Assalamualaikum
Makanan Yang Boleh Buat Rasa Gembira | Saya mengaku sejak beberapa minggu ini saya rasa nak makan je. Dah tak fikir nak kurus, nak control makan. Dan dua kali jugalah saya makan KFC dalam seminggu.
Pada saya KFC boleh buat hati saya gembira, menenangkan dan bahagia. Lagi-lagi bila dapat ratah ayam gorengnya.
Saya beli set jimat box. Sebab nak ratah seketul ayam dan dalam masa yang sama nak ratah yang lain-lain juga. Pastu, air gas tak nak tinggal. Rasa nak minum nak minum. Mungkin kerana minggu lepas jadual terlalu padat. Rasa letih otak, penat dan sedikit stress.
Sampai tahap sakitnya kepala!!! Bukan pening ke apa tapi sebab letih. Ada satu hari saya terpaksa stayback dan turun padang untuk pantau anode sebelum loading. Selalu stayback sebab prepare report je.
Tapi, bila perlu stayback sebab nak pastikan barang keluar tanpa ada masalah, penat pula rasanya. Bukan setakat basah ketiak, rasa ketiak segala hangit. Mau taknya kalau dari selepas asar bawa ke maghrib jam 7.30pm baru melangkah keluar pejabat.
Ni set jimat box F
Ni pula set jimat box E
Bahagia lain macam tau bila dapat layan KFC. Rasa jiwa kembali tenang dan ada kekuatan untuk terus berkerja.
2 Ulasan
lama nya uyul tak makan kfc. hoi hoi macam mana nih dah teringin jugak nih.
BalasPadamUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
terus rasa nak pi makan malam ni...adoiii
BalasPadam~ Kisahsidairy~
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.