Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Penelitian Hidup

Assalamualaikum


Kita bangun dari atas katil, walaupun  tak berapa empuk. Tapi ada orang bangun dari kaki lima jalanan.

Kita hidupkan enjin kereta tapi tak boleh. Bateri kong! Ada orang hilang kereta malam tadi kerana dicuri atau kemalangan.

Susah nak kejutkan anak bangun tidur. "Hish budak ni, apa nak jadi". Tapi ada jiran waktu nak kejut anak bangun tidur, anaknya telah kembali bertemu Penciptanya.

Kita sudah bosan bekerja kerana 1001 macam perkara tak kena di tempat kerja. Pagi ini ada bapa yang menyara keluarga dibuang kerja.

Kita rasa bosan dengan pasangan kita. Pagi ini ada orang yang telah kehilangan suami atau isteri.

Kita rasa jemu dengan makanan pagi yang disediakan pasangan. Kita komplain. Hari ini ada orang yang hanya boleh makan pakai tiub aje kerana kanser mulut.

Kita rasa pakaian kita tak cukup? Ada orang hanya ada 3 helai baju sahaja. 

Kita rasa kecewa kerana kerja dah berpuluh tahun tapi masih tiada simpanan ataupun harta. Semalam ada orang meninggalkan dunia tanpa membawa apa-apa kecuali sehelai kain kapan.

Kita rasa tanggungjawab terlalu besar. Banyak sangat benda nak buat. Kita rasa rimas dengan expectation sekeliling terhadap kita. Malam tadi ada saudara kita yang dijemput Allah memohon untuk dihidupkan semula.

Syukurlah walau apa jua keadaan kita masih bernafas di bumi Allah ini. :)

Alhamdulillah ... :)


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Thanks for the reminder, basicnya ialah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.
    Kalau kita rasa kita susah, ada orang yang lagi susah dari kita kan?

    BalasPadam
  2. Betul tu mar..sntiasa kene bsyukur

    BalasPadam
  3. Betul tu mar..sntiasa kene bsyukur

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mar....betul tu sentiasalah bersyukur...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  5. betul tu. susah senang kita skrg ni kena always besyukur. sbb sesusah susah mana kita, ada lagi yg susah dr kita. pandang bawah jgn pandang atas. sbb sampai bila pon tak habis kalau kita asyik pandang mereka yg atas dr kita.
    ttba mek rasa brsyukur sgt malam ni.
    thanks for this writing :)

    BalasPadam
  6. Kita rasa tak boleh buang air besar tapi ada orang tak dapat mskan.

    BalasPadam
  7. Bersyukur mengingatkan kita supaya kita sedar siapa diri kita... dan tidak terpesong dari terus melupakanNya...

    BalasPadam
  8. SESI TERJAH BLOG RAKAN BLOGGER

    Thanks for the reminder kak mar. T__T

    Jom ke Blog Uyul Rosli >>> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code