Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Jaga-jaga Wahai Suami

Assalamualaikum
Jaga-jaga Wahai Suami | Kita sering mendengar ceramah akan kepentingannya. Mungkin ada suami yang ambil ringan sahaja. Sebahagian sahaja, saya percaya para suami sedar akan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri.

Kebanyakan suami hanya tahu erti nafkah batin. Tapi, zahir? Pada mereka sudah beri makan, tempat tinggal, ia sudah mencukupi. Tapi, seorang isteri aka perempuan punya nafsu bershopping, nafsu mencantikkan diri dan lain-lain.

Tanggungjawab nafkah seorang ayah pada anaknya terhenti bila anaknya telah bekerja dan mampu menanggung diri sendiri, tetapi tanggungjawab nafkah pada isteri tetap tidak terhenti sehingga kiamat selagi isteri masih hidup dan tiadak bercerai, walaupun isteri berkerja dan gaji isteri lebih mahal dari suami.
Suami jangan main-main bab nafkah isteri. Ianya suatu kewajiban yang besar.
~Ustaz Azhar Idrus~


Hak beri nafkah tugas suami
-Isteri bekerja bukan alasan abai tanggungjawab sara keluarga


Nafkah tak luput walaupun isteri kerja
-Suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri mengikut kemampuan masing-masing.
Berdosa bagi suami jika menahan nafkah kepada orang di bawah tanggungjawabnya.
~Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin


Ramai lelaki tidak menyedari antara tanggungjawab terpenting suami adalah menanggung dan memberi nafkah zahir.
Ia dalam bentuk wang ringgit secara bulanan kepada isteri bagi memastikan segala keperluan rumah tangga cukup walaupun isteri anda bekerja!


Banyakkan perkongsian tentang pemberian nafkah kepada isteri. Tidak tahulah jika hal ini memberi kesedaran kepada mereka atau tidak. 

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Lelaki nowadays...Semoga suami2 kita tak gitu..Ekekek

    BalasPadam
  2. rm10 sekalipun jika itu kemampuannya, sudah dianggap nafkah.
    tapi ramai juga yang tidak faham, nafkah zahir seorang suami tidak langsai dengan memberi wang ringgit sahaja. skopnya luas termasuk penyediaan harian (makanan, baju dan seumpamanya).
    bukan tugas isteri untuk mnyidai membasuh melipat kain, apath lagi memasak namun jika itu dilakukan oleh seorang isteri maka pahalanya berlipat kali ganda kerana menolong tugasan suami - akan tetapi, jika isteri tidak redho (paksa rela) atas tugasan itu, maka kedua duanya sia sia.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code