Pregnancy

Motivasi Diri

8:00 PG


Merasakan nikmat mengandung buat kali kedua buat saya rasa bersyukur. Kami sangat nanti-nantikan kehadiran cahaya mata kedua sebagaimana kami nantikan cahaya pertama 3 tahun lepas.

Kandungan saya baru masuk 4 bulan. Niat untuk menyusukan anak sepenuhnya membuak-buak kerana saya gagal menyusukan anak pertama.

Tawakal dan yakin untuk anak ke dua ini, in sha Allah ada usaha dan ada jalannya. Saya mahu buang istilah tidak ada susu kerana setiap ibu pasti dikurniakan susu. In sha Allah.. in sha Allah.

Baby fair yang berlangsung minggu lalu di Danga City Mall tidak saya sia-siakan. Mujur bonus separuh gaji masuk, dapatlah saya menunaikan hasrat hati. Mungkin terlalu awal saya membelinya tapi saya tawakal saja. Takut tak dapat harga macam ni lagi.


Inilah pilihan saya.


Free gift ~ Sebuah beg bekalan bayi, 4 botol susu dan 2 pek ais.




Nota Kaki: Doakan yang baik-baik buat kami ye.





Drama

Kisah Cinta Mereka

8:00 PG


Lambakan slot drama adaptasi dari novel semakin menjadi-jadi. Dulu, zaman remaja, muda belia memang giler baca novel. Bila sudah jadi mak orang ni, jarang sekali dapat layan novel, apatah lagi menonton drama.

Penyudahnya, drama apa yang tengah hot, saya tidak tahu. Bila ramai yang bercerita tentang sesuatu drama, baru saya cuba ambil tahu dan tonton kembali secara online.

Suamiku Jiran Sebelah, Asam Pedas Untuk Dia, antara drama yang saya sedang running. Bila tonton drama, melihat perangai setiap watak yang ditonjolkan, adakalanya saya terfikir,


"ada eh orang giler macam ni??"






Blog Janji Kita

Saya Singgah Tapi..

8:00 PG


Sedih sikitlah sebab tak dapat nak drop komen panjang lebar di entri kawan-kawan. Saya singgah, klik-klik, tapi tak dapat mengomen kecuali kalau saya online melalui tab.

Waktu bekerja ni, saya baca entri kawan-kawan melalui Pc, tapi dapat baca, senyum, gelak dan klik iklan nuffnang saja. Kalau ada kotak jerit, saya hanya mampu menjerit di situ.

Saya singgah tau..cuma tak dapat blogwalking laju-laju lagi lah...


Isu Semasa

Elakkan Sebegini

8:43 PG




Saya tidaklah bersetuju 100% dengan kenyataan ini, bukan isteri sahaja. Ada juga suami yang berkelakuan begini cuma dalam situasi berbeza. Isteri kelentang kelentung di dapur, mengemas rumah, membasuh pakaian, suami pulak ralit dengan smartphone. Saya percaya setengah orang mengelami situasi ini.

Applikasi sosial seperti WhatAps, Facebooyk, Twitter memeng mengkhayalkan. Seronok bersembang hingga 1 jam terasa seperti baru 5 minit. 

Ini adalah hakikat. Situasi yang HARUS kita tangani. Dari luahan si suami dalam kenyataan itu, saya nampak yang hatinya terguris. 

Saya memahaminya kerana saya juga seorang pemandu. Mesti kita bengangkan kalau kita memandu, kereta penuh dengan orang tapi senyap sunyi je. Masing-masing melayan smartphone. Perghhh...apa? Bawa bontot je??

Jari lincah bersembang dengan orang jauh, setiap apa yang dilakukan mahu share. Sedangkan orang di sebelah, terkulat-kulat hanya mampu memandang.

Ketepikan seketika smartphone. Luangkan masa yang ada bersama orang tersayang. Jangan jadikan aplikasi sosial sebegini pemecahbelah kebahagiaan yang kita sendiri bina.




Nota Kaki : Peringatan untuk diri sendiri juga.



Aisyah Humaira

Selpie Cik Aisyah

8:00 PG



Dia sudah semakin pandai bergambar. Mulut becok mengalahkan bertih jagung jangan cakaplah.

Paling seronok bila menonton televisyen bersamanya, tidak henti-henti mulut membebel.

