Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

19 Hadis Rasulullah SAW Tentang Wanita

Assalamualaikum

19 Hadis Rasulullah SAW Tentang Wanita | Mari kita baca apakah 19 hadis rasullullah SAW tentang wanita.


#1
Doa orang perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifar penyayangnya lebih kuat daripada lelaki. " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak sia-sia."

#2
Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan daripada 1000 kejahatan.

#3
Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.

#4
Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti ibunya melahirkannya.

#5
Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi 1 kebajikan.

#6
Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

#7
Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan haramkan api neraka ke atas tubuhnya.

#8
Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar) ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

#9
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

#10
Apabila perempuan solat 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia ke pintu syurga di mana-mana sahaja yang dikehandakinya.

#11
Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

#12
Aisyah r.a berkata,"Aku bertanya kepada Rasulullah,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah,"Suaminya." Dan "Siapa pula yang berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah "Ibunya.

#13
Apabila dipanggil akan dikau oleh kedua-dua orang tuamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

#14
Wanita yang taat akan suaminya, malaikat beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

#15
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dia ke mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

#16
Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

#17
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi SAW) di dalam syurga.

#18
Barangsiapa mempunyai 3 orang anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 orang anak perempuan atau 2 saudara perempuan lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

#19
Daripada Aisya r.a, barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjagi penghalang baginya daripada api neraka.


Wallauaklam


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Moga anugerah yg Allah kurniakan tidak dipersia-siakan... beruntunglah menjadi wanita solehah..

    BalasPadam
  2. Bertuahnya menjadi wanita..nice sharing kak..

    BalasPadam
  3. akak, nak kongsi entry ni dalam blog sy boleh? tertarik dgn entry akk ni. hehe

    BalasPadam
  4. Keistimewaan yg Allah kurniakan terhadap wanita.. semoga sentiasa membawa kebaikan utk kehidupan... aamiin.

    BalasPadam
  5. Betapa istimewanya wanita kan

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code