Assalamualaikum

Kumpul dan Tebus Mata Ganjaran Dengan Kad Smiles Petron | Kelebihan mengisi minyak di Petron adalah dapat mengumpul mata ganjaran. Dan mata ganjaran itu juga boleh ditebus sama ada tebus untuk mengisi minyak atau barang-barang di kedainya.


Kad lama dah tak pakai


Kad baru


Mudah sahaja untuk mendapatkan kad smiles ini. Hanya perlu ke mana-mana stesen minyak petron di dalam Malaysia dan minta borang untuk membuat kad mata ganjaran tersebut. Isikan butiran lengkap seperti yang diminta dan borang yang sudah lengkap boleh dikembalikan semula ke kaunter bayaran.

Kad smile akan terus dapat serta merta dan mata ganjaran juga boleh dileretkan terus. Cuma butiran peribadi belum diupdate di HQ mereka. Jika mahu cepat, boleh juga fax kan borang tersebut terus ke nombor fax yang tertera di bahagian atas borang.

Bagi yang mahu menukar kad smiles dari lama ke baru pula, caranya juga sama. Kad baru boleh terus dapat di kaunter pembayaran. Penukaran kad lama ke baru dan sekaligus untuk memindahkan mata ganjaran dari kad lama ke baru, hanya perlu mengisi borang yang sama cuma perlu 'tick' bahagian yang berkenaan dan memasukkan nombor kad smile tersebut.

Borang boleh dihantar kembali ke kaunter atau terus fax ke nombor fax mereka (bahagian atas borang). Saya faxkan sahaja, lebih cepat. Dalam tempoh seminggu, mata ganjaran telah berjaya dipindahkan.

Mata ganjaran yang telah terkumpul boleh ditebus samada mahu menebus minyak atau barangan lain di kedai mereka. Setiap barang berlainan mata ganjaran yang diminta. RM1 mewakili 1 mata ganjaran.

Setakat ini

Selama 4 tahun menjadi pengguna tegar petron tolak tempoh masa beberapa bulan kerana kad hilang dan mata ganjaran tidak dapat dileretkan (rugi). 3000 mata ganjaran dapat menebus minyak sebanyak RM45. Boleh digunakan masa kecemasan, siapa tahu.


** Update Terkini **
Klik SINI