Aisyah Humaira

In sha Allah Akan Berhasil

8:00 PG


Sejak kebelakangan ini, kerajinan menaip seolah terbang. Lihat Pc di sudut rumah seperti tidak melihat apa. Lihat tab, lebih scroll fb.

Eh, cuti 3 hari, sabtu hingga ahad, tiada aktiviti menarik sangat. Tetapi tetap menghargai masa yang ada. Dan hari ini kembali bekerja, perasaan malas membuak-buak.

Selama 3 hari juga, saya berusaha untuk free diaper Cik Aisyah. Hari pertama, memang dia terlepas sebab dia khayal tengok kartun. Walaupun sudah pesan berjuta kali, tanya beratus kali, dia terlepas juga sebab dah biasa la tu.

Untuk kali kedua, saya pakaikan training pant, juga terlepas, cuma air kencingnya tidak menjejeh ke lantai tetapi sekali zapp bak air tumpah bila training pant ditanggalkan. Kalia ini, memang saya sesah, sebab berlembut tidak memberi kesan.

Selepas itu, alhamdulillah, selama 3 hari bersamanya, Cik Aisyah sudah pandai memberitahu kamu.. "ibu, nak kencing.."





Makan Gaji

Jamuan Perpisahan Kecilan

8:00 PG


Alamak, dah basi ke ek??? Kisah bulan lalu, jamuan kecil-kecilan sempena perpisahan QA Supervisor kami. Kami ni cuma berapa kerat je, ketika jamuan dapat kumpul 5 orang saja.

Sebelum cuti CNY, kami terima uniform baru. Saja lah menayang uniform baru. Sebelum kempunan, tak dapat pakai, setelah setahun menanti uniform baru. 2 minggu je saya dapat pakai, menghilangkan rasa kempunan di hati. Sekarang saya dah pakai blouse biasa, sebab perut sudah kelihatan.

Selpie dengan uniform baru



Jamuan kami hanya di Pizza Hut Bukit Dahlia. Kami memilih di sini sebab tempatnya luas dan macam tak ramai yang singgah.

Pizza ni nipis, topping cam kureng je. Bakar dalam dulang biasa je kot.


Bedal sup dulu. Tak minum softdrink sebab 'ada isi'. 


Inilah wajah yang kami raikan.


Dia dapat kerja baru di Gelang Patah. Semoga dia terus maju jaya!







Pengalamanku

Susu Kambing Jadi Pilihan

8:00 PG


Setiap ibu inginkan yang terbaik untuk diri mereka dan anak dalam kandungan. Pilihan terletak di tangan masing-masing. Apa yang difikirkan baik, baiklah buat mereka. 

Kandungan kedua, saya memilih susu kambing, minuman sunnah untuk diamalkan. Pagi-pagi, saya ambil ESP. Waktu malam, sebelum tidur, minum susu panas pula. Saya tidaklah meletakkan syarat khusus, susu apa pun saya minum, ikut kehendak tekak.

Tertarik, tergoda untuk mencuba Lazz susu kambing, ada campuran kurma. RM45 untuk 500gm. Tapi, pengedar sedang bercuti sempena cuti sekolah. Tidak mengapa, bukan jadi masalah bagi saya, lambat atau cepat.




Alang-alang ke sebuah kedai susu keluaran bumiputera, saya cuba susu kambing Wildan dengan harga RM40 sekotak yang beratnya 500gm.


Susu kambing wildan boleh diminum oleh pelbagai lapisan usia. Untuk bayi, 6 bulan ke atas. Rasa dia tawar tapi lemak berkrim. Sedap juga.



Nota Kaki : Bulan 4, saya akan checkup di KK masai untuk pertama kalinya untuk membuat buku merah.  Ada procedure lain dah.. Perlu buat temujanji.









Luahan Hati

Yang Ditunggu Setiap Tahun

8:40 PG


Saban tahun sabar menanti perkara yang sama. Biasalah bekerja makan gaji, mengharap imbuhan dan saguhati andai syarikat baik hati untuk memberi.

Memang adakalanya masam mencuka, remuk redam hati mengenangkan surat cinta yang begitu tapi, itu sekejap saja.

