Bila buka Google page confirm page ni akan keluar kan. Selamat menyambut tahun baru 2014!!!!!
Tiada azam tahun baru, kehidupan berjalan seperti biasa. Apa yang penting adalah bekalan di akhirat sana dan mungkin juga kita tidak sempat menyabut 2014. Sentiasa beringat, muda tidak bererti tidak akan mati.
Melangkah ke alam 2014 pasti pertambahan tahun lagi dan sudah pasti kita sendiri sedar yang usia kita semakin bertambah juga. Seakan tidak percaya tahun 2014 diri ini akan mencapai usia 30an. Ohhh...walaupun lahir bulan 11 tetapi tetap terasa 30 an tu.
Tiba-tiba teringat pula zaman kanak-kanak yang indah, berlari sana sini, memanjat pokok rambutan dan digigit kerengga. Beri ayam makan di belakang rumah kemudian lari ketakutan bila ibu ayam mengembangkan bulunya takut anaknya dicuri. Takut sangat kena patuk, sakit tau.
Mengingati perjalanan hidup ketika meniti jambatan 2013. Apa ye? Entah malas nak ingat semula. Korang baca jela entri-entri ibu sepanjang tahun ini. Itu pun kalau adalah kan ceritanya.
Esok ibu cuti. Bestnyeeeeeeeeee walaupun sehari je. Hari khamis kita jumpa lagi ye.
Nota Kaki : Masa seakan mencemburui kita..
Nampak tak keyword yang ibu "kotak"kan tu? Apakah?
Macam kelakar pun ada juga. Alamak? Ini bermakna suami itu si comel. Si comel itu suamiku.
Haih...agak merbahaya di situ. Suami yang comel lagi kacak lagi handsome itu mana boleh orang lain cilok. Hak milik kekal. In sha Allah.
Nota Kaki : Ada ke tajuk novel macam tu ek??
Terbaca entri di blog Roha<--Sila klik-- mengenai berapa lama blog anda loading. Berminat untuk menguji tahap kelajuan blog ibu, dan hasilnya....
/
/
/
/
/
/
Blog ibu taklah berat mana. Sila lah check blog korang pula ye.
http://tools.pingdom.com/fpt/<----klik
Nota Kaki : Idea tidak kunjung tiba..
Disember 2013 yang bakal berakhir dan kenangan lama tiba-tiba muncul gara-gara terjumpa ID lama. Tak tahulah ID pelajar sekarang macamana rupanya. Zaman ibu dulu, macam ini lah.
Nota Kaki : Macam takde idea jek..
Jutaan terima kasih kepada para sahabat yang sudi menjenguk blog picisan ibu.
Walaupun tidak seramai mana, ibu suka berkawan dengan semua sahabat. Korang memang best.
Nota Kaki : Isnin terakhir sebelum melangkah ke alam tahun baru 2014
Sudah check broken link kat Broken Link Checker dan hasilnya.....................................................
Cam leceh je nak buang kan...nanti la kalau ada masa..(ada ke masa)..kih3
Aisyah sudah pandai menonton kartun di televisyen (tak ajar tengok tibi terlalu awal). Masuk rumah, dia ambil remote dan mahu menekan-nekan punat remote. Bila tidak berfungsi dan televisyen masih gelap tiada tayangan, barulah dia beri remote kepada ibu.
Emmm..tidak semena-mena ibu dan ayah menjadi mangsa keadaan. Kalau ibu yang alih siaran, Aisyah ok lagi, dia diam je dan tetap menonton apa yang ibu tonton tapi dia cepat bosan dan mula menarik ibu ke sana ke mari. TETAPI, kalau ayah yang menukar siaran, umangaihhhh..marah pula si kecil ni.
Kartun kegemaran Aisyah adalah Timmy si kambing biri-biri hitam. Apa ntah yang best sangat tengok kambing hitam tu. Tiap kali nampak kelibat timmy, dia akan cakap..
"mak!!!...mbekkkk.."
Selagi ibu tidak menyahut, selagi itulah dia akan memanggil "MAKK!!!"
Timmy si kambing biri-biri hitam
Timmy bersama rakan-rakan (diorang ni duk sekolah asrama kot..)
Nota Kaki : Bila la Aisyah ni nak pandai panggil 'ibu',....huhuuh
Temper tantrum bermaksud perasaan dan kelakuan yang menunjukkan mereka marah di kalangan bayi dan kanak-kanak. Mereka akan menunjukkan tanda protes dengan cara berbaring di lantai, menendang-nendang, menjerit dan memekik dan kadang-kadang menahan nafas. Biasanya berlaku pada kanak-kanak yang belum pandai bercakap kerana keinginan mereka tidak dipenuhi.
Tantrum biasanya terjadi pada usia mereka 2 dan 3 tahun dan akan mula surut ketika berusia 4 tahun. Mula dengan perangai 'mengada' ketika usia setahun.
Kebanyakan kanak-kanak akan membuat perangai di tempat tertentu atau juga dengan orang tertentu. Mereka biasanya akan mengamuk/ marah apabila mereka tahu ada larangan/ "tidak" untuk sesuatu yang dia ingin lakukan. Mengamuk akan berhenti bila dia berjaya mendapatkan apa yang dia ingini.
Sedikit cara untuk menangani temper tantrum :-
- Tenang.
- Abaikan anak sehingga dia lebih tenang dan tunjukkan peraturan yang sudah disepakati.
- Jangan memukul anak sebaliknya dakap dan peluk dia hingga tenang.
- Cuba cari punca kemarahan anak.
- Jangan mengalah dengan kemarahan yang ditunjukkan, tetapi cuba untuk tidak terlalu melayani kemahuannya kerana dia akan berbuat seperti itu lagi.
