunggul gigi yang mahu keluar, kiri kanan, atas bawah.

Siapa sangka, ketika membuka penutup tin (aluminium tu)..oppsss..blur kejap.


'Eh, nape kaler lain?'


Hahaha...barulah teringat yang susu ni ada dua perisa, COKLAT dan VANILA. Allahuakbar, sudah salah beli pula. Terbeli perisa coklat dan saya pula kurang gemar kanak-kanak sekecil Aisyah diberi minuman berperisa coklat. Tawakal sahaja lah. Bagi Cik Aisyah minum sikit-sikit.

Cik Aisyah cuba juga minum dan habis lah dia minum 5oz bancuhan susu tersebut (Mamil learning + pediasure complete).


Peringatan kepada ibu bapa di luar sana, sila baca dan belek tin susu betul-betul, jangan jadi seperti saya. Kan dah rugi. Mungkin juga faktor 'pelupa' yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. 





Catat Ulasan

35 Ulasan

  1. my doter pernah amek masa usia setahun,,lepas tu seleranya fuhhh..membuak buak. stop susu tu then baru tukar susu lain. memang bagus untuk budak yg kurang selera. hahahaha..tgk la bambam anak sy sekarng

    BalasPadam
  2. Tula..saya campur dengan susu lain, cam makanan tambahan jela buat dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum..Boleh ye campur susu pediasure dengan susu lain?

      Padam
  3. hai mar..
    haa nasib baik adik aisyah minum jugak..kalau tak kompom ibu aisyah melalak hehe..coz mahal kan susu ni..
    dulu pernah beli tapi untuk orang dewasa dalam Rm 40 ~ 50 henggit rege dia..untuk seminggu je :)

    BalasPadam
  4. huuu mhl nye susu skrg kn..

    jom join
    http://cheqmoomoo.blogspot.com/2013/12/hadiah-dari-thaqif-giveaway.html

    BalasPadam
  5. hoho... kopak la bln2 mcm ni sbb mhal kn susu ni... stakatni sy bg madu or kismis je utk bgkitkn balik selera dia...

    BalasPadam
  6. wpn niesa bkn ibu2..tp ambik port jgak pasal susu2 ni..boleh la bg info kt mak niesa plak..hihi

    BalasPadam
  7. susu coklat nih , bila kena kat baju susah nak hilang bila di cuci .

    BalasPadam
  8. salam kenal.
    singgah kembali :-)

    ala, acaner boleh tersilap padahal dah belek kan.
    duduk taman rinting ke?

    BalasPadam
  9. tapi susu ni mahal jugak kan.taip tiap bulan boleh menangis kalau beli.hehehe

    BalasPadam
  10. emm..rara, susu tambahan je..sebulan setin kecik..

    BalasPadam
  11. Anak akak sulung dulu pakai Pediasure juga, sebab susah nak makan..hasilnya bagus juga..budak-budak cepat bijak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak saya skrg 4tahun.. Masih blum lancar berckp. Sesuai ke aek susu ni

      Padam
  12. su, lobak susue..heheh
    duduk dekat2 dengan taman rinting..hehe

    BalasPadam
  13. Anak saya umo 1thn3bln mmg susah nk bg mkn...nk ty pendapat...blh x sy mix kan dumex dugro dgn pediasure ni... xde ape2 effect ke? Tq mommy2 smua...

    BalasPadam
    Balasan
    1. doktor memang sarankan agar campurkan sedikit susu pediasure ke dalam bancuhan susu bayi..dalam setengah scope je letak..

      Padam
    2. knp doc saran campurkan susu pediasure dgn bancuhan susu lain ye? means stiap kali minum kene campur ke mcm mana? mcm mana nak tau brapa scoop nk campur ye? sorry byk tanya. baru nk start tkr susu anak ke pediasure sbb anak krg selera mkn.