Bila diteliti, sepanjang tahun lepas projek agak perlahan di seksyen kami. Berbanding 2 tahun lepas, memang projek tak henti-henti sampai terpaksa korbankan cuti dan running 24 jam. Termasuklah saya, bahagian documentation, nak patah jari key-in data, lebam-lebam mata check packing list. Semua nombor. Balik jam 8 malam itu adalah biasa.

Tapi, sejak harga minyak dan diesel naik dan terus naik, projek yang masuk agak perlahan hingga saya boleh balik on time saban hari. Kalau lambat setengah jam atau sejam beberapa kali sebulan, biasalah, last minute requirement.

Semalam, kami sudah dapat surat cinta masing-masing. Sejujurnya, (pinjam tagline Yana Yani), saya agak kecewa. Sepanjang hampir 6 tahun berbakti di sini, seolah menunggu buah yang tidak mahu gugur.

Saya cuba positifkan diri, meredhai segalanya. Mungkin, saya perlu berusaha lebih untuk diri sendiri dan keluarga bukan di sini semata. Nak harapkan di sini, memang tak lah. Memang kabur untuk dapat melangkah lebih jauh.

Kenaikan kali ini kira rendah bagi saya. 4% dari gaji pokok, apalah sangat. Tapi, bersyukurlah walaupun rasa sedih. Teruslah bertabah demi sebulan gaji, nak lebih, usaha sendiri. Tak perlu nak show off sangat, buktikan kita ini layak untuk jawatan lebih tinggi. Sedangkan di mata orang lain, tak ubah tiada apa-apa.





Nota Kaki : Projek slow, ko nak harap lebih, memang tak la..




Aisyah Humaira

Ragam Cik Aisyah

10:09 PG


Aisyah : Ibu, Aisyah ada beg kecik. Nak pakai. Ibu Amik 'abar'..

Ibu : Ok, cepat. Sedia.



Inilah hasilnya bila dia bergambar.

Kampungku

Strategi Pencuri Kereta

8:00 PG



Januari 2010, saya berjaya memiliki kereta pertama saya. Viva 850 je. Waktu itu saya masih bujang. Hampir setiap minggu jugalah saya pulang ke kampung.

Ketika di kampunglah, sedang asyik menonton televisyen bersama emak dan abah, tiba-tiba rumah kami didatangi beberapa orang pemuda. Katanya dari syarikat keselamatan kereta dan ada usahasma dengan unit pencegah jenayah. Mereka dari Kuantan, jauh bebenor.

Ayat sama macam statement atas tu kan. Datang datang rumah kami terus tanya siapa tuan punya kereta ni? Aik?? Viva saya ketika itu kategori baru, baru je keluar sebulan dua, tak berapa ingat. Pemuda tersebut offer saya untuk pasang alarm, dia kata kereta sekarang mudah dicuri, lebih-lebih lagi kereta baru.

Eh alarm yang dia offer tu bukan murah, beratus harganya. Tak kuasa nak layan. Saya tolak offer tersebut. Bila saya tolak, dia pujuk lagi. Siap mahu buat demo, cungkil kereta saya bagi membuktikan betapa mudahnya untuk membuka kereta ni. Kalau ada alarm kan selamat.

Suka hati je nak cungkil kereta orang semata-mata nak buat demo. Hotak dia la. Cungkilah kereta sendiri.

Ini adalah cara mereka. Silap-silap lepas cungkil kereta saya, berdezup hilang macam tu saja.

Target mereka biasanya kereta-kereta baru yang masih ada warranty. Sebab kereta baru biasany tidak membuat sebarang perubahan dari segi wiring dan sebagainya, dikhuatiri tidak dapat claim andai kereta bermasalah. Spare part pun baru kan.

Ini pengalaman saya pada tahun 2010, 5 tahun lalu. Penjenayah sebegini wujud di mana-mana dan hati mereka hitam, ambil jalan mudah untuk mendapatkan duit. Berhati-hatilah selalu.














Aisyah Humaira

Corak Di Kanvas Kehidupqn

8:00 PG


Kehidupan umpama kanvas yang kita corakkan dan warnakan sendiri. 

Kehidupan umpama air laut yang ada pasang surutnya.

Kehidupan umpama matahari di kala siang dan bulan di kala malam.

Di zaman semakpon, internet, brim bram brom untuk golongan miskin katanya, cukup sadis untuk menuturkan, kami dalam kategori golongan pertengahan tetap terkena tempias dari segi kenaikan harga barang, ikat perut sesekala demi kelangsungan hidup.