- Jangan pujuk anak dengan memberikan barang lain tetapi cuba pujuk dia dengan mengarahkan perhatiaanya ke sesuatu yang lain.
- Jauhkan anak dengan benda-benda yang berbahaya/ tajam.
-Berikan pujian apabila tantrum berakhir.
- Tetap jaga percakapan dengan anak.
* * * * *
Aplikasi di lakukan kepada anak sendiri (Aisyah Humaira)
Aisyah sudah pandai mengamuk sekarang ini atau dikenali sebagai temper tantrum. Kemarahannya biasanya berpunca apabila keinginannya tidak dipenuhi. Meskipun ibu sudah kata, no, dia tetap mahu dan mulalah marah dan mengamuk.
Kadang-kala apabila sedang makan dan dia sudah tidak mahu makan lagi, dia akan mula mengaut nasi dari dalam pinggan ke dalam cawan/ ke atas meja/ ke dalam mangkuk lain. Apabila perbuatannya ditegah, dia mula memprotes dengan cara menyepahkan nasi sesuka hati. Bila ditegur lagi, (meskipun dengan cara lembut), dia terus terbalikkan pinggan nasi ke atas meja. Bila pinggannya diambil, dia akan marah dan kemudian membaling cawan kepada ibu.
Cara dia bercakap juga bila marah sangat kasar....mak..tepi rrr...
Kadang kala hilang kesabaran, ibu marah dengan meninggikan suara sekadar menunjukkan yang kelakuaanya tidak disukai. Dia akan datang memeluk ibu dan memukul ibu kemudian menangis semahu-mahunya. Apabila melihat keadaannya begitu, ibu akan peluk dan memujukkan dengan lembut.
Cara yang sangat berkesan apabila dia marah, mengamuk dan menangis adalah dengan mengalihkan perhatiannya seperti...
"Aisyah, ada miaw la kat luar tu..." Tangisannya akan berhenti serta merta dan mula mencari kucing walaupun tidak ada.
"Aisyah, tengok tu bird terbang" sambil menunjuk ke langit. Serta merta tangisannya akan berhenti dan matanyca tercari-cari di manakah burung tersebut.
* * * * * *
"Mak..jom..." Tangan kecil Aisyah memegang lengan ibu dan diajak bangun.
"Aisyah nak gi mana ni?"
"Mak..jom...jom rrr.."
"Yela..jom nak pegi mana?"
"Jom....alik.."
Huhuhu..kisah ini berlaku pada malam sabtu tempoh hari sewaktu kami berada di rumah neneknya (kampung halaman ibu). Ohh...malam-malam nak tidur, Aisyah ajak balik rumah sendiri... Kalaulah rumah nenek dan rumah ibu sebelah saje sayang oiii...
Akhirnya, gara-gara Aisyah tidak mahu tidur di bilik (bilik ibu di kampung), terpaksa ibu berpindah randah ke bilik lain pula. Syukur di bilik satu lagi Aisyah mahu tidur dan kebetulan adik-beradik lain tidak pulang ke kampung.
Aisyah yang sedang kusyuk menulis (cakar je pun)..
Nota Kaki : Macam-macam perangai anak ni..(sama je cam kita dulu-dulu)..
Aisyah mengalami berak berdarah beberapa hari yang lalu dan sudah pasti ibu dan ayah sangat risau. Kebah dari demam yang panjang, Aisyah kurang selera makan. Bagi nasi, 2 suap sahaja yang masuk. Selebihnya dia hanya menelan kuah sup. Bila dihalang, dia mengamuk. Tumpahkan nasi di dalam pinggan dan terbalikkan pula kuah sup. Habis segalanya tumpah dan bersepah.
Kemudian, dia gemar makan cumi (jeli). Bagi satu, kemudian minta lagi dan lagi dan lagi. Tipu dia cakap sudah habis, tak percaya, suruh ibu buka peti ais. Bila ibu buka, tiada kelibat cumi, mulalah memanjat di dalam peti ais itu. Ohhh..no....
Beraknya juga cair, berkemungkinan kerap makan cumi. Ibu ada perasan seakan ada lendir bercampur darah, tetapi dalam fikiran ibu adalah cumi yang dimakan olehnya. Hinggalah satu malam selepas insyak, Aisyah membuang air besar dan ada tompokan darah bercampur bersama najisnya.
* * * * * *
Jam menunjukkan hampir 10.30 malam sewaktu ibu dan Aisyah masuk ke bilik doktor. Kebetulan klinik ramai orang, tidak mengapa tunggu sahaja. Aisyah sangat aktif dan girang bermain di sudut permainan. Tidak mahu kalah dengan suara nyaringnya. Dari pemerhatian, tidak ada apa-apa masalah.
Bayi berak berdarah kerana dia baru baik demam berkemungkinan panas dalam badannya dan tanda perutnya 'rosak'. Rosak bermakna perutnya tidak stabil dan doktor manasihatkan ibu agar menyediakan bubur dan puri untuk Aisyah. Bagi makanan yang lembut sahaja dan sediakan puri lobak. Doktor juga membekalkan ubat SMECTA.
Kredit En. Google
Ubat ini ada didapati di farmasi tetapi oleh kerana ingin mendapatkan nasihat doktor, kami ke klinik ibu dan anak (swasta) yang berdekatan. Aisyah aktif seperti biasa jadi tidak usah khuatir.
Jika beraknya masih lagi berdarah dan dia tidak bermaya, segera ke hospital.
Aisyah tidak mengalami sembelit. Tukarkan susunya, cari susu formula tanpa laktosa. Setelah perutnya normal, boleh minum susu formula biasa.
