Sudah perasan sejak awal masuk kerja di sini. Sektor yang dianaktirikan. Redha dan sabar dalam menyampah.

Mood raya memang sudah ada meskipun persiapan raya ke laut. Kuih raya memang 10 % je. Buat kerja pun jadi malas-malas meskipun report berlambak perlu diselesaikan. Mungkin ini pengakhiran busy kot. CP Section sudah slow, reduce manpower hingga separuh. Transfer department sama ada suka atau tidak. Ibu? Takde effect tapi memang sudah malas sejak dua menjak ini.

Bertambah bosan tu tak boleh bersosial sangat. Facebook memang sudah lama diblock. Kalau nak buka facebook, sila gunakan handphone canggih masing-masing. Beberapa minggu yang lalu, youtube, radio online juga diblock. Ohh..stress tak dapat dengar lagu raya. Penyudahnya, guna radio handphone cabuk ni. Sekurang-kurangnya ada juga jasanya.

Sekarang ni bukan main rancak lagi mereka menjalankan misi cut cost. Walaupun setiap bulan gaji tetap masuk tapi kebajikan lain tetap dipandang remeh. Sabar sajalah..

Amin Ya Rabbal Alamin