Kredit to Google
Kisah ke klinik ibu dan anak kerana Aisyah check-up 2 tahun. Kebetulan klinik kehabisan stok ubat dan kami hanya beli sendiri di farmasi. Ke gomen..emm malas lah ramai sangat orang.
Yelah, nurse kat gomen cakap (semasa check-up 1 tahun 6 bulan) umur 2 tahun biasanya akan diberi ubat cacing. Bergantung pada bayi tu. Emm, so ibu consider, umur 2 tahun jelah nanti. Leh macam tu??
Apa itu Zentel?
Zentel mengandungi Albendazole metil [5-(propithio)-1H-benzimodazol-2-y1] karbarmat iaitu sejenis sebatian, hasil daripada kajian Smith Kline & French selama 15 tahun.
========================================
Aisyah ralit bermain gelongsor dan jongkang jongkit mini yang disediakan di dalam klinik tersebut. Suara nyaringnya jelas keriangan memanggil ayah, ibu..ibu, ayah..
"Aisyah, mari sini..kejap lagi doktor panggil.." Ibu memanggil Aisyah lembut.
"Nanak..." jawabnya sambil menggelangkan kepala.
"Aisyah, kejap lagi kita nak masuk dalam la nak.. Mari sini. Duk dengan ibu.."
Aisyah datang dan duduk dipangkuan ibu. Dia diam menunggu giliran. Seketika, namanya dipanggil oleh pembantu klinik.
Di hadapan doktor, Aisyah diam. Menurut sahaja apa yang pembantu klinik dan doktor arahkan. Sangat baik tauuuuu hingga dipuji oleh pembantu klinik.
"Baik. Dengar cakap. Senang.." Ibu sengih-sengih tidak semena-mena.
Doktor membelek lengan Aisyah yang kegatalan dan naik biji-biji (alahan). Aisyah diam juga menurut segala perintah.
Eh? Ibu dan ayah saling berpandangan seolah tidak percaya. Dalam hati berbisik.."baiknye anak aku.."
Nota Kaki : Senyum sambil taip entri
8 Ulasan
GREAT TIPS
BalasPadammcm lya pernah mkn masa zaman keci2 dulu..selalu kecacingan :)
BalasPadamorang dewasa pun kena makan ubt cacing juga
BalasPadamQaisara dulu pun pernah makan ini..Sebab asyik tidur menonggeng je...huhu
BalasPadamInfo yg bermanfaat.. t kasih..
BalasPadamhihihii..comel jer Aisyah...anak ni biasanya kalau dengan orang lain, mudah je dengar cakap. Lagi-lagi kalau dengan doktor :-)Senang sket kerja kita :-)
BalasPadamtulaa..aida pon tak bagi lagi Medina ubat cacing sebab umur 1tahun pun dah boleh bagi..tapi jaga-jaga lah lepas tu kan..konfirm diorang akan berak2..hehee
BalasPadamBoleh cri kt farmasi...mls nk gi klinik...stok manjang bis..dlu smpat lah dpt stok bg anak mkn...
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.