Sedikit nasihat doktor.
Setelah memberikan smecta secara konsisten kepada Aisyah, tiada kelihatan darah bersama najisnya. Dan ibu hanya memberi Aisyah bubur dan puri seperti nasihat doktor tetapi cepat benar dia lapar dan dia sangat kuat menyusu.
Nota Kaki : Aisyah oh Aisyah..
Orang lain buat entri pasal keywords, ibu pun nak buat juga tapi tahap kepandaian tak sampai. Maaf lah ibu bukannya seorang yang celik IT sangat, sikit-sikit tu boleh lah. Mungkin juga kecenderungan ke arah ini agak kurang.
Selepas ini kena rujuk dan minta tunjuk ajar dari blogger-blogger otai. Tidak mengapa, itu cerita kemudian. Ibu cuma nak tunjuk keywords sepanjang minggu ini.
Kebanyakkan keywords berkisar tentang susu. Ya, carta tertinggi adalah susu mamex gold sebab Aisyah minum susu ini sejak dari kecil. Susu keluaran dumex juga yang serasi.
Eh, siapa kata susu keluaran Dumex ni murah?? Ye betul murah. Tapi ada yang murah dan ada yang mahal tau. Korang boleh survey di kedai susu serata Malaysia. Oppsss...lari dari tajuk pula. Maaf ye..emosi pula.
Korang dapat lihat sendiri tiada keywords yang pelik-pelik kan. Tahniah ibu! Semua keywords ada kena mengena dengan blog Janji Kita ini.
Nota Kaki : Ibu, bayi dan susu tidak dapat dipisahkan..
Buat kerja sambil berblogwalking. Syok betul blogwalking blog korang sambil klik-klik iklan yang ada. Ringan betul tangan ni. Sambil tunggu page loading, buat kerja dulu.
Kemudian, baru tersedar blog sendiri takde entri baru. Yapeda..
Ada cerita yang mahu dikongsikan tapi perlu mencari maklumat dan sumber dahulu dan mood untuk menaip pula terbantut sebab perlu menyiapkan kerja. Kalau tidak, semakin menimbun pula.
Cakkkk!!
Kredit En. Google
Nota Kaki : Kasi chance isi tabung korang..
Mari kita sama-sama memeriahkan segmen Jom Blogwalking di blog Deeno sebelum 10 Januari 2014.
Sila Klik BANNER untuk sertai ok..

Saja terjah blog Erazfadli ni. Beliau ada buat segmen. Nak tahu, silalah klik BANNER. Empunya blog baru je sambut birthdah yang ke 3 series semalam katanya. Happy belated birthday ye..
Sejak sebulan dua ini, badan terasa berat. Mengah kalau berjalan jauh. Perut pula tidak mahu susut-susut keboncitannya. Sangat pemalas dalam aktiviti bersenam, inilah padahnya. Terima sendiri.
Sabtu dan ahad di kampung halaman tercinta, kebetulan pula di rumah mak ada penimbang berat badan, sama la macam gambar bawah ni.
Kredit En. Google
Terus melangkah ke atas penimbang tersebut. Oppppsssss...50 kg! Sudah terlalu berat ni. 45kg adalah berat badan idaman. Patutlah mudah rasa mengah sejak kebelakangan ini. Bab menimbang berat badan sebenarnya bukanlah sesuatu yang rumit, di tempat kerja mahu menimbang sejam sekali pun boleh, tapi malu nanti orang tahu beratku berapa sudahhh..
Sebelum berkahwin, berat badan ibu adalah 45kg. Selepas kahwin, 46kg. Selepas bersalin, 45kg kembali dan kemudian naik sedikit demi sedikit bila sudah tidak menyusu badan Aisyah. Bab tidak menyusu badan tu, hanya Allah yang tahu kenapa susu tiba-tiba sudah tidak mahu keluar. Berat badan pula bertambah kerana susu yang tidak keluar itu menjadi lemak tepu di dalam badan. Hohoho..
Kredit En. Google
Bila bacaan penimpang sudah mencatatkan 50kg, mulalah terfikir macam-macam. Diet, makan buah saja lunch time, malam pula akan makan nasi dalam kuantiti yang sedikit. Eh boleh ke ni? In sha Allah, akan diusahakan.
Ibu ada makan satu produk. Bukan produk untuk kuruskan badan. Tapi produk kesihatan dan kecantikan. Produk apa tu, sila jadi rahsia dulu memandangkan tidak sampai sebulan lagi penggunaannya. Sudah berhasil nanti baru akan dikongsikan.
Nota Kaki : Azam 2014...nak berat badan 45kg..hihi
SEGMEN | PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY R'BAIN | Alhamdulillah.Disember tiba lagi.tibalah masanya kathy untuk melancarkan Segmen Pencarian Bloglist 4 Bulan.
Kali ini seramai 25 orang blogger akan di pilih menghiasi Kathy Bloglist dalam Kategori 4 bulan (Januari-April 2014).
Jika penyertaan melebihi 25 orang,maka kathy akan membuat pilihan,sebaliknya jika kurang atau cukup2 25 orang,kesemuanya akan di bloglist. Seperti biasa ada syarat2nya untuk melayakkan diri join segmen ini.ada juga hadiah misteri menanti 2 peserta yang bertuah. :)
SYARAT PENYERTAAN:
Jika penyertaan melebihi 25 orang,maka kathy akan membuat pilihan,sebaliknya jika kurang atau cukup2 25 orang,kesemuanya akan di bloglist. Seperti biasa ada syarat2nya untuk melayakkan diri join segmen ini.ada juga hadiah misteri menanti 2 peserta yang bertuah. :)
SYARAT PENYERTAAN:
1. seorang blogger dan aktif berblog.
