Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Bila Anak Mula Menconteng

Assalamualaikum


Bila Anak Mula Menconteng | Setiap anak dilahirkan berbeza perwatakan, perangai dan keletah. Bab  menconteng, kedua anak saya adalah sama. Tiba-tiba saya perasan dinding rumah sudah berseni. Kecik bessar kecik besar je tengok budak-budak ni. Sudah la menconteng, buat muka comel lak tu, dengan harapan usaha mereka dihargai.

Sekali dua dinding diconteng mungkin masih boleh bertahan. Kalau dah banyak kali, mau jadi hijau gak. Mak ko hijau.

Apa yang perlu ibubapa lakukan bila anak sudah mula menconteng?

- Sediakan buku tulis.
- Sediakan kertas lukisan.
Jika saiz tidak mencukup, dan kemahuan menconteng membuak-buak,
- Sediakan kertas majung dan tampak di dinding rumah.

Inisiatif saya, berikan anak kertas atau buku untuk dia menulis dan menconteng. Otak sedang berkembang, biarkan bakatnya diasah. Alif ok lagi, tidak menconteng sangat berbanding kakaknya, Cik Aisyah dahulu. Kesan contengannya memaksa kami untuk mengecat seluruh dinding rumah!


Tiba-tiba ada seni di dinding dan si pelaku adalah budak comel ini. Muka tak bersalah. Tapi, masih boleh dikawal sebab dia lebih menconteng di buku berbanding dinding. Harapnya terus begitu.


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. naura pun dah pandai menconteng..dah habis dengan buku,dinding menjadi sasaran..redha je mak ni

    BalasPadam
  2. dulu ilham tak pandai conteng..syamil ni maybe ada role model cpt je buat eksperimen kt dinding..

    - Hernee Nazir -

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code