Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Minyak Yu Yee Cap Limau Kepercayaan Turun Temurun

Assalamualaikum

Minyak Yu Yee Cap Limau Kepercayaan Turun Temurun | Minyak yu yee dan bayi agak sinonim sebab minyak ini telah dipercayai turun temurun dan kebaikan yang tak dapat disangkalkan lagi. Minyak yu yee telah wujud sejak zaman berzaman. Ianya telah wujud sejak 1860! Sejak anak pertama lagi, minyak yu yee lah yang saya gunakan untuk mengelakkan kembung perut bayi. 



Cara penggunaan Minyak Yu Yee Cap Limau

Waktu yang sesuai untuk digunakan adalah selepas bayi dimandikan. Titiskan minyak yu yee di telapak tangan kita, gosok-gosok kedua telapak tangan kita sebelum disapu pada perut, dada, belakang badan, betis dan tapak kaki bayi.


Minyak yu yee didatangkan dalam botol yang comel dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Ia mudah dibuka dan mudah disimpan. Ketatkan saja tutup botol dan in sha Allah minyak tidak akan tertumpah. Maka tidak hairanlah jika minyak yu yee menjadi pilihan ramai ibu bapa.

Kandungan Minyak Yu Yee Cap Limau

Linimen berwarna coklat berbau peppermint mengandungi :  

 peppermint oil..................36.0 % w/v
 Clove Oil............................2.6 % w/v
 Nutmug Oil........................0.6 % w/v 
Menthol..............................1.6 % w/v
Borneol...............................1.0 % w/v
Cortex Cinnamoni..............1.0 % w/v
Resina Calamus Draco......1.0 % w/v

Light Liquid Paraffin..........q.s 100%
Selain kegunaan untuk bayi, ia juga mujarab untuk rawatan bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Jika anak saya sakit perut, memang minyak yu yee lah yang saya sapu. Bau limaunya cukup menyenangkan. Cepat melegakan sakit perut. Hatta, bagi saya juga ianya berkesan. 

Jangan risau, minyak yu yee cap limau ini telah disahkan HALAL dan sudah mendapat kelulusan KKM. Lagipula, minyak ini mudah didapati di farmasi.

Indikasi: 
Minyak ini melegakan sakit-sakit ringan pada otot-otot atau sendi serta melegakan simptom2-simptom kembung perut juga selesema.

Cara Pakai : 
Gosok di tempat yang sakit ketika diperlukan.

Kesan Sampingan: 
Tidak boleh digunakan bagi orang yang berhiper sensitif terhadap bahan-bahan kandungan minyak di atas

Amaran:
Untuk kegunaan luar sahaja. Kesan sensitif mungkin berlaku. Jangan terkena mata. Jangan sapu atas luka atau kulit yang rosak. jangan sapu dalam lubang hidung bayi. Jika berterusan, sila dapatkan nasihat doktor.

Cara Penyimpanan:
Simpan dalam suhu bilik (25-30 darjah C) Jauhi dr kanak2. tempoh penggunaan 4 tahun dr tarikh pengeluaran.

Minyak Yu Yee Cap Limau dikeluarkan oleh Syarikat Weng Seng Heng Medical Factory Sdn. Bhd.  Minyak mujarab biasa digunakan untuk bayi bagi mengelakkan kembung perut dan juga selesema.

Sila dapatkan di kedai runcit, pasaraya atau farmasi yang berdekatan anda dengan harga serendah RM9 sahaja. 

 FB : Minyak Yu Yee Cap Limau







Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code