Assalamualaikum
Menangi Rare Muscle Car Bersama Carlist.my Grand Prix Challenge 2017 | 14.04.2017 - Berlangsungnya acara flag off di JB, kerjasama antara Carlist.my dan 23 Motor Sdn Bhd.
Ia merupakan langkah permulaan "Grand Prix Challenge" di mana rakyat Malaysia akan melihat 2011 Ford Mustang 4.0 Liter V6 merah jambu memulakan sesi jelajah di seluruh Malaysia. Terdapat 52 lokasi yang akan di tuju.
Acara dimulakan dengan ucapan dari pihak pengurusan. VIP yang hadir di sidang media;
- Dato' Kaathir Mustaffa (Pengarah Urusan 23 Motors Sdn Bhd).
- Ariz Ramli atau dikenali Caprice (Artis Rapper & Founder of Jihad in Education/ Mengaji.com).
- Dato' Nasri Said (Penasihat Eksekutif 23 Motors Sdn Bhd).
- Safir Rahim (Pemain Bola Sepak JDT).
- PC Gan (Pengutus Besar Carlist.my)
Acara diteruskan pula dengan ucapan dan penerangan dari PC Gan (Pengurus Besar Carlist.my) tentang roadshow yang akan berada di 52 lokasi di seluruh Malaysia ini.
Pengguna yang membeli kereta pilihan mereka melalui Carlist.my akan berpeluang untuk memenangi 2011 Ford Mustang 4.0 Liter V6 Convertible!
Pelancaran dan pelepasan Rare Muscle Car berwarna merah jambu.
Selesai penjelajahan di seluruh negara, kereta ini akan berhenti di Setia City Concentre Centre di mana ia akan dipamerkan di Carlist.my MAA Drive Test and Buy Event 2017 pada 13 dan 14 Mei 2017.
Acara ini adalah percuma dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Untuk pengetahuan semua, rakan bank mereka iaitu Public Bank akan memberikan kadar faedah yang terbaik hanya pada 13 dan 14 Mei 2017 di pameran tersebut. Selain itu, ada aktiviti untuk seisi keluarga juga!
Berita baik untuk pelanggan Carlist.my di mana berpeluang memenangi barangan Carlist.my dan kad petrol bernilai RM30 dari Caltex. Caltex merupakan rakan rasmi acara ini. Pemenang hadiah utama juga berpeluang memilih 2012 Chevrolet Camaro LT-RS 3.6 atau 2011 Dodge Challenger 3.6 Liberty Walk.
Bagaimana untuk menyertai pertandingan Gran Prix Challenge 2017?
- Setiap pembelian kereta bernilai RM50,000 yang dibeli di Carlist.my berpeluang menyertainya - 3 entries.
- Mana-mana kereta bernilai RM50,000 hingga RM199,999 yang dibeli di 23 Motors Sdn Bhd melalui Carlist.my - 5 entries.
- Mana-mana kereta bernilai RM200,000 yang dibeli di 23 Motors Sdn Bhd melalui Carlist.my - 10 entries.
Penyertaan dibuka sekarang hingga 30 Jun 2017
Matlamat Carlist.my ini adalah untuk membantu pasaran kereta secara online bagi membantu pelanggan membeli kereta dengan cara yang mudah dan sekaligus mendapat tawaran yang menarik.
Untuk maklumat lanjut, layari Carlist.my
6 Ulasan
wow
BalasPadamwow kete beso besooooo bestnyaaa.. hehe..
BalasPadamkete pink tu akak punya...hehehe
BalasPadamwahhh.. beli kete berpeluang menang kete jugak tu.. bestnya
BalasPadamWahhhh....
BalasPadamtelan air liur tengok keta pink..
BalasPadam- Hernee Nazir -
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.