2. beri tajuk segmen "PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY R'BAIN".
3. follow blog Coretan Hati dan Diari Resipi.
3. follow blog Coretan Hati dan Diari Resipi.
6. sesiapa yang berjaya menjadi rakan bloglist kathy,di minta agar dapat masukkan link blog kathy dalam bloglist korang juga.
7. segmen bermula 23.12.13-30.12.2013
Apa pilihan jam tangan korang?
Ibu sebagai seorang wanita, menggemari jam tangan yang berbentuk gelang tangan. Kelihatan seperti gelang tetapi sebenarnya jam tangan. Muka jam pula, harus yang comel dan berbentuk bulat atau oval. Seperti hantaran di kisah yang lepas. Klik SINI untuk membaca.
Ayah : Jam tu cantik, tapi apa kelebihannya?
Ibu : Kelebihan? Kelebihan apa? Sebab cantik la..
Ayah : Yela cantik, tapi kenapa pilih tu?
Ibu : Emm..sebab nampak cam gelang
Ayah : Kan nanti abang bagi gelang jugak.
Ibu : Takpela..jam tetap jam..gelang tetap gelang lah..
Bagi ayah pula, dia gemar jam tangan berjenama CASIO. Jam yang tahan lasak dan lebih gemar jam yang bertali seperti dalam gambar ini. Jam tangan lama dia juga jenama yang sama cuma harga murah sikit la dan susah beberapa kali menggantikan tali jamnya.
Kerana kerja ayah yang agak lasak, lebih sesuai dia memakai jam tangan seperti ini.
Jam tangan yang ayah minati seakan-akan di dalam gambar. Cuba-cuba juga surf di internet untuk mengingati jam tangan yang pernah ditunjuk kepada ibu suata masa dulu (2 tahun yang lepas). Berkira-kira mahu meletakkannya di dulang hantaran tetapi terbatal pula niat murni itu tatkala melihat harganya. Wahhhhhhhhhhhh...sebulan gaji ibu. Huhhh..tak agak-agak pilihan hati ayah ni.
Bolel layari laman www.mywatchgallery.com.my untuk melihat jam tangan yang korang hajati.
Nota Kaki : Entah bila dapat tunaikan hajat ayah..
Kredit En. Google
Pediasure complete sesuai untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 10 tahun. Sesuai dengan usia kanak-kanak tersebut, penyediaan susu Aisyah hanyalah dengan mencampurkan 1/2 scoop pediasure ke dalam bancuhan susunya. Itu pun hanya beberapa kali sehari.
Sepanjang pengambilan susu ini, kadang kala selera makannya berbangkit. Tapi kadang kala tidak juga. Pengasuh Aisyah juga pernah memuji 'kebagusan' susu ini.
Apa yang ibu perasan, dalam tempoh masa Aisyah tidak ada selera makan kerana gigi mahu tumbuh. Serba serbi tidak kena malah sering mengadu "akit..".
* * * * * *
Semalam petang, selepas menjemput Aisyah, ibu terus ke kedai ubat cina di taman rinting untuk membeli susu tersebut. Ambil tin kecil seperti biasa, periksa tarikh luput, periksa keadaan tin yang molek, tiada kemik dan terus ke kaunter pembayaran dan bayar.
RM38 untuk 1 tin kecil 400gm. 1 tin hanya untuk 3 minggu kerana susu formula apabila sudah dibuka, harus digunakan dalam tempoh 3 minggu sahaja. Jika tidak, buang untuk mengelakkan pencemaran.
Dalam fikiran, bila Aisyah mahu minum susu nanti akan dicampurkan sedikit susu pediasure ini kerana selera anak dara ini agak kurang sekarang. Mungkin kerana gigi gerahamnya yang mahu tumbuh. Ibu nampak minggu lepas, tunggul-tunggul gigi yang mahu keluar, kiri kanan, atas bawah.
Siapa sangka, ketika membuka penutup tin (aluminium tu)..oppsss..blur kejap.
'Eh, nape kaler lain?'
Hahaha...barulah teringat yang susu ni ada dua perisa, COKLAT dan VANILA. Allahuakbar, sudah salah beli pula. Terbeli perisa coklat dan ibu tidak gemar kanak-kanak sekecil Aisyah diberi minuman berperisa coklat. Tawakal sahaja lah. Bagi Cik Aisyah minum sikit-sikit.
Cik Aisyah menolak susu tersebut.."ukan...."
Ibu acah, konon-konon ibu minum dan mengatakan sedap. Cik Aisyah cuba juga minum dan habis lah dia minum 5oz bancuhan susu tersebut (Mamil learning + pediasure complete).
Peringatan kepada ibu bapa di luar sana, sila baca dan belek tin susu betul-betul, jangan jadi seperti ibu. Kan dah rugi. Mungkin juga faktor 'pelupa' yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Nape ekkk?? Allahuakbar..minta sihat-sihat sahaja.
Untuk maklumat lanjut mengenai Pediasure Complete, boleh layari lama web pediasure.com.my.
Nota Kaki : Penyakit pelupa kadang kala mengendalakan segala rencana..
Hari jumaat lepas, ibu dan ayah amik EL sebab Aisyah demam tiba-tiba. Petang jumaat, pergi jalan-jalan kejap kat Plaza Angsana JB. Ayah dapat panggilan telefon dari adiknya dan mengatakan kakak ipar mereka dimasukkan ke hospital pakar pasir gudang. Pembedahan di hidung.
