Kumpul dan Tebus Mata Ganjaran Dengan Kad Smiles Petron

9:00 PG

Assalamualaikum

Kumpul dan Tebus Mata Ganjaran Dengan Kad Smiles Petron | Kelebihan mengisi minyak di Petron adalah dapat mengumpul mata ganjaran. Dan mata ganjaran itu juga boleh ditebus sama ada tebus untuk mengisi minyak atau barang-barang di kedainya.


Kad lama dah tak pakai


Kad baru


Mudah sahaja untuk mendapatkan kad smiles ini. Hanya perlu ke mana-mana stesen minyak petron di dalam Malaysia dan minta borang untuk membuat kad mata ganjaran tersebut. Isikan butiran lengkap seperti yang diminta dan borang yang sudah lengkap boleh dikembalikan semula ke kaunter bayaran.

Kad smile akan terus dapat serta merta dan mata ganjaran juga boleh dileretkan terus. Cuma butiran peribadi belum diupdate di HQ mereka. Jika mahu cepat, boleh juga fax kan borang tersebut terus ke nombor fax yang tertera di bahagian atas borang.

Bagi yang mahu menukar kad smiles dari lama ke baru pula, caranya juga sama. Kad baru boleh terus dapat di kaunter pembayaran. Penukaran kad lama ke baru dan sekaligus untuk memindahkan mata ganjaran dari kad lama ke baru, hanya perlu mengisi borang yang sama cuma perlu 'tick' bahagian yang berkenaan dan memasukkan nombor kad smile tersebut.

Borang boleh dihantar kembali ke kaunter atau terus fax ke nombor fax mereka (bahagian atas borang). Saya faxkan sahaja, lebih cepat. Dalam tempoh seminggu, mata ganjaran telah berjaya dipindahkan.

Mata ganjaran yang telah terkumpul boleh ditebus samada mahu menebus minyak atau barangan lain di kedai mereka. Setiap barang berlainan mata ganjaran yang diminta. RM1 mewakili 1 mata ganjaran.

Setakat ini

Selama 4 tahun menjadi pengguna tegar petron tolak tempoh masa beberapa bulan kerana kad hilang dan mata ganjaran tidak dapat dileretkan (rugi). 3000 mata ganjaran dapat menebus minyak sebanyak RM45. Boleh digunakan masa kecemasan, siapa tahu.





You Might Also Like

23 comments

  1. Sebenarnya kakak tak pernah isi minyak di petron lagi tau Mar. Tempat kakak tinggal tak ada itu yg tak pernah isi...

    BalasPadam
  2. betul2 klu msa tedesak tu boleh diguna pakai kan...

    BalasPadam
  3. anak2 bunda selalu jugak masuk minyak di Petron ni... tak tahu samada mereka dah ada kad tu ke belum...

    BalasPadam
  4. baru buat kad petron bulan lepas..hehe..point tak boleh nak tukar lagi

    BalasPadam
  5. Belum ada di tempat tinggal akak..

    BalasPadam
  6. Hahaa samalah kita.. mmg pengguna petron. Rasa lebih jumat & lancar je enjen keta. Baru ni tukar kad baru & point dari kad lama belun settle tranfer. Nak check jugalah sbb ada rm45 juga minyak yg boleh ditebus tu nanti.. :D : D

    BalasPadam
  7. wah mar dah cecah 3k...thn lpas point sy dh cecah 2k tp incik hubby dh gune kan

    BalasPadam
  8. petron jrg jrg guna
    slalu guna shell. collect point dgn shell je. hihi

    BalasPadam
  9. lya ada kad mesra dgn shell je he..best kan kumpul kad2 blh colec point

    BalasPadam
  10. Rasa sayalah hampir semua kad loyalty stesen minyak saya ada, tapi paling aktif cuma Bonuslink untuk Shell jek. Hehehe.

    BalasPadam
  11. wah bercakap macam prmosi aje ni...heh
    saya pun ada macam-macam kad loyalty
    semua saya bedal...hehe

    BalasPadam
  12. Saya cuma pakai MYKAD collect point, diskaun, cash rebate...dan paling best lagi sy dapat generate income melalui platform MYKAD!!!

    berminat nak tau lebih lanjt whatsapp saya di 0168607456 - edy-

    BalasPadam
  13. memang lambat ka,depa nak boh point masuk sampai 2 mingu

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak lambat kalau kita fax borang direct HQ

      Padam
  14. apsal gmbr kat ats tu tnjuk kad esso ngan petron?esso dgn petron mmg same ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. dulu esso...kemudian penjenamaan baru..petron

      Padam
  15. saya baru ni isi minyak guna point kad miles petron. bagus lah petron ni.stesen minyak lain tk nak ikut kew.

    BalasPadam
  16. Ada aritu dapat kad petron ni..firstime isi minyak kat situ....
    Tak tau lar suami dah daftar ke belum...tp kad dah dapat

    BalasPadam
  17. Bagi saya petron point terbaik dari shell atau bonuslink.. sbb bg penebusan point untuk minyak lg byk petron kad dr bonuslink..

    Contoh..
    BONUSLINK RM 1= 1POINT
    =1000 POINT RM 10 PETROL
    =3000 POINT RM 30 PETROL

    KALAU PETRON
    =3000 POINT = RM45 PETROL

    LEBIH RM15 PETROL BOLEH DI ISI...
    saya dah tebus 4 kali untuk 3K point..mmg untong dr BonusLink...

    BalasPadam
  18. Sy br td nk tebus 3000 point.tp dia kata sistem problem.pasal da pukul 11 mlm kot.harap esok dtg siang jgn la siatem down lg..ingt sistem tebus point 24jam.rupanya mlm x ble tebus..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.