Usai servis kereta, sekadar mengisi waktu terluang bersama anak dara tercinta, tanpa suami di sisi kerana dia bekerja, viva dipandu terus ke KFC Seri Alam. Tidak ramai orang.


Makan tetap perkara utama. Laju-laju telan ayam goreng, dek keterujaan Cik Aisyah untuk bermain. Seronok si anak dara cilik bermain di taman permainan tersebut. Sekejap ke sana, sekejap ke sini. Yang penting, dia seronok dari hanya merenung dinding rumah tidak bertingkap. Sekurangnya, kami bersyukur telah memilik rumah.



Rindu akan setiap detik bersamamu. Semakin hari, dia semakin bijak. Masih kuat menyusu, dek kesedapan susu DHL meskipun tempohari dia ada mengatakan bahawa susu tidak sedap. Tekak tak sedap barangkali.


Sayangku Aisyah Humaira







Johor

Majlis Berendoi Qaseh Qistina

8:00 PG


Sedap benar nama Qaseh Qistina. Secomel bayi yang baru berusia 2 bulan itu. Qaseh Qistina, cucu kepada pengasuh Aisyah. Maka, bertambahlah anak asuhannya.

Logiknya, tidak mungkin seorang pengasuh akan membiarkan cucunya di jaga oleh insan lain. Tambahan pula, Qaseh Qistina merupakan cucu sulungnya.

Malam sabtu yang lalu, majlis berendoi untuk Qaseh Qistina diadakan. Kami hadir memenuhi jemputan.

Selpie tanpa Aisyah - budak tak suka bergambar tu..


Mami Qaseh Qistina, seorang ibu muda.


Majlis berzanzi.




Celcom

Kembali Bersama Celcom

8:00 PG


Ye..saya sememangnya pengguna Celcom. Sebulan saya hanya membelanjakan RM50 untuk top-up prepaid Celcom. RM38 untuk data internet bulanan sebanyak 2G. Cukuplah.

Saya menggunakan line Celcom sejak saya menggunakan telefon bimbit. Di kampung saya hanya ada line Celcom. Hingga tahun demi tahun, semua line dapat je di kampung saya tetapi saya tetap setia dengan Celcom.

Satu hari, saya tertarik dengan line Onexox. Lebih sebulan juga memikirkan untuk menukar line tersebut. Dengan bayaran RM10 sahaja, penukaran line berjaya dalam tempoh sehari.

Pertama kali menggunakan line onexox, memang terkial. Kena transfer dari DA ke MA lah. Ermmm layan saja. Tapi, bagi saya, saya agak fed-up dengan onexox sebab tiada pemberitahuan awal jika kuota internet saya hampir tamat. Tiba-tiba dapat sms, "langganan internet anda ditamatkan".

Bab mahu tambah nilai satu halnya pula. Perlu le 7E, atau ke stesen minyak. Memang sakit sedikitlah. Dan pembelian online hanya melalui Maybank.

Orang zaman sekarang ni suka sangat hantar apa-apa melalui applikasi WhatApps SAHAJA. Hantar SMS, tak balas. Luak setakat 0.20 sen pun berkira. Ini serius. Dia juga jual line Onexox tu. Saya hingga kini masih menggunakan SMS, ok je. Macamlah korang guna line internet tu tak perlu top-up.

Makanya, saya hanya mampu bertahan selama 2 bulan sahaja bersama Onexox.

Setelah mendapat bebelan dari en.suami, walaupun hanya sepotong ayat. Rasa pedas tahap makan cili padi. Saya menukar line kepada Celcom semula.

Mudah sahaja. Pergi le Celcom center, isi borang dengan lengkap, dapat nombor giliran, tunggu hingga nombor dipanggil, ke kaunter nombor dipanggil, tunggu, dapat simkad. Selesai. Melangkah keluar dengan rasa lapang dada.

Line Celcom kembali tidak sampai satu hari. Tengahari saya pergi daftar, petang sudah ada line Celcom. Percuma pula tu. Maka, selamat tinggal kepada Onexox.

Dengan celcom, mahu tambah nilai bila-bila masa pun tidak mengapa. Hanya melalui Cimbclicks. Sebab gaji masuk Cimb, akaun ini sajalah yang sangat-sangat aktif berbanding akaun lain.

