Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Bergerak Dalam Zon Berbeza

Assalamualaikum


Bergerak Dalam Zon Berbeza | Agak menarik apabila terbaca, 'semua benda bergerak dalam zon berbeza'. Satu perkongsian yang menarik.


Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.

Ada yang masih single.
Ada yang dah kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama.
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak orang lain lebih berjaya. Masa kita belum sampai.
Obama retired 
​pada umur ​
55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yang berbeza.
Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.

Ada yang 'depan' dari kita.
Tapi ada juga yang 'belakang' kita.
Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.

Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.
Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.
Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.


Nota Kaki : Perkongsian

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Betul sangat..kita ada buku takdir masing-masing kan...terima dan bersyukurlah sentiasa...

    BalasPadam
  2. menarik sangat entri ni.. zon masa yang berbeza... syukur kita masih lagi bernafas sehingga ke hari ini...

    psssttt... terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #29. Blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2017/04/senarai-url-blog-29.html . Pemenang akan diumumkan pada 19/4/2017. (^_^)

    - Mia Liana

    BalasPadam
  3. suke baca kak... kene lak kt diri sndiri...

    sbb kadang2 bila jumpa blik kwn2 sekolah dulu, mana yg duk kampung dh ada umah sndiri kite duk kl umah pun nyewa, terasa sedih terasa malu... tp bila di jenguk2 oh dia ada umah sndiri tp lum ada rezeki jumpa jodoh lg, aku ni ada lah bersuami n anak sorang... trs rasa Ya Allah, tak bersyukurnya aku

    semua dh Allah tetapkan... masing2 ceritanya tak sama

    BalasPadam
    Balasan
    1. silap terpanggil akak lak... ptt nya mar yg panggil dana akak... hehehhe

      Padam
  4. assalamualaikum mar...perkongsian yg baik...aamin..
    ** Mama Maszull

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code