Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Mudahkan Jangan Susahkan ~ Entri Caca Marba


Kalau diturutkan hati yang galau, semua perkara kita anggap buruk. Memang benar, setiap apa pun ada kebaikan dan keburukan.

Kita lebih memikirkan ke arah keburukan kerana ia satu perkara yang kita tidak suka terjadi. Kebaikan pula kadang kala kita lupa atas dasar apa kebaikan itu berlaku. Dengan izinNya. Harus sedar, harus bangun bahawa setiap yang berlaku atas izinNya. Tetapi, kita pula seolah mendabik dada, segala kebaikan yang kita perolehi itu seolah-olah atas sebab usaha kita. Itu salah satu cara, kerana kita sering ditekankan agar berusaha tetapi yang mengizinkan tetap DIA, Allah SWT.


Dalam dunia seharian kita, kita sering diancam bahaya. Bahaya yang kita sedar, Bahaya yang kita tidak sedar. Hatta, meninggalkan anak di dalam keteta sebentar untuk menutup pagar rumah juga sudah dihinggapi bahaya. Ya, bahaya ada di mana-mana tiada kompromi.


Berfikiran sentiasa positif tidak bermakna ibu mengabaikan negatif (keburukan). Perlu berwaspada meskipun kadang kala bahaya yang datang tidak dapat dilangkau dengan hijab pandangan kita. Terleka sedikit, ia mampir. Perkara buruk yabng berlaku tidak bermakna kita cuai, ia adalah penyebab. Dan jadikan ia sebagai satu pengajaran. Manusia mana yang tidak cuai? Manusia mana yang sempurna? Ada ke? Siapa boleh beri jawapan? Silalah jawab.

Ibu sedar, ibu hanyalah makhlukNya yang kerdil yang tidak akan terlepas dari dugaan. Sebagai makhluk yang dikurniakan akal, ibu harus berusaha dan bertawakal agar segala permasalahan dapat diharungi dan ditangani dengan matang. Perlukah kita lari dari masalah? Tidak perlu. Lari dari masalah hanya menambahkan masalah. Masalah itu harus ditangani dan mungkin juga ia akan terus memburu kita andai kita tidak tangani segera.


Masalah itu terlalu kompleks. Sukar dirungkai. Tidak semua masalah kita anggap masalah. Eh??


Masalah yang kita nampak, syukur kerana kita merasa kehadirannya seperti masalah kewangan, masalah tempat kerja dan lain-lain yang kita nampak dan rasai hingga membebankan jiwa raga. Malah ada tahap tekanan terlalu tinggi dan menyebabkan hilang kewarasan.

Masalah  yang kita sendiri tidak tahu akan kewujudannya, itu adalah sukar. Kerana kita sering menafikan yang ia masalah tetapi akan jadi suatu masalah juga satu hari nanti. Masalah sebegitu adalah masalah yang kita bangkitkan sendiri. Masalah yang sebenarnya bukan masalah tetapi kita bangkitkan sebagai masalah. Orang yang mengalami masalah sebegini mungkin golongan yang kurang kasih sayang, kurang perhatian, suka menyendiri dan gemar bertanggapan negatif dari semua faktor hingga membebankan kudrat dan mental.


Bumi mana yang tidak ditimpa hujan..


Walau apa yang berlaku, kita kena kuat. Ciptakan kekuatan meskipun kita takut. Redha dengan ketentuan, Qada' dan Qadar.

Ya, betul..berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bertawakallah. Sentiasa patri dalam ingatan, setiap makhluk itu diuji dengan pelbagai 'KESUSAHAN'. Jangan kata kita 'susah' kerana ramai lagi yang 'susah' dari kita. Erti 'SUSAH' itu meluas. Siapa sangka orang kaya pun ada susahnya.

Usah membandingkan diri kita dengan orang lain, kerana perjalanan setiap orang itu tidak akan sama. Jadikan satu motivasi untuk kita terus melangkah, bukan hanya untuk masa depan, malah untuk akhirat sana.


Mengapa kita dihidupakan di dunia ini?
..tepuk dada tanya iman..

~ Wallahuaklam ~





Nota Kaki : Sedikit terbeban bilamana perkataan 'susah' dilontarkan pada zat yang tidak patut..




Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. salam weekand mar..
    betul tu..tak semua yang hidup di bumi ALLAH ini tiada bermasalah..sesungguhnya masalah itu sendiri kadang2 datangnya dari kelalaian kita sendiri tanpa kita sadari..:)

    BalasPadam
  2. setiap masalah adalah ujian drNYA dia nk tgk sejauh mn kita boleh bersabar selain tu gak kita xpayah nak beban satu2 mslh tu sorg2..giler kut boleh jd dr mslh kecik jd beso..tu sbb kita kena at least share or luahkan mslh yg kita hadapi ngan org kita percaya dan org yg kita syg..

    BalasPadam
  3. setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.. yang penting kita harus teruskan hidup walau apa pun terjadi..

    BalasPadam
  4. perjalanan hidup kita tak sama , masalah juga tak sama malah kekuatan jiwa setiap orang juga tak sama ... redha , sabar , tawakal , berusaha dan berdoa ...

    BalasPadam
  5. Betul tu.. Allah tidak sesekali membebani seseorang itu dgn masalah yg tidak mampu utknya tanggung..mudah2an kita semua sentiasa diberi ketabahan dlm menghadapi ujian yg melanda.. aamiin.

    BalasPadam
  6. yup,kita mesti sentiasa berfikiran positif..in sha Allah segala yang negatif dapat ditepis...;)

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum..sy dtg dari blog mycherita..hope u have a great monday..take problem as a challenge to upgrade urself to a higher level..

    BalasPadam
  8. salam, sesungguhnya Allah tidak pernah membebani seseorang itu diluar kemampuannya..tp kdg2 kita sebagai manusia yg lemah tersungkur juga dgn masalah melanda..huhu..

    BalasPadam
  9. apapun yg kita fikirkan susah akan jadi susah... mudahkan dengan doa dan yakin dgn ketentuan Allah...segala yg buruk itu ujian...dah tertulis pun...namun hati hati juga perlu....

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code