Kalau dah serasi dengan Celcom, celcom jugalah tetap di hati.

Maaflah...selamat tinggal duhai Onexox















Makan Gaji

BerHangouts

8:30 PG


Sejak communication di kilang saya bertukar dari Yahoo Messenger ke Hangouts, saya tidak dapat log in ke akaun peribadi saya. Tak dapat nak draft entri laju-laju seperti sebelum ini.

Punca YM tidak digunakan lagi kerana virus yang kian berleluasa.

Tika ini terasa tab saya ini sangat-sangat berjasa untuk draft entri apa saja yang terlintas dalam fikiran. Walaupun blog saya kian sepi dek faktor kemalasan yang tidak dapat dijangka.

Saya tetap singgah ke blog lawan-kawan, baca entri korang tetapi tak dapat tinggalkan komen. Kalau ada iklan yang berlegar, in sha Allah saya akan klik ye.

Banyak cerita ingin saya kongsikan. Akan saya ceritakan satu persatu. Lebih-lebih lagi mengenai penama rumah kami yang sudah hampir selesai.








Pengalamanku

Tukar Penama Rumah - 2

8:00 PG


Kesinambungan entri sebelum ini, kami ke pejabat peguam rumah seperti mana yang tertera dalam SPA dan surat peguam yang pernah kami dapat. Tidaklah jauh mana, di Taman Daya. Berpusing lah kami di kawasan itu hampir 30 minit, tetapi tidak ketemu.

Dengan pantas, saya menelefon pejabat peguam tersebut, eh nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan kami!! Dail lagi. Sama juga. Saya telefon pemaju untuk dapatkan maklumat terkini, mengenai pejabat peguam tersebut. Oh!! Sudah berpindah ke Bukit Indah. Jauh la pula. Setelah mendapatkan alamat, bergegaslah kami ke pejabat peguam.

Dugaan lagi bila, en.suami tersalah masuk lorong dan kami terus masuk ke highway, keluar dari Bukit Indah. Bayarlah tol RM2.30. Ermm, cari u-turn, jauh juga, bayar tol semula RM2.30, pusing-pusing cari alamat Jalan Bukit Indah 15/1, hahaiii saya dah lama tidak ke kawasan ini, memang lah agak sukar untuk mencarinya.

Akhirnya, kami sampai ke pejabat peguam Shahrizat Rashid & Lee, bersebelahan Heong Leong Bank. Ciss, sudah la pindah tak bagitahu client, habis kami ni sebagai client lama mereka nak jadi apa?

Kami masuk ke perut pejabat, berurusan dengan seorang kerani di kaunter hadapan. En.suami menunjukkan surat yang kami terima, dan bertanyakan bagaimana cara penyelesaian, sepertimana yang diperkatakan oleh pihak pemaju.


"Memang boleh settle kat sini. Kita settlekan semuanya. Cuma, perlu sediakan deposit 1K"

"Hah?? Kitorang datang jauh-jauh, pemaju cakap boleh settle kat sini, kena bayar 1K?. Tempoh diberi 30 hari. Surat ni bertarikh 16 Februari 2015".

"Macam yang saya cakap tadi lah. Memang boleh settle, cuma sediakan deposit dahulu, 1K"

"Memang perlukan 1K ke untuk selesaikan ni?"

"1K tu deposit je baru. Total cost bergantung kepada harga rumah sewaktu tandatangan."

"So, total cost?"

"Boleh jadi 2 - 3K. 1% deposit, baki 2 %"

"Oklah, takpe"


Kami keluar dari pejabat tersebut dengan penuh sebal. Kalau setakat deposit 1K, boleh la bagi sekarang. Baki? Kena kira simpanan dahulu. Matahari sudah tegak di atas kepala gara-gara 'perjalanan jauh' kami. Berpusinglah sekali lagi di sekitar situ mencari kedai makan untuk membasahkan tekak dan mengisi perut yang kosong.

Mamak pun mamak la oi..

Sambil makan dan minum, perbincangan kami bermula. Berkisar duit yang perlu disediakan. Tidak lupa, memantau keadaan Aisyah yang belum sihat benar. Dibuatnya suhu badannya naik secara tiba-tiba, memang ke klinik lah kami.

