Timmy Time ~ Kartun Kegemaran Aisyah

By Mar Mansor - 8:28 PG


Aisyah sudah pandai menonton kartun di televisyen (tak ajar tengok tibi terlalu awal). Masuk rumah, dia ambil remote dan mahu menekan-nekan punat remote. Bila tidak berfungsi dan televisyen masih gelap tiada tayangan, barulah dia beri remote kepada ibu.


Emmm..tidak semena-mena ibu dan ayah menjadi mangsa keadaan. Kalau ibu yang alih siaran, Aisyah ok lagi, dia diam je dan tetap menonton apa yang ibu tonton tapi dia cepat bosan dan mula menarik ibu ke sana ke mari. TETAPI, kalau ayah yang menukar siaran, umangaihhhh..marah pula si kecil ni.


Kartun kegemaran Aisyah adalah Timmy si kambing biri-biri hitam. Apa ntah yang best sangat tengok kambing hitam tu. Tiap kali nampak kelibat timmy, dia akan cakap..


"mak!!!...mbekkkk.."


Selagi ibu tidak menyahut, selagi itulah dia akan memanggil "MAKK!!!"


Timmy si kambing biri-biri hitam



Timmy bersama rakan-rakan (diorang ni duk sekolah asrama kot..)






Nota Kaki : Bila la Aisyah ni nak pandai panggil 'ibu',....huhuuh

  • Share:

You Might Also Like

8 comments

  1. hehe...comel...Irfan plak suka tgk katun Pocoyo

    BalasPadam
  2. kartun-kartun macam ni, kanak-kanak memang suka, kan?

    BalasPadam
  3. lumrah tu mar seumur aisyah belum dapat memanggil mar ibu..biasanya sebutan ma n ba yg selalu keluar dari anak sebaya aisyah hehe :)
    sebut tang katun..akak pon stres dibuatnya dengan bebudak2 kat umah ni..memanjang katun je huhu..

    BalasPadam
  4. best cartoon ni. anak saya pun suka. satu lagi shaun the sheep

    BalasPadam
  5. bkn budak2 je suka kartun ni
    mak budak pun suka tgk
    mcm iols haha

    BalasPadam
  6. saya pun suka kartun. termasuklah timmy time tu. cuma pening sebab entah apa la depa dok cakap tu.

    BalasPadam
  7. x pernah tengok kartun ni tapi baru 2 hari lepas tgok cara pembikinan die kat discovery science rasenye. memang sangat kagum dengan kegigihan mereka buat 1 1 shoot tuk pergerakan kartun mcm ni

    BalasPadam
  8. Katun skrng ni mmg bnyk yang best2.. mak bapak budak pun bnyk yg suka.. :D

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.