Ruang legar pintu masuk
Naik lif ke tingkat 6 dan jumpa pesakit
Kak Anom telah selamat menjalankan pembedahan untuk membuang cecair di dalam hidungnya. Pembedahan kali ke-2. Kami semua dapat melawat walaupun membawa anak kecil. Al maklum hospital swasta.
Apakah penyakit SINUS tu?
Masalah atau penyakit ini sebenarnya dikenali sebagai SINUSITIS, jelas pakar bedah perunding Telinga, Hidung dan Tekan (ENT) Prince Court Medical Centre Datuk Dr Kuljit Singh.
~ Sumber sila klik [SINI] untuk maklumat lanjut.
Apakah tanda-tanda kita menghidap penayakit ini?
~ Sumber sila klik [SINI] untuk maklumat lanjut.
Klik gambar untuk ke website
Nota Kaki : Hospital berbayar..tak mampu den..
Kalau diturutkan hati yang galau, semua perkara kita anggap buruk. Memang benar, setiap apa pun ada kebaikan dan keburukan.
Kita lebih memikirkan ke arah keburukan kerana ia satu perkara yang kita tidak suka terjadi. Kebaikan pula kadang kala kita lupa atas dasar apa kebaikan itu berlaku. Dengan izinNya. Harus sedar, harus bangun bahawa setiap yang berlaku atas izinNya. Tetapi, kita pula seolah mendabik dada, segala kebaikan yang kita perolehi itu seolah-olah atas sebab usaha kita. Itu salah satu cara, kerana kita sering ditekankan agar berusaha tetapi yang mengizinkan tetap DIA, Allah SWT.
Dalam dunia seharian kita, kita sering diancam bahaya. Bahaya yang kita sedar, Bahaya yang kita tidak sedar. Hatta, meninggalkan anak di dalam keteta sebentar untuk menutup pagar rumah juga sudah dihinggapi bahaya. Ya, bahaya ada di mana-mana tiada kompromi.
Berfikiran sentiasa positif tidak bermakna ibu mengabaikan negatif (keburukan). Perlu berwaspada meskipun kadang kala bahaya yang datang tidak dapat dilangkau dengan hijab pandangan kita. Terleka sedikit, ia mampir. Perkara buruk yabng berlaku tidak bermakna kita cuai, ia adalah penyebab. Dan jadikan ia sebagai satu pengajaran. Manusia mana yang tidak cuai? Manusia mana yang sempurna? Ada ke? Siapa boleh beri jawapan? Silalah jawab.
Ibu sedar, ibu hanyalah makhlukNya yang kerdil yang tidak akan terlepas dari dugaan. Sebagai makhluk yang dikurniakan akal, ibu harus berusaha dan bertawakal agar segala permasalahan dapat diharungi dan ditangani dengan matang. Perlukah kita lari dari masalah? Tidak perlu. Lari dari masalah hanya menambahkan masalah. Masalah itu harus ditangani dan mungkin juga ia akan terus memburu kita andai kita tidak tangani segera.
Masalah itu terlalu kompleks. Sukar dirungkai. Tidak semua masalah kita anggap masalah. Eh??
Masalah yang kita nampak, syukur kerana kita merasa kehadirannya seperti masalah kewangan, masalah tempat kerja dan lain-lain yang kita nampak dan rasai hingga membebankan jiwa raga. Malah ada tahap tekanan terlalu tinggi dan menyebabkan hilang kewarasan.
Masalah yang kita sendiri tidak tahu akan kewujudannya, itu adalah sukar. Kerana kita sering menafikan yang ia masalah tetapi akan jadi suatu masalah juga satu hari nanti. Masalah sebegitu adalah masalah yang kita bangkitkan sendiri. Masalah yang sebenarnya bukan masalah tetapi kita bangkitkan sebagai masalah. Orang yang mengalami masalah sebegini mungkin golongan yang kurang kasih sayang, kurang perhatian, suka menyendiri dan gemar bertanggapan negatif dari semua faktor hingga membebankan kudrat dan mental.
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan..
Walau apa yang berlaku, kita kena kuat. Ciptakan kekuatan meskipun kita takut. Redha dengan ketentuan, Qada' dan Qadar.
Ya, betul..berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bertawakallah. Sentiasa patri dalam ingatan, setiap makhluk itu diuji dengan pelbagai 'KESUSAHAN'. Jangan kata kita 'susah' kerana ramai lagi yang 'susah' dari kita. Erti 'SUSAH' itu meluas. Siapa sangka orang kaya pun ada susahnya.
Usah membandingkan diri kita dengan orang lain, kerana perjalanan setiap orang itu tidak akan sama. Jadikan satu motivasi untuk kita terus melangkah, bukan hanya untuk masa depan, malah untuk akhirat sana.
Mengapa kita dihidupakan di dunia ini?
..tepuk dada tanya iman..
~ Wallahuaklam ~
Nota Kaki : Sedikit terbeban bilamana perkataan 'susah' dilontarkan pada zat yang tidak patut..
Memang la malas sebab semalam ibu cuti. Cik Aisyah Humaira tiba-tiba demam. Malam khamis, Aisyah masih ligat tapi matanya sudah merah-merah dan berair. Panas dalam. Tapi tetap aktif. Ketika dia lena tidur, ibu tuam badannya. Suhu badan diperiksa selepas tuam, ada surut. Lega tapi masih tidak boleh abaikan.
Kisah semalam, jam 6 pagi, seiring bunyi kokokan ayam dari telefon bimbit, ibu menelefon pengasuh dan membatalkan hasrat untuk menghantar Aisyah seawal 6.30am kerana pengasuh dan anaknya ada urusan dan berhasrat membawa Aisyah sekali. Keadaaan tidak mengizinkan, dan ibu ambil cuti.