Selesai mengisi perut, kami berpatah balik ke pejabat guaman. Kali ini, kami mahu pastikan berapakah nilai yang perlu kami sediakan. Staff tersebut, perlu membuka file dahulu. Kami menanti dengan sabar di ruang lobi. Nasib baik duduk dalam air-cond, sejuk sikit hati yang panas ni.

Tidak lama kemudian, en.suami dipanggil. Dari kiraan kasar, deposit yang perlu kami sediakan sebanyak 1K. Kemudian, en.suami akan dihubungi untuk menanda tangani surat perjanjian. Proses untuk mereka siapkan dokumen adalah 2 hingga 3 minggu. Telan air liur. Lama juga. Baki sebanyak RM2600 akan dijelaskan seawaktu menandatangani perjanjian tersebut. So, total cost adalah RM3600!

Kami perlu pecahkan geran, di mana geran yang sedia ada adalah atas nama pemaju, Venice View c/o Nama Pemilik Rumah. Geran kelompak. Sewaktu pembelian rumah dahulu, pemaju ada juga beritahu tentang pecah geran ini, tapi tidak sangka pula ini kesnya. Tidak ada notis pemberitahuan apa-apa sebelum ini. Memang menyirap darah. Bagi memecah geran tersebut, membuang nama Venice View (pemaju), itulah sejumlah wang yang perlu kami sediakan.

Berdasarkan surat dari mpjb tersebut, sekiranya gagal menghantar Borang I tersebut, kompaun sebanyak RM500 akan dikenakan. Hah! Senang betul korang nak kutip duit ye. Ingat kami ni cop duit? Beli rumah susah, tak beli rumah pun susah. Sabar sahajalah wahai hati.


Mudah sangat kan menyelesaikannya, ye cukup mudah kalau ada duit. Korek tabung ayam lah jawabnya. Simpanan yang mahu ke lain, terpaksa didahulukan. Inilah dugaan hidup di bandar Johor.




Bersambung lagi la ye...




Pengalamanku

Tukar Penama Rumah -1

10:00 PG


Bukan mudah hendak memiliki sebuah rumah sekarang meskipun rumah comel single storey di kawasan bandar. Kalau ikutkan hati, lebih baik rumah di kampung, tidak perlu fikir cukai pintu, itu ini. Seluas mana nak buat pun tidak mengapa.

Rumah yang kami miliki, atas nama en.suami, yang termetrai sejak 2010 adalah sebuah single storey berkeluasan 1300 persegi dengan harga 135K. Sudah nama rumah teres, hanya ada tingkap depan belakang, selebihnya dinding.

Sebelum cuti CNY tempohari kami menerima surat pertukaran penama dan perlu di hantar ke majlis perbandaran johor bahru dalam tempoh 30 hari. Dalam fikiran kami, tidak terlalu rumit kerana hanya memerlukan beberapa senarai salinan dan pada fikiran kami juga semua itu telah tersedia.

Kebetulan, Aisyah demam belum kebah-kebah lebih 3 hari. 3 hari lalu, darahnya telah diambil, tidak sanggup untuk melihat dia meraung lagi. Sebelum ke klinik, en.suami mengajak saya untuk menyelesikan pertukaran penama tersebut.

Kami ke Mah Sing, pejabat jualan untuk mendapatkan kepastian, dan salinan yang kami perlukan. Jawapan mereka, sangat mudah, encik dan puan pergi ke pejabat peguam yang ada tercatat dalam SPA, mereka akan selesaikan semua. Mudah bukan??



Sambung nantilah ye....







Santai Ahad

Singgah Menyinggah

11:48 PG



Bermacam hal yang berlaku dalam dunia alam maya ni rupanya. Bagi yang berminat untuk menulis, teruskan menulis. Ramai yang menyokong.

Biasalah blog ni walaupun ibarat 'rumah', tapi blog takde pintu pagar, takde pintu, takde mangga yang berkunci, klik je dah boleh terjah dan baca segala isinya.

Mengapa saya suka menulis? Sebab saya suka. Dah kata blog personal, blog syok sendiri lah. Akekeke..

Dan saya juga pembaca kan, jadi saya ada minat tersendiri juga.

Bila ada masa free nanti saya terjah nlog kawan-kawan. Nak say hi hi..


Nota Kaki : Servis kete..servis kete..