Bayi Berak Berdarah

By Mar Mansor - 9:17 PG


Aisyah mengalami berak berdarah beberapa hari yang lalu dan sudah pasti ibu dan ayah sangat risau. Kebah dari demam yang panjang, Aisyah kurang selera makan. Bagi nasi, 2 suap sahaja yang masuk. Selebihnya dia hanya menelan kuah sup. Bila dihalang, dia mengamuk. Tumpahkan nasi di dalam pinggan dan terbalikkan pula kuah sup. Habis segalanya tumpah dan bersepah.


Kemudian, dia gemar makan cumi (jeli). Bagi satu, kemudian minta lagi dan lagi dan lagi. Tipu dia cakap sudah habis, tak percaya, suruh ibu buka peti ais. Bila ibu buka, tiada kelibat cumi, mulalah memanjat di dalam peti ais itu. Ohhh..no....


Beraknya juga cair, berkemungkinan kerap makan cumi. Ibu ada perasan seakan ada lendir bercampur darah, tetapi dalam fikiran ibu adalah cumi yang dimakan olehnya. Hinggalah satu malam selepas insyak, Aisyah membuang air besar dan ada tompokan darah bercampur bersama najisnya.


*     *     *     *     *     *

Jam menunjukkan hampir 10.30 malam sewaktu ibu dan Aisyah masuk ke bilik doktor. Kebetulan klinik ramai orang, tidak mengapa tunggu sahaja. Aisyah sangat aktif dan girang bermain di sudut permainan. Tidak mahu kalah dengan suara nyaringnya. Dari pemerhatian, tidak ada apa-apa masalah.


Bayi berak berdarah kerana dia baru baik demam berkemungkinan panas dalam badannya dan tanda perutnya 'rosak'. Rosak bermakna perutnya tidak stabil dan doktor manasihatkan ibu agar menyediakan bubur dan puri untuk Aisyah. Bagi makanan yang lembut sahaja dan sediakan puri lobak. Doktor juga membekalkan ubat SMECTA.


Kredit En. Google

Ubat ini ada didapati di farmasi tetapi oleh kerana ingin mendapatkan nasihat doktor, kami ke klinik ibu dan anak (swasta) yang berdekatan. Aisyah aktif seperti biasa jadi tidak usah khuatir.


Jika beraknya masih lagi berdarah dan dia tidak bermaya, segera ke hospital. 

Aisyah tidak mengalami sembelit. Tukarkan susunya, cari susu formula tanpa laktosa. Setelah perutnya normal, boleh minum susu formula biasa.

Sedikit nasihat doktor.

Setelah memberikan smecta secara konsisten kepada Aisyah, tiada kelihatan darah bersama najisnya. Dan ibu hanya memberi Aisyah bubur dan puri seperti nasihat doktor tetapi cepat benar dia lapar dan dia sangat kuat menyusu.



Nota Kaki : Aisyah oh Aisyah..

  • Share:

You Might Also Like

10 comments

  1. Alahai Aisyah... ibu-bapa manalah tak susah hati kalau sampai ada darah kan... kalau kakak pun takut dan bimbang. Cuma bersyukurnya dia masih aktif dan tak merengek...

    Moga terus sembuhlah hendaknya.

    BalasPadam
  2. jaga anak kecil nampak mcm mudah tapi sebenarnya kena peka . Alhamdulillah dah sembuh .

    BalasPadam
  3. kesiannye aisyah.... bila anak macam tak selesa ibu pulak yang rasa kesakitannya tapi tak mampu buat apa2 nak mengambil ketidakselesaan tu.

    BalasPadam
  4. risau jugak anak kecil kalau tak sihat, semoga cepat sembuh

    BalasPadam
  5. Gud Info!boleh jadikan panduan nanti..risau kalau anak2 sakit kan...Hopefully Aisyah dah sembuh sepenuhnya..

    BalasPadam
  6. alahai sian kat aisyah.
    semoga cepat sembuh ye sayang

    BalasPadam
  7. mkn bende keras ke?sian nye aishah..die pn sakit nk nerannye tuh

    BalasPadam
  8. Kesian Aisyah.. semoga cepat sembuh sepenuhnya.. aamiin..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.