Hari ini masuk kerja semula. Kalau tak ada apa-apa tak kan nak cuti pula kan..
Nota Kaki : Ntah apa ntah nak tulis..sendiri pun tak tahu..mmmmmm
Mengenai ruangan komen, ada blogger yang meletakkan kod-kod seperti di bawah ini. Salah satu punca ibu agak berat untuk mengomen adalah kerana faktor ini. Pada ibu, ia agak melecehkan. Maafkan ibu ye sebab ibu tetap seorang manusia. Hehe..
"Saya Sangat Berminat Nak Cuba Produk Mealshake Shaklee (eh ada dalam senarai ke? hehe) Kerana ia dalam bentuk minuman yang mudah malah bidadari kecil saya juga boleh mendapatkan khasiatnya dan dapat menghindari kebarangkalian jangkitan penyakit.
Jom join GA anjuran Mommie Safiyyah Blog ni sebelum 15 Disember 2013. Untuk join, sila klik BANNER.
Kesinambungan entri lalu, Tunggu Pengumuman Sedih, dan hari ini ia benar-berlaku. Mereka yang bergembira barangkali tidak merasai situasi sebenar.
Dengan selamba menuturkan ayat.."kalau tak suka boleh berenti.."
Pucuk pangkal bukan itu yang perlu diusulkan, malah itu adalah satu cara meng'kondem' orang. Berhenti kerja sesuatu yang mudah. Ya, mudah sangat. Submit sahaja surat berhenti kerja tu dan tunggu lah notis sebulan. Apa ada hal..
Namun di sebaliknya, kita seakan setuju dengan segala yang berlaku ke atas diri kita. Terpaksa mengikut telunjuk demi hasil bulanan yang tidak pasti akan kita dapat di mana-mana. Mentang-mentang keadaan ekonomi sekarang ni semakin mendesak. Gaji RM5K ke bawah kan masih di tahap miskin.
Realiti semakin menyesakkan.
Adakah mereka sudah kaji baik buruk dari semua aspek sebelum semuanya sebulat suara? Tahukah mereka keadaan rakyat yang semakin terumbang ambing.
Tak kerja salah, kerja salah. Apa yang betul?
Nota Kaki : T_____T
Jom kita join GA dari Kasih Cinta Eqmalyana yang akan berakhir pada 18 Disember 2013.
Klik banner untuk join ok.
Tag : Uni Aqilah
Malam jumaat lepas, tiba-tiba ayah mengajak kami makan di luar. Eh tiba-tiba tau? Tau la gaji baru masuk. Selesaikan pembayaran hutang terlebih dahulu, barulah lega mengisi perut. Aisyah mengaruk di dalam kereta sebab lapar kot.
Lokasi makan malam kami kali ini di gerai Bubur Nasi Sentosa di Johor Bahru. Orang JB of course tahu tempat ni. Sebenarnya rasa terkilan juga sebab tidak sempat bawa Kak Umie dan Abg Ery makan di sini. Mereka sudah balik dan akan melawat nenek di Mersing pula.
Biasa-biasa je rasanya.. Tapi lala sambal tu memang sedap!!
Cik Aisyah sedang asyik bermain chopstick
Setelah bertahun-tahun menetap di bumi JB, inilah pertama kali ibu makan di sini. Selalu kami makan bubur nasi di Taman Molek. Dah kata tiba-tiba kan tadi. Terima kasih ayah kerana sudi memenuhi permintaan ibu yang tidak seberapa ni. Chewahhh..
Sesiapa yang mengidam nak makan BUBUR NASI SENTOSA ni, boleh la klik di [SINI]. Tak pun, korang tanya En. Google, mesti banyak info mengenainya.
Nota Kaki : Sedap tapi cepat lapoorrr...
Sinopsis:-
Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar dan Farid Ja'ah membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan telanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia. ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes ini tidak dapat diselesaikan.
Tahun 2032 - Seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan.. tragedi lampau berulang lagi. Lebih dasyat daripada apa yang dijangkakan!
Orang lain dah lama habis baca novel ni. Ibu baru habis baca semalam. Semangat mahu menamatkannya kerana penuh dengan unsur-unsur suspen. Seminggu jugalah nak habis baca sebab baca sikit-sikit dan ibu bukan pembaca novel sepenuh masa. Kihkih..
Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar dan Farid Ja'ah adalah pesakit mental di Hospital Permai Johor Bahru. Sering diigaui dengan watak roh jahat tanpa wajah yang dikenali sebagai Zonan. Dr. Rozliza, pakar psikiatri di hospital tersebut menyimpulkan mereka berhalusinasi dan mereka berempat telah disahkan sihat dan sudah keluar dari tembok mental tersebut setelah bertahun-tahun menjalankan rawatan di hospital tersebut.
Zonan, roh jahat tanpa wajah yang pada awalnya dianggap satu halusinasi pesakit mental tersebut dan ternyata ia memang wujud!
Projek yang dikendalikan oleh Dr. Rozliza adalah projek rahsia kerajaan. Cuba menyelesaikan kes yang tiada titik noktah selama 20 tahun dan subjek pertama adalah Rita Yuzalina. Rita telah merentasi masa 20 tahun kebelakang, dan cuba merungkai segala misteri. Dia telah memilih watak seorang peguam perempuan, Noorhafiza Izura yang telah mati dibunuh pada tahun 2014 dan pelakunya adalah Zonan.
Demi menutup kesalahan yang dilakukannya, Zonan bangkit membunuh semua orang yang dirasakan mampu memecahkan tembelangnya. Zonan sangat kejam.
Saat sakratulmaut datang menjemput nyawa, Noorhafiza Izura dapat melihat siapakah pelakunya dan ternyata ia satu penipuan yang sangat besar!
Siapakah Zonan? Ia ada kaitan dengan salah seorang daripada 4 orang pesakit mental yang dituduh membunuh. Pertukaran watak antara Rita Yuzalina dan Noorhafiza Izura merungkai segala misteri yang disangka tidak dapat diselesaikan. Ternyata Zonan seorang yang genius dari segi psikologi. Munculnya Zonan atas dasar dendam kerana kekasih hati yang amat dicintai dibunuh. Dan pembunuh kekasihnya (Zarina Mustapha) telah selamat dari tali gantung dan bebas bertahun-tahun. Kerana itu Zonan wujud membela keadilan dan ternyata dia juga tersalah tafsir.
Novel thriller ini sangat suspen dan penuh tanda tanya. Baca jangan langkau-langkau, kalau tidak, memang tidak akan faham. Pengakhiran yang juga suspen walaupun akhirnya Zonan berjaya diberkas.
Korang baca lah!
Nota Kaki : Terbayang-bayang watak ZONAN, roh jahat tanpa wajah malam tadi..huhu
Entri jam kerana jam tersebut adalah salah satu barang hantaran perkahwinan ibu lebih 2 tahun lepas. Inilah barang yang ke dua termahal dalam 5 dulang. 5 dulang je, tak banyak. Yang paling mahal, gelang tangan, untuk adat pembatalan air sembahyang. Tak perlu banyak-banyak sebab fikir buat ada-ada je tapi ada-ada pun nak yang mahal la jugak. Dapat yang mahal sikit pun jadi la. Dah nama pun kahwin. Phewww..
Bukan senang nak dapat jam macam ni. Kalau orang kaya tak heran pun. Tapi ibu ni orang yang 'takde' jadinya sangatlah menghargai semua barang ibu lebih-lebih lagi pemberian insan tersayang.
Balik dari lunch tadi, terbelek pula jam di tangan kiri dan....ohhh...retak!
Ye, semalam jam ibu terjatuh ke lantai sebab sibuk kejarkan Aisyah yang tidak betah diam. Sempat pula dia menguis2 cangkuk jam (apa ntah namanya). Masa tu kami berada di Plaza Angsana JB. Sibuk mahukan belon Upin ipin dan ibu belikan juga lah.
Asyik benar denga belon Upin Ipinnya. Sampai tersentuh sikit pun nak marah. Kami singgah minum di kawasan makan luar Plaza Angsana. Haus.
Balik dari Plaza Angsana, Aisyah sudah boleh bermanja-manja dengan Uncle Ery nya (abang ipar ibu). Dari Abg Ery masuk ke dalam keluarga kami, Aisyah takut dengan Uncle Ery, tak tahu kenapa. Bila Uncle Ery ada, dia peluk ibu kuat-kuat. Tapi sesekali menjeling juga sehinggalah satu malam Aisyah berani mencuit tangan Uncle Ery, kemudian lari. Dia buat lagi untuk kali ke dua dan ketiga, kemudian senyum-senyum.
Malam tadi, balik dari berjalan-jalan (jalan la sangat...), Aisyah sudah berani duduk di pangkuan Uncle Ery. Bukan main lagi dia belajar nak guna Iphone. Sudah tidak heran dengan telefon bimbit ibu.
Pagi ni, mereka (mak, abah, kak umi dan abg ery) sudah pulang ke kampung semula. Perancangan mereka, usai majlis perkahwinan jiran (seblok felda) mereka akan ke Mersing pula, rumah nenek. Harap tidak banjir lagi. Cuti sekolah katakan, mereka berjalan sakan lah. Kak Umi dan suaminya adalah guru.
Nota Kaki : Balik rumah nanti, Aisyah pasti kesunyian..
Semalam petang keluarga ibu datang ke rumah kami. Mak,abah,kak umie & abg ery (abag ipar). Ibu keluar sekejap dari tempat kerja untuk pulang ke rumah. Perjalanan ke rumah hanya 10 minit. Ibu sudah terlihat kereta abah di hadapan kereta ibu sewaktu mahu membelok ke kawasan perumahan kami. Mereka sudah selamat sampai.
Ibu tidak dapat berlama-lama, sempat juga menyediakan air strawberi sejuk 1 jug dan mak terus menghidangkan lauk-pauk yang dibawa dari rumah. Mee goreng, nasi dan lauk-lauk lain. OK.. duduk kejap, jamah mee goreng sambil berbual-bual ringkas. Habis sepinggan mee goreng, bergegas ke tempat kerja semula. Sampai di perkarangan kilang, hampir jam 5 petang. Tak sampai 1 jam pun 'mengulor'. Do I care? Waktu rehat pun tak keluar kan tadi.
Hari ini, bekerja seperti biasa. Serba salah nak mohon cuti sebab hari ni ada audit untuk makmal. Meskipun ibu tidak ada kena mengena tetapi sedikit sebanyak ada juga la sebab QA Dept tiada staff kecuali ibu. Do I care? Sekali lagi. Hahaha..
Rasa best pulak bila semua staff QA yang berkenaan sudit bermeeting sekarang ni. Audit sampai petang nanti. Nak cuti separuh hari pun, rasa tak patut pula. Ntah..tengok la macamana nanti.
Dalam hati meronta-ronta nak balik sebab kerja pun bukannya urgent sangat. Final Inspection pon semalam last dah berehh. Dokumen lain, report lain pon berehh..
Layan gambar Aisyah Humaira dulu la.. Dah setahun 7 bulan bersamaan 19 bulan.
Majuk...nak 'cucuuuu'.....
Tiba-tiba bangun bila tahu gambar dia kena snap..buat muka chumel kunun..
Cik Aisyah bertudung kuning..
Nota Kaki : Kalau aku kayaaaa...^__^
Kompeni tempat ibu bekerja besar kemungkinan akan mengekalkan cuti hari sabtu dan ahad.
T_______T
How do i feel?
So annoyed...eh macam fesbuk lak..
Nanti akan update lagi pasal ni..
(Johor kan akan berkuatkuasa cuti bekerja Jumaat dan Sabtu tahun hadapan, 2014)
Klik BANNER untuk join
caranya mudah aje:
1. follow blog saya: permatabiru
2. follow : sini
3. buat satu entry, copy header kat atas nie dan back link ke entry GA 2013 By PermataBiru
4. tak nak tulis apa2 pun xpa, just tempek my banner,
5. ajak rakan-rakan join ramai2..nak taq kawan-kawan pun boleh..
6. tinggalkan link entry penyertaan di kotak komen..
Mari sertai sebelum 4.12.2012
Hujan turun mencurah-curah di bumi bertuah Johor. Cuaca yang sejuk mengundang kemalasan aptah lagi di pagi isnin. Monday Blues beb!
Hujan dan payung sesuatu yang sinonim, tidak dapat dipisahkan. Tatkala huyan turun, payung bertindak sebagai penyelamat agar kita tidak kebasahan.
Di dalam handbag pink ibu ni memang ada sekaki payung yang boleh dilipat. Mudah dibawa ke mana-mana. Handbag pula memang pilih yang stok mak-mak punya, saiz besar agar payung dapat dimasukkan. Satu benda wajib.
Payung ibu semestinya lah yang kiut miut (bajet comel macam Aisyah)..
Scroll ke bawah ok..
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
Tada..
Korang hadooo??
Nota Kaki : Salam isnin dan selamat bekerja kepada semua sahabat..BW bila ada masa nanti..sayang korang..
Belum terlambat kan nak join Mini GA ni..
Klik banner untuk JOIN
Mini GA : Saya Nak Supplement Hebat nie
berlangsung pada 19.11.2013 sehingga 29.11.2013
Popular Posts
-
Assalamualaikum Cubaan Bersama Flavettes Effervescent | Kuat betul penanagan drama Lafazkan kalimah cintamu yang dah lama juga habis di...
-
Assalamualaikum Vico 3 in 1 Cereal Hi-Fibre | Salam pagi isnin. Monday bluesss amat. Pagi ni bersarapan dengan cereal Vico 3 in 1. Baru...
-
Assalamualaikum Penganugerahan Geran Pemilikan Kebun & Tanah Felda Maokil | Ini merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh para pener...
-
“ Wajah berseri pipi kemerahan, dia digelar Aisyah Humaira..” Hadirmu merungkai segala keperitan dan kesakitan yang kualami. Saat di...
-
Melihat wajah si comel menahan sakit ketika meneran sudah sukup membuat airmata ibu menitik. Ibu tidak sanggup melihat si comel ibu menang...
-
Assalamualaikum Cara Ambil Geran Kereta Di Bank | Rasanya ramai tahu pasal cara pengambilan geran kereta ni. Dah lama juga tahu cuma ma...
-
Salam buat sahabat maya. Pejam celik pejam celik, Ramadhan bakal bertandang lagi. Bulan yang umat Islam nanti-nantikan. Tahun ini, saya pun...
-
Assalamualaikum Majlis Persandingan Adik Bongsu Di Pihak Perempuan | 2.12.17 - Selesai majlis pernikahan semalamnya, keesokannya kam...
-
Assalamualaikum Majlis Pernikahan Adik Bongsu | 1.12.17 - Kami gerak ke rumah bakal pengantin perempuan lebih kurang jam 11.30 pagi. Pe...
-
Malam tadi ketika menyediakan juadah makan malam, ibu terdengar ceramah dari seorang ustazah di televisyen. Tajuk berkenaan, tidak ketahuan...

Blog Archive
-
▼
2013
(179)
-
▼
Disember
(40)
- 5 Popular Posts in Janji Kita
- Salam 2014
- Keywords #2 : Apakah?
- Speed Test
- Disember dan Kenangan
- Pencarian Bloglist Bulan Januari 2014
- Terima Kasih
- Broken Link
- Timmy Time ~ Kartun Kegemaran Aisyah
- Temper Tantrum
- Bayi Berak Berdarah
- Keyword #1 Minggu Ini
- Sebab Takde Entri
- Segmen : Jom Blogwalking
- Simple Giveaway by Izzati Amira
- Jom Terjah Blog ERAZFADLI.COM
- Berat Badan Naik ~ Glurppp
- PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY R'BAIN
- 1st Giveaway by Eyda
- Jam Tangan ~ Ibu vs Ayah
- Salam Jumaat ~ Penghulu Segala Hari
- Pediasure ~ Untuk si kecil yang tak nak makan
- Melawat SIL di KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital
- Mudahkan Jangan Susahkan ~ Entri Caca Marba
- Sabtu & Kemalasan
- Komen Blog
- Segmen: saya sayang blog saya
- Simple Giveaway by Licha
- MommieSafiyyah's 1st Anniversary Giveaway!
- Review Bersama Blog HT
- Pengumuman Sedih ~ Jiwa Kacau
- The Button Giveaway 2013
- Bubur Nasi Sentosa ~ Pernah Rasa?
- Fiksyen 302 ~ Siapakah Zonan?
- Jam & Kenangan
- Hati Teringat Rumah
- Tunggu Pengumuman Sedih
- Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM
- GA 2013 By PermataBiru
- Hujan Dan Payung
-
▼
Disember
(40)