      Padam
    3. itu yang doktor sarankan..kalau anak kita minum 3 scooe...1 scooe tu ganti dengan scooe pediasure.tapi scoop pediasure ni agak besar.
      sebab susu pediasure ni macam susu tambahan je.
      lepas anak saya 2 tahun pernah bagi 2 bulan susu pediasure sepenuhnya. lepas tu bagi dutch lady..terus lekat dutchlady sampai sekarang

      Padam
  14. Xpedih perut ke sbb manis ckit..sy bru tukar susu anak ke pediasure..mcm cirit birit

    BalasPadam
    Balasan
    1. pada saya manis juga susu tu. tapi, saya tak ikut sukatan pada tin, terlalu pekat pada saya.

      Padam
    2. Assalamualaikum & Salam Sejahtera📢📢📢

      *PROMOTION!!!*
      *PROMOTION!!!*
      *PROMOTION!!!*

      Susu formula *PEDIASURE* untuk kanak-kanak 1 tahun -10 tahun

      *UPDATE!!!*
      *UPDATE!!!*
      *UPDATE!!!*

      Stok yang terbaru telah sampai. *TAHNIAH* kepada mereka yang telah membuat Pre Order bagi mendapatkan harga yang superb murah. Sesiapa yg berminat boleh dapatkan dengan kadar segera sementara stok masih ada.

      Stok yang masih available perisa *VANILA* hanya tinggal *30 tin* sahaja.

      Jika stok kali ini telah habis, anda boleh Pre Order untuk mendapatkan harga yg superb murah.

      Saya akan cuba mendapatkan stok seberapa cepat yg boleh.

      🍼Berat bersih 400gram
      🍼Perisa Vanila dan Coklat
      🍼Hanya RM 35 setin

      👶🏻Pre order 7 hari~10 hari
      👶🏻Pembayaran setelah anda terima stok

      🚘COD Klang/Shah Alam

      📮Pos Laju Disediakan
      📬Semenanjung: RM20
      🍼Min Order: 6 tin

      📞📮Berminat boleh whatsapp/call/mesej (0172587760-HAFFIZ)

      Terima kasih di atas sokongan anda

      Padam
  15. Anak lelaki saya yang 3 tahun, suka sangat dengan Susu Pediasure ini especially yang flavournya Coklat. Dia yang selalu tidak mempunyai selera, selepas pengambilan susu ini, seleranya kembali dan berat badannya menjadi normal.

    BalasPadam
  16. Btul kew bley bercmpur dgn susu lain? Xdew mslh apew2x kew.. Mmg dpt nsihat dri doc ehh?

    BalasPadam
  17. My son umur 4 tahun dah minum pediasure ni selama 4bulan.
    Badan dia makin berisi la pulak.
    Risau pulak sebab paha makin besar haha selalu gesel
    Tapi memory dia mmg A lahh..
    Ajar apa pun cepat faham
    Mahal sikit pun xpa

    BalasPadam
  18. My son umur 4 tahun dah minum pediasure ni selama 4bulan.
    Badan dia makin berisi la pulak.
    Risau pulak sebab paha makin besar haha selalu gesel
    Tapi memory dia mmg A lahh..
    Ajar apa pun cepat faham
    Mahal sikit pun xpa

    BalasPadam
  19. My son umur 4 tahun dah minum pediasure ni selama 4bulan.
    Badan dia makin berisi la pulak.
    Risau pulak sebab paha makin besar haha selalu gesel
    Tapi memory dia mmg A lahh..
    Ajar apa pun cepat faham
    Mahal sikit pun xpa

    BalasPadam
  20. nk tnya kalau susu pediasure xcampur dgn susu lain blh x??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy pun x campur dgn susu lain. Sy xtau pula kena campur.

      tp sy bancur 2 scoop je utk 80ml air.
      sbb dkt tin dia sarankan 5scoop utk 190 ml air. Anak sy xdpt hbs kalau bancuh ikut tu. Sbb dia campur bf.

      Padam
    2. masa anak saya ni dulu doktor suruh campur.tapi, kalau tak campur pun takde masalah asalkan mampu.

      Padam
  21. Maaf tny ckit..klo ank umo sebulan blh mix susu jgk ke ? Ank sy brt x naik..doc sarankn pediasure..sy x brp phm lg. Ank sulung 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak pasti sebab susu pediasure ni untuk umur setahun ke atas.

      Padam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code