Car seat yang ibu beli itu bukan setakat untuk bayi kecil tetapi boleh menampung hingga 13kg. Tak ingat. Ketika Aisyah masih bayi kecil, ibu lapik dengan tilam kecil. Bagi lebih selesa. Dan ada belt di bawahnya sesuai untuk bayi kecil. Al maklum sajalah, car seat ini harga tidak sampai RM200 (harga promosi). Lagi pula perjalanan ke rumah pengasuh hanya 5 minit.
Selang beberapa bulan, Aisyah juga sudah kuat pinggangnya, ibu pakaikan belt (yang dari bahu tu, apa ntah). Aisyah menurut sahaja, tidak pandai melawan lagi.
Tetapi, sejak Aisyah sudah berumur 2 tahun, dia sudah tidak mahu duduk di car seat itu. Bila ibu pakaikan belt, Aisyah marah-marah, meronta sebab tidak boleh bangun sesuka hati.
Satu hari dalam minggu lepas, Aisyah buat perangai. Dari depan (car seat) dia melangkah ke seat belakang dan ibu tetap memandu seperti biasa dengan perlahan-lahan ( 5 minit sahaja).
Esok harinya, sewaktu mahu menghantarnya ke rumah pengasuh, ibu letak Aisyah di car seat seperti selalu. Tidak mahu. Dia duduk di seat belakang juga.
Akhirnya, ibu tanggalkan car seat tersebut dan Aisyah terus ke seat hadapan, tidak mahu lagi duduk di belakang.
====================================================
Pagi tadi, ibu mahu memasang semula car seat kerana Aisyah tidak mahu duduk di kerusi. Lebih banyak berdiri. Tetapi, awal-awal lagi Aisyah meraung.
"Nanak..nanak..tepi..tepi..."
Bila sudah meraung begitu, dari dia tidak mahu naik kereta langsung, ibu biarkan sahaja car seat di dalam rumah. Mujur aisyah duduk diam. Baik. Sambil memeluk 'baby'.
Nota Kaki : Mana ada ibu yang tak risau dengan keselamatan anaknya kan...
14 Ulasan
sis, husna x penah belikan irfan car seat..sbb rasa membazir n pakai sekejap je..klu dalam kereta, bentang tilam n irfan tido atas tilam tu...lg selesa dr tido dlm car seat..nanti dia dah besar bkn nak duk dlm car seat pun :)
BalasPadamMmg kenangan tu.. jadi bahan yg menostalgiakan satu hari nati...
BalasPadamsabar melayan kerenah anak2..:)
BalasPadambeli gak car seat tuk Aqil.umah pengasuh pon 5 minit cmtu ja tp beli sbb sng sy nk ulang alik bdua dgn anak blk umah mak or mertua klau suami keja.skrg ni dh cerdik ckit xmo dok dh dlm car seat tu.nangis suruh pangku dia smbil drive...hai la anak
BalasPadambudak2 mmg dah xmo duk dlm carseat dah kalau depa dah pandai duduk berdiri dan merangkak..depa rimas..anak2 el pun cm tu gak x reti dok diam..tp kena gak duduk yelah lau kita dah sorg2 driver kan..bagilah aisyah tu main ape2..kasi dia ralit skit hehe
BalasPadamsaya juga tak pernah belikan anak-anak car seat
BalasPadambukan sebab tak sayangkan anak
tapi kos amat mahal
sedar kebaikan penggunaannya, tapi tulah...nak buat camne =)
Dah bebas tak mahu kena ikat ye Aisyah hihi... tapi yg takut tu Mar kalau break emergency walau cuma 5 minit perjalanan..
BalasPadamAnak saya pon dah tak nak dok dlm car seat. Tapi masih letak dlm keta sebab kekadang abg/kakak dia nak duduk dlm tu.
BalasPadamanak2 bila besar mmg xnak duduk dlm car seatnya..tu kdg2 berfikir byk kali juga bila nak membeli..
BalasPadamnyesal beli kat Luth..
BalasPadamlangsung x jamah
dia dah besar kot, sama macam sufi lah...
BalasPadamBetu ltu KakZakie...risau kalo brek emergency..
BalasPadamemm..beli sebab 1 keperluan, ulang alik sendirian & kalo ke mana2 tanpa suami..
Ank saya lpas sethun pun xnk dok kt car seat... Smpai beli dr yg murah smp ke mahal xnk... Akhirnya redha dan doa moga Allah lindungi...
BalasPadamSy mse ank 1st member ofis bg gune car seat...ank 2nd bru beli...tuh lun memg sekejap jela gune...
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.