Sila klik banner untuk join
Orang kata cinta itu umpama madu, sentiasa manis je..
Orang kata cinta itu umpama hempedu, pahit sangat bila terputus..
Hakikatnya, kedua-dua itu pernah kurasa..
=================================
Flashback : Kisah yang berlaku di akhir tahun 2009, makanya takde whatApp, wechat bagai yek..
Pertama kali aku mengenalinya dia meminta aku mengedit resumenya. Ok tapi perlu ada upah walaupun kawan. Aku memang pendengki. Tak suka orang ngurat aku. Ngurat ke?? Kan kawan je.
Setelah selesai mengedit resume, aku sms sahaja minta dia ambil dari ku. Sebagai upah, dia belanja McD. Aku dengki dia lagi. McD bukan ketika makan bersama sahaja, tetapi siap tapau bawa balik rumah 1 set. Set tu aku bagi adik sepupu aku.
* * * * *
"Aku janji..aku akan beli kau tunai.." satu pesanan ringkas kuterima. Pesanan ringkas itu kusimpan rapi. Kekal dalam kotak fikiran. Terkejut pun ada. Adakah dia hanya mempermainkan aku? Siapa tahu agendanya?
Tetapi, hari demi hari, dia memperlihatkan keikhlasannya. Padaku, mencintai orang yang sayang pada kita itu lebih baik dari mendamba cinta dan sayang pada orang kita sendiri tidak tahu sama ada dia cintakan kita. Pengalaman lepas mengajar aku erti kehidupan. Tidak semua yang kita inginkan akan kita dapat.
Kami tidaklah berjumpa saban hari, hanya melihat dari kejauhan. Tetapi ada masanya berhubung melalui sistem pesanan ringkas (SMS). SMS terakhirnya sebelum aku tidur membuatkan aku tidak dapat tidur. Terkebil-kebil sendirian memandang syiling rumah yang sudah mula berubah warna putihnya. Bersawang lagi.
Janji tertunai setelah usia sesingkat 6 bulan mengenalinya. Kami bertunang pada tahun 2010. Selepas setahun, dalam tahun 2011, kami dinikahkan dan majlis sederhana meriah terlaksana. Setelah berumah tangga, tidur sebilik, tinggal sebumbung bersama, akhirnya aku tahu dia jatuh cinta padaku saat kali pertama memandangku.
Abang : Abang tanya pada akak reception, siapa mak cik bawak beg besar tu? Interview ke?
Aku : Mak cik???
Abang : Haah la..abang ingatkan mak cik. Bawak beg besar datang interview.
Aku : Masa tu hujan gerimis lah. Beg besar tu nak simpan sijil. Sayanglah kalau basah..
Abang : Tak sangka mak cik tu kerja kat kilang tu dan tinggal bersama abang sekarang..
Majlis sarung cincin, 2010
Kini, 2014, sudah hampir 5 tahun kenangan itu berlalu tetapi kami tetap bahagia. Doakan kami bahagia hingga ke Jannah. Amin..
Nota Kaki : Sila jangan muntah..
18 Ulasan
moga kebahagian sentiasa milik kalian
BalasPadamsweetnya makcik tu..:)
BalasPadamsemoga bahagia hingga ke jannah..Aminn.
Shuuuweeeetnyeeeee.... Hehe... Semoga bahagia hingga syurga ye mar
BalasPadamgood luck yunk..
BalasPadamall the best... so sweet semoga berkekalan sehingga ke jannah...
BalasPadamAlhamdulillah..aturan Allah sangat nice..
BalasPadamouhh!so sweetttt la kak mar...wahhhh..semoga masjid yg dibina berkekalan hinggah ke jannah..aminnn..n gudluck utk GA ni..hehe
BalasPadamcptnya masa berlalu kn..sy pun nk masuk 5 tahun rupanya..usia perkahwinan
BalasPadamSah dah kena beli tunai beribu-riban nak dapatkan dan syukur alhamdulillah dah tidur satu bantal pun hihi...
BalasPadamSo sweet... semoga bahagia hingga ke jannah...
BalasPadamAll the best, Mar :)
sgt sweet kisah cinta uols...senyum2 iols bc..mcm x puas pulak repeat lagi baca...
BalasPadamsmoga kekal bahagia hingga ke jannah amin
Mengukir senyum akak membaca ayat .. Siapa mak cik bawa beg besar tu ehe :)
BalasPadamSemoga kekal till jannah Mar :)
wahh sweetnya kisah mar
BalasPadammoga bahagia selamanya :)
Owh... Sy khwin 2010...xde tunang... Alhamdulillah... Moga kekal bahagia hgga syurga..
BalasPadamwah...... ohsem.. akk so sweet like sugar... semoga bahagia n happy2 slalu till jannah...
BalasPadamkita follow akk #351.. keep in touch..
Alahai sweet nya mar ^_^ semoga sentiasa bahagia dan gembira sehingga ke akhir nya
BalasPadamatoto... suwitttt..btw statement "mencintai orang yang sayang pada kita itu lebih baik dari mendamba cinta dan sayang pada orang kita sendiri tidak tahu sama ada dia cintakan kita" kite setuju sgt! :)
BalasPadamAlhamdulillah...moga bahagia hingga taman2 syurga
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.