Assalamualaikum
Kisah Viral Ini Sahabat Lama Saya | Sampai saat ini saya masih terkesima, seolah sukar untuk percaya. Sahabat lama kami, zaman universiti, satu course, satu kelas di UiTM Shah Alam satu ketika dulu telah pergi meninggalkan kami.
Semalam petang, saya baru tahu perkhabaran yang dia telah pergi mengadap Illahi. Baru balik kerja, duduk-duduk dengan anak-anak depan televisyen, tergerak hati nak buka FB. Terkejut dengan ucapan takziah para sahabat. Laju saya ke page personal dia.
Allahuakbar. Innalillah..
Bagaimana perkhabaran berita gembira setelah dia selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Kemudian, disusuli berita gempar yang dia mengalami pendarahan. Malah, saya sempat baca status seorang sahabatnya di mana dia sempat berwhataps ketika di ICU, mengatakan yang rahim dia sakit sangat-sangat.
Sesungguhnya dia tergolong dalam golongan orang yang mati syahid. Dalam kehibaan, ada kegembiraan di sebelah sana.
Album lama zaman uni dulu banyak di kampung. Memang banyak gambar bersama dia. Meskipun kami tidak lah serapat mana, tapi kami satu course, pernah susah senang bersama-sama.
Tiba-tiba teingat zaman uni dulu, teringat dia dengan skuternya. Teringat zaman kami pernah bekerja kilang dahulu semasa cuti semester. Ya Allah, tiba-tiba kenangan lama menerpa.
Betapa sesunggunya ajal itu tidak lambat walau sesaat.
Damailah kau di sana..
9 Ulasan
Allah, Allah, Allah.
BalasPadamHiba terasa di hati.
Terus mengusap anak di dalam kandungan :(
Al-Fatihah.
Allah :( al Fatihah
BalasPadamsedihnya dengar perkhabaran kawan mar tu..lagi sedih bila dia meninggalkan anak yang baru dilahirkan..
BalasPadamal-fatihah
Innalillahi wainna ilaihi rojiun..takziah keluarga arwah..semoga tabah menghadapi dugaan Allah..
BalasPadam- Hernee Nazir -
Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Semoga arwah ditempatkan bersama org2 yg soleh.
BalasPadamInnalillahi wainna ilaihi rojiun. ada terbaca kisah ni..rupanya kawan mar ya..semoga keluarganya tabah menghadapi ujian ni..
BalasPadamInnalillahi wainna ilaihi rojiun
BalasPadamsyurga menanti di sana..Allahu
innalillahhh sedihnya baca kakkkk. huwarghh. moga ditempatkan dalam kalangan mukminin.
BalasPadamUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
assalamualaikum mar...sedih dengar berita ini...mati itu pasti x menegnal muda atau tua...tapi syurgalah tempatnya...Al-Fatihah...:(
BalasPadam** Mama Maszull
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.