Assalamualaikum

Cara Selesaikan PTPTN Dengan KWSP | Kalau sebut PTPTN, banyak betul kisah yang saya nak coretkan sebenarnya. Tapi tak perlulah saya cerita secara details di sini. 

2017, syarat untuk buat apa-apa pinjaman dengan bank semakin ketat. Peminjam yang ada membuat pinjaman belajar iaitu PTPTN, sila take noteJika peminjam tidak membayar langsung pinjaman, tidak membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual pembayaran, pinjaman ada tunggakan, emm,,, berhati-hatilah sebab korang tidak akan berjaya membuat apa-apa juga pinjaman yang melibatkan bank.

Macam kes saya, loan rumah ke-2 saya tak lulus gara-gara tunggakan PTPTN saya. Ha amik kauu. Tulah bayar tak cantik. Akaun bayar balik PTPTN saya bermula tahun 2008. Kemudian, saya tukar ke sistem Ujrah pada tahun 2011 di mana kos pentadbiran dikurangkan dari 3% ke 1%. Memang berbaloi, sebab ada nampak pengurangan jumlah pinjaman di situ.

Untuk itu, perlulah saya selesaikan tunggakan atau bayar habis terus pinjaman saya itu. 

Pilihan saya, bayar habis pinjaman PTPTN sebanyak 10K lagi tu menggunakan KWSP akaun 2.

❤❤❤❤❤

Untuk Selesaikan Baki Pinjaman PTPTN;

#1

Untuk proses pengeluran KWSP ini, korang WAJIB ada I-akaun KWSP. Kalau korang takde I-Akaun, sila buat terlebih dahulu ye. Mudah je untuk buat I-Akaun KWSP, korang hanya perlu pergi ke kiosk KWSP,masukkan kad pengenalan, thumbprint seperi biasa dan pilih dapatkan nombor pin I-Akaun. Kemudian, daftar di laman web KWSP segera.


#2

Ke pejabat PTPTN terdekat.

26.02.2017 - Saya ke Pejabat PTPTN terdekat. Nyatakan tujuan saya dan dapatkan nombor giliran di mesin nombor. Bila nombor naik, segera ke kaunter tersebut. Macam saya, tujuan saya adalah untuk menyelesaikan semua pinjaman yang ada melalui KWSP akaun 2.

Pegawai akan tanya, ada I-Akaun KWSP?
Ya

Pegawai akan minta tuliskan username dan password I-Akaun untuk dia login.

Pegawai akan semak bagi akaun 2 samada jumlah mencukup atau tidak. Jika cukup,pegawai akan bertanya samaada mahu bayar keseluruhan pinjaman atau tunggakan sahaja.

Jika akaun 2 korang tidak mencukupi, korang boleh berbincang dengan pegawai tersebut.
Proses sekejap sahaja, dalam 15 minit tu selesai. Semuanya menggunakan sistem online.

27.02.2017 - Saya sudah menerima mesej pesanan ringkas dari KWSP.


#3

Setelah menerima SMS, boleh la ke pejabat KWSP pula. Bawa sekali kad pengenalan serta sijil atau transkrip original, copy IC dan copy sijil atau transkrip.

05.03.2017 - Ke pejabat KWSP la kiteeee. Saya ada kongsikan di entri sebelum ini.

 >>> Bebas Hutang PTPTN <<<



Cepat betul prosesnya kan. 06.03.2017, permohonan saya sudah diluluskan, cuma surat sampai lambat lah. Suka sangat dalam hati bila hutang yang amat digeruni abad ini selesai. Alhamdulillah.. 

❤❤❤❤❤

Untuk makluman semua, jika korang dapat bayar balik semua jumlah pinjaman sebelum 31 Disember 2017, korang akan dapat diskaun 15%. Kalau korang nak bayar separuh pun boleh, dapat diskaun 10%.



28.03.2017 - Saya semak sekali lagi akaun saya. Dah clear habis, sebelum ni ada kos pentadbiran lagi tau, RM 13 ringgit macam tu lah, tapi saya dah bayar. Saya lebih suka bayar melalui FPX sebab bila refresh, saya boleh semak terus penolakan yang dia buat.

Tahniah buat diri sendiri sebab telah menyelesaikan PTPTN meskipun hati berbolak balik, sampai nangis tepi buju katil sebab akaun 2 tinggal 2K je. Untuk lebihan bayaran selepas diskaun 15%, PTPTN akan pulangkan semula ke akaun 2 KWSP saya dalam tempoh 1- 2 bulan.

Semuanya di hujung jari sekarang. Semakan boleh dibuat di www.ptptn.gov.my