Pinjam dari Google

Cantik kan kasut-kasut atas tu. Suka sangat sebab nampak sangat comel.

Sejak Aisyah sudah pandai berjalan, berlari,(lama dah) ibu teringin sangat mahu belikan kasut cantik-cantik untuknya. Tapi, jenis Aisyah ni suka semua mudah, depan mata. Cabut selipar dari kakinya dengan menggoyangkan kaki sahaja. Tidak mahu leceh-leceh buka pelekat kasut. Bila pakai kasut macam tu mana boleh tanggal kasut tu dengan hanya menggoyangkan kaki. Mulalah meradang. Hishhh..

Bila ada masa, berkesempatan survey kasut cantik untuk Aisyah, Aisyah pula buat perangai. Semua jenis kasut yang ibu sarungkan dia cakap 'taknak'. Malah, dia tidak sudi menyarungkannya. Dia suka kasut yang ada gambar minnie mouse tapi itu saiz kaki kanak-kanak yang lebih besar darinya.

Perempuan cina di kedai kasut itu ada menegur akan selipar kebesaran selipar yang Aisyah pakai. Emm..tau takpe.

Akhirnya, Aisyah terpegun dengan sandal yang ada lampu lip lap. Beli sajalah. Kalau tak, takde kasut raya nanti nak pakai nak oi..


Sandal ada lampu lip lap bila dipijak..layannn...



Nota Kaki : Sejak minggu lepas Aisyah kemaruk pakai jersey JDT..T___T