Jus Mangga PRAN

By Mar Mansor - 10:15 PG

Assalamualaikum

Jus Mangga PRAN | Selalunya tengok je lambakan jus ni di Mydin. Ntah macamana hari tu tiba-tiba rasa nak cuba. 3 botol 1 liter ni RM10.59 tak silap saya. Sudah lah cuaca panas kat luar tu, tergoda pula dengan jus mangga ni.

Keluar dari Mydin, teman en.suami ke kedai electrical hardware. En.suami beli lampu kalimantang untuk dipasang di rumah flat kami tu. Alhamdulilah, rumah flat kami sudah ada penyewa cuma belum masuk lagi. In sha Allah setelah selesai kerja wiring dan pasang tikar getah, penyewa akan masuk.

Berbalik kisah jus mangga ni, sementara en.suami membeli barang keperluan, kami anak beranak menunggu dia di dalam kereta. Cubalah merasa jus mangga Pran ni. Makoih sedapppppp!! 

Rasa dia manis-manis buah dan pekat. Memang terasa rasa mangganya. Agak tak sesuai untuk anak-anak kecil seusia Alif, tapi apa kan daya, bila dia dah nampak memang takleh buat apa.

Antara khasiat buat mangga;
- Mengatasi diabetes.
- Sebagai anti-oksidan
- Mengatasi penyakit jantung
- Mencegah penyakit kanser.
- Membuat tulang lebih sihat.
- Melancarkan sistem pencernaan.
- Sebagai ubat anemia.
- Mengawal kadar kolestrol.
- Menjadikan mata lebih sihat.
- Mencegah asma.
- Mengatasi jerawat.
- Melembapkan rambut.
- Meningkatkan daya tahan tubuh.


Alif : Nak air..nak air..nak air.. (pelat-pelat kelat)

Aisyah : Ibu, kakak nak jugak

Bila dah rasa, masing-masing tak berhenti minta. Maka berhuhu lah si emak.



  • Share:

You Might Also Like

13 comments

  1. assalamualaikum mar...sedapnya ...lagi la cuaca panas mmg elok minum...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  2. Sedap kan air ni. Selalu beli masa bulan puasa utk berbuka. Hehe

    BalasPadam
  3. Sesekali ok...hihihi..PC kalau beli biasanya campur dengan air kosong..jadinya cair sikitlah sebab nak kurangkan manisnya tu..

    BalasPadam
  4. menggoda nengok jus mangga tuh
    nsb la kt kl skrg ni sejuk sbb ujan lbt td...

    dpt time pns2 nikmat betul

    BalasPadam
  5. sedap pulak tgk jus ni.. panas2 ni syok minum sejuk2..

    BalasPadam
  6. liez tak pernah try lagi air PRAN ni... nnt nak beli la

    BalasPadam
  7. memang sedap jus mangga ni. pekat. minum sejuk2 lagi best.. ah.. rindunya

    BalasPadam
  8. kena try ni sebab sha suka jus mangga tapi mangga takmakan hahaha

    BalasPadam
  9. Saya suka PRAN ni memang sedap!

    BalasPadam
  10. hehehe tak penah cuba.. and memang selalu nampak kat Mydin.
    lepas ni boleh cuba.. suka juga air mangga.. selalu beli Peel Fresh.. kena cuba dlu ni baru tahu..

    BalasPadam
  11. Murah laaa.. Berbaloi3 sbb sedap

    -serikanditanahjauhar

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.