Assalamualaikum
Ubat Gigi Kanak-kanak Jenama Tesco | Budak comel Alif ni memang nakal banyak tau. Waktu mandikan dia, suruh gosok gigi, ubat gigi akan dipegangnya tak lepas-lepas. Tau-tau mana ntah dia campak. Memang selalu jadi macam ni.
Bukan tak nak minta, tapi dia ni jenis menangis beria macam kena dera bila tak dapat. Sudah lah pagi-pagi ibu dia ni kalut terkocoh kacah nak buat macam-macam. Nak bersiapkan Cik Aisyah untuk ke sekolah, nak siap pakai cun-cun ke tempat kerja lagi. Dia sibuk pula obses dengan ubat gigi.
Mungkin kerana ubat gigi kanak-kanak ni tidak berangin tanpa pudina malah bau seakan gula-gula. Kadang-kala dibawanya ubat gigi ni ke rumah pengasuh. Lepas tu memang lupa lah nak bawa balik semula.
Dek kerana kerap sangat membeli ubat gigi, untuk jimat sedikit, saya beli ubat gigi kanak-kanak jenama tesco. Buat stok sekali. Andai hilang lagi tidak lah gelabah Cik Aisyah nak gosok gigi pagi-pagi.
Ubat gigi kanak-kanak jenama Tesco ni ada 3 perisa kalau tak silap. Saya beli dua pek, satu pek berwarna biru (bubble gum) dan satu lagi merah jambu (strawberi).
Comel gambar kartun di tiub ni. Lagilah Alif geram, pegang tak lepas-lepas. Pernah sekali dia nyonyot ubat gigi ni macam makan lolipop. Aduhai anak.
13 Ulasan
HAI..JEMPUT JOIN GA :)
BalasPadamhttps://asyiqin89.blogspot.my/2017/08/face-mask-giveaway-by-asyiqin89.html
terima kasih singgah..in sha Allah saya join nanti..
Padamhahahaha bleh lak dia nyonyot ubat gigi tu.
BalasPadamitulah dia ingat gula-gula la kot
Padamwah, yg perisa bubble gum tu rasa nak picit masuk mulut, hihi
BalasPadamcium bau dia pun dah rasa nak masuk mulut
PadamComel ubat gigi tu..Bleh la cari dkt tesco nnt..huhu
BalasPadamcomel kan..cari jangan tak cari
Padamnk wat camne udahla manis ubat gigi tuh, itu yg tak kasi lepas bila dh dpt tuh
BalasPadamubat gigi yang disangka gula-gula
PadamSamalah anak miza pun, Ubat gigi budak sedap ;)
BalasPadambudak kan..gitulah dia
Padamassalamualaikum mar...wah !! sukanya dia yer..dpt ubat gigi...
BalasPadam** Mama Maszull
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.