Soto Mudah dan Sedap

8:00 PG


Menu seharian di hari cuti umum Deepavali tempoh hari. Malas nak makan berat-berat maka terhasillah soto ringkas tapi sedap ini. Ambil resepi dari Che Mat Gebu. Memang sedap. Rugi sapa yang tak cuba.

Celik mata teringat nak makan soto, pagi tu juga baru sibuk cari bahan kecuali ayam dan ketupat segera. Hahaha..mujur ayah pun cuti, dialah yang ke kedai mencari bahan. Ala, apalah sangat bahannya kan. Itu pun, kalau makan di kedai mau cecah berbelas-belas ringgit juga kan untuk 3 orang makan.

Sambal kicap pula memang sentiasa ada stok. Bila tinggal sikit je, cepat-cepat ibu buat lagi. Simpan dalam peti ais. Mudah sahaja, cuma cili, bawang putih, kicap, garam dan gula.


Soto Kasih



BAHAN KUAH SOTO :
1.5 kg rangka ayam, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat kasar2
1 genggam bawang goreng
Air secukupnya (anggaran 5 - 6 liter)
2 camca besar rempah sup "Adabi"
1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"
1 biji bawang besar*
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1.5 inci halia*
4 biji buah keras* ~lupa letak
1/4 inci kunyit hidup*
1 camca besar lada hitam biji*(*dikisar halus)

BAHAN TUMIS :
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih

BAHAN LAIN :
Nasi impit, didadu
Begedel ~tak buat
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap
Cili kicap
Soo hoon goreng ~tak buat
Kacang tanah goreng ~tak buat
Daging ayam yang dicarik halus
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng


CARA MEMBUATNYA :
  1. UNTUK KUAH SOTO :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan serai, lengkuas dan bahan kisar halus, tumis hingga wangi. Rempah sup dan kurma, disatukan dan bancuh dgn sedikit air, kacau rata dan masukkan dalam peruk tadi, tumis hingga rempah sedikit garing. Masukkan rangka ayam, gaul rata dan biar kecut sekejap. Tuang air secukupnya, masukkan bawang goreng dan daun sup, kacau rata dan biar mendidih. Kecilkan api dan renih 1 - 2 jam, tambah garam, secukup rasa..
  2. UNTUK SOTO AYAM :- Isi nasi impit secukupnya dalam mangkuk, tuang kuah. Letak begedel, dan bahan2 lain. Nikmati soto dengan sambal kicap.~copy paste dari www.tiffinbiru.com



Nota Kaki : Salah satu blog yang ibu suka terjah..terima kasih CM atas resepi-resepi yang sedap.


You Might Also Like

19 comments

  1. sedap kan soto,
    my favaourite juga
    thanks sharing the recipes :)

    BalasPadam
  2. Wah..
    Hr ni nk msk apa plk mar?

    BalasPadam
  3. Sedapnye. Dah lama sgt x mkn soto. Tambah sedap lg dgn cili kicap. Wow marvellousnya!

    BalasPadam
  4. mudah kan.. resepi dihujung jari.. resepi cmg best best belaka..

    BalasPadam
  5. sedappp nya kita suka mkn sup2 ni rsa segarrr jek

    BalasPadam
  6. sedapnya.. resipi dari mat gebu memang bole mengundang rasa nak terus buat.. geram.. :)

    BalasPadam
  7. sedapnya..saya suka bihun soto..;P

    BalasPadam
  8. Saya suka makan soto buat makan mlm.. breakfast pun best juga.. :)

    BalasPadam
  9. soto mmg feveret . dah asal johor kan . selalunya klu ada baki sup ayam , saya akan buat mee soto lah ...

    BalasPadam
  10. suka juga soto ni
    tapi belum penah cuba buat lagi =)

    BalasPadam
  11. Wahh nanti nak try jugak la resepi ni sebab mudah ..hihi..hari sabtu hari tu aida buat bakso..pon macam tak jadi je..jadi mee hoon sup pulak..hehee

    BalasPadam
  12. sedapnyaa..lama tak mkn soto..
    teringin plak rasa..T_T

    BalasPadam
  13. Terasa2 kt mulut keenakan soto

    BalasPadam
  14. Tetiba terus nak buat soto pulak huhu....Nasi impit sudah masak.....tengahari masak sup dia....
    Okje tak pernah buh rempah kurma dalam sup tu sedap yeh Mar....

    BalasPadam
  15. Alamak, Mar! Tetiba rasa lapar walaupun dah melahap tengahari tadi. Sedap ni. Dalam fridge tu dah ada sambal kicap dan frozen begedil. Tinggal rajin tak rajin je nak buat soto nih.

    BalasPadam
  16. @Mummydearie
    yeayy rajinkan dirimu MD..sedap